Thursday, September 20, 2012

Cerpen: Hapuslah Air Matamu.

Bismillahirrahmanirrahim..

Nur sedang duduk di balkoni rumahnya sambil matanya yang redup dan sembap melihat awan. Hatinya tenang begitu. Tenang melihatkan keindahan awan ciptaan Allah. Nur yang dahulunya seorang gadis yang periang tetapi kini hanya air mata sahaja yang menjadi teman setianya. Sudah sebulan lebih keadaan ini berlarutan. Hari-hari yang dilaluinya dirasakan terlalu payah.

Nur baru sahaja berpisah dengan lelaki yang sangat dicintainya. Perpisahan itu sangat berat dirasakan. Perpisahan yang terjadi dengan tiba-tiba dan langsung tidak pernah dijangka. Tidak pernah terlintas di benaknya yang suatu hari nanti kekasih hatinya itu akan melafazkan kata-kata perpisahan. Tidak tahan menanggung kesedihan, Nur membawa diri ke kampung halamannya. Dia agak bernasib baik kerana di kala ini, dia sedang bercuti dan sahabat baiknya ada menemaninya di sisi.

“ Rose, Nur rindu dia sangat-sangat.”

“Hmm.. Nur rindu Allah tak?”

Pertanyaan daripada sahabatnya itu membuatkan Nur terus terdiam. Dia tidak tahu apa yang patut dijawab. Pertanyaan sahabatnya itu membuatkan dia terus berfikir.

“Allah? Rindukah aku kepada Dia si Pencipta sebagaimana aku rindukan dia? Allahu Rabbi..”

Air mata terus mengalir laju membasahi pipinya. Benarlah, selama ini dia terlalu asyik dengan cinta seorang lelaki yang belum tentu menjadi suaminya hinggakan dia mengabaikan cinta Dia yang satu itu. Sedangkan apabila cintanya kepada Allah hampir putus, dia tidak merasa sedih seperti itu. Tapi, demi seorang lelaki sudah terlalu banyak air matanya yang tumpah membasahi bumi. 

“Astaghfirullahal ‘azim.. Astaghfirullahal ‘azim.. Astaghfirullahal ‘azim..” Nur beristighfar di dalam hati.

“Nur.. Nur cakap dia tak explain kenapa nak ‘clash’ kan? Kadang-kadang setiap perkara yang terjadi tidak perlukan penjelasan. Mesti dia ada sebabnya yang tersendiri kenapa dia tinggalkan Nur. Bersangka baiklah. Mesti dia lakukan ini untuk kebaikan Nur jugak. Nur, bersedih itu tidak salah tapi jangan terlalu lama. Lagipun Nur, Allah ada berfirman dalam surah Al-Hadid ayat 22 dan 23:

“Setiap bencana yang menimpa di bumi dan yang menimpa dirimu sendiri, semuanya telah tertulis dalam kitab (Lauh Mahfuz) sebelum Kami mewujudkannya. Sungguh yang demikian itu mudah bagi Allah.

Agar kamu tidak bersedih hati terhadap apa yang luput dari kamu, dan tidak pula terlalu gembira terhadap apa yang diberikannya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong dan membanggakan diri.”

“Nur, Allah tak pernah menzalimi hamba-hambaNya. Cuma hambaNya sendiri yang selalu menzalimi diri mereka sendiri. Setiap perkara yang terjadi itulah yang terbaik. Sebab Allah selalu inginkan yang terbaik untuk hamba-hambaNya.”

Nur diam. Sebenarnya dia tahu, banyak hikmah di sebalik atas perpisahan yang terjadi ini. Cuma hatinya yang menidakkan.

“Nur, redhalah dengan perpisahan ini. Semuanya telah ditetapkan Allah. Lagipun, Allah rindu untuk mendengar Nur kembali merintih dan memohon kepada-Nya. Perpisahan ini adalah ujian untuk Nur.  Ujian tu kan tanda kasih sayang Allah. Rose tahu Nur boleh hadapi semua ni. Nur kan kuat. ” Ujar Rose sambil melemparkan senyuman manis kepada sahabatnya itu.

“Jazakillah Rose. Memang pahit untuk menelan perpisahan ini. Sakit sangat rasanya. In Sha Allah, Nur akan cuba.”

“Nur, belajarlah daripada pengalaman ini. Jangan terlalu mudah jatuh cinta dan memberikan sepenuh kepercayaan kepada seseorang. Sebab manusia ni sikapnya senang berubah. Hari ni cinta, tapi esok belum tentu lagi. Tapi, kalau kita cintakan Allah, Dia takkan pernah kecewakan kita. Malah, Dia sentiasa ada bila-bila masa sahaja untuk kita. Tak pernah jemu mendengar rintihan kita. Dan Nur, apabila nanti Nur jatuh cinta sekali lagi, make sure dia ialah yang halal untukmu bukannya yang belum halal untuk Nur. Jangan bazirkan masa dan cintamu untuk yang tidak berhak ke atas dirimu.

Dan ingatlah wahai sahabat yang kucintai kerana Allah. Janji Allah itu pasti. Allah ada berfirman dalam surah An-Nur:


“Perempuan-perempuan yang keji untuk laki-laki yang keji dan laki-laki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji (pula) sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik (pula).”

“Nur, dia yang telah pergi tu memang yang terbaik. Tapi dia terbaik untuk orang lain bukannya untuk Nur. Sama macam Nur jugak. Nur, jangan terlalu bersedih. Seandainya memang dia yang Allah ciptakan untuk Nur, In Sha Allah suatu hari nanti korang akan disatukan dengan ikatan pernikahan. Tapi, seandainya bukan dia, yakinlah Allah dah sediakan seseorang yang lebih baik untuk dia dan juga untuk Nur. Allah berikan apa yang kita perlukan bukannya yang kita mahukan sebab hanya Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.”

“Lagipun Nur, cita-cita Nur masih belum tercapai kan? Nur cakap nak graduate tahun depan. Jangan disebabkan seorang lelaki, Nur sanggup musnahkan masa depan dan cita-cita Nur.”

Nur tersenyum. Sahabat baiknya itu tidak pernah gagal untuk memujuk hatinya.

“ Rose, uhibbuki fillah.”

Nur sedar bahawa dia belum lagi mencapai cita-citanya sejak kecil iaitu menjadi seorang doctor. Dia berjanji kepada dirinya sendiri dan memastikan bahawa dia akan ‘graduate’ pada tahun hadapan. Dia tidak akan membiarkan perpisahan itu memusnahkan masa depannya. Lagipun  dia sendiri sememangnya tidak mahu terus-terusan begini. Hanya akan merugikan dirinya sendiri.


“ Dah, jangan sedih-sedih lagi tau. Tengok mata tu, dah sembap sangat. Nanti mata panda pun kalah.hehe.. ”

“ Jazakillah Rose. Sebab selalu ada bila Nur perlukan Rose.”

“ Nur, nilah gunanya sahabat. Bersama tika bergembira dan tika bersedih. Nur, biarlah ini titisan air matamu yang terakhir. Rose tak nak tengok Nur menangis lagi disebabkan seorang lelaki. Air matamu terlalu berharga untuk dititiskan kerana dia. Boleh janji dengan Rose?”

“ In Sha Allah Rose.”

“ Eh, hari ni ada pasar malam kan? Apa kata kita pergi ke sana? Rose dah lama mengidam nak makan ayam percik. Boleh Nur temankan Rose?”

“Boleh aja. Nanti dalam pukul 6 petang kita pergi sana. Now dah pukul 5.30 petang. Nur nak bersiap-siap dulu. Nanti kejap lagi kita jumpa ye.”

“Okay.”

“ Nur, semoga dirimu tabah menghadapi tarbiyah daripada Allah ini. Rose dah tak sanggup tengok Nur menangis lagi. Semoga dirimu bertemu dengan cinta hakiki yang tidak akan pernah mengecewakan hatimu.” 

Rose bermonolog di dalam hatinya. 

Thursday, August 16, 2012

Bukan Cinta Namanya.


Bismillahirrahmanirrahim..


Bukan Cinta Namanya.



Bukan cinta namanya..
Sekiranya aku membuatkan dirimu lalai dari mengingati-Nya..


Bukan cinta namanya..
Sekiranya diriku mengheretmu ke jurang api neraka..


Bukan cinta namanya..
Sekiranya aku menyebabkanmu kecundang dalam pelajaran..

Bukan cinta namanya..
Sekiranya aku membuatkanmu tidak dapat membezakan antara betul dan salah..


Jadi, biarlah semua berakhir di sini buat masa sekarang.
Kerna aku mahu ke Jannah bersamamu.
Dan selamanya di sana.
Moga Allah redha dan izinkan.

Amiin.







Monday, August 13, 2012

Tutuplah dosa-dosaku.


Bismillahirrahmanirrahim..

"(Ingatlah) hari (yang pada waktu itu) Allah mengumpulkan kamu pada hari perhimpunan (untuk dihisab), itulah hari (waktu itu) diperlihatkan segala kesalahan dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan mengerjakan amal soleh nescaya Allah akan menutupi kesalahan-kesalahannya dan memasukkannya ke dalam syurga dan mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Itulah keuntungan yang besar."

(Surah At-Taghabun, 64:9)

Apabila mengingatkan akan dosa-dosa semalam yang pernah dilakukan, terasa menggigil  seluruh tubuh badan dan takutnya akan azab Allah yang bakal datang bertimpa. Tidak cukup dengan itu, datangnya perasaan takut dan malu seandainya dosa-dosa hitam yang telah dilakukan yang cuba disembunyikan daripada pengetahuan orang lain dibongkar dan diketahui satu persatu.

[kredit]

Sungguh diri ini malu andainya ibu bapa, kawan-kawan dan semua orang lain mengetahui apa yang telah dilakukan. Mungkin di dunia ini kita mampu menutup dosa-dosa yang telah kita lakukan dengan rapi. Tapi adakah kita lupa bahawa adanya hari akhirat?

Astaghfirullahal 'azim.

Hari kiamat mempunyai berbagai-bagai nama. Dan salah satu daripadanya ialah Hari Perhimpunan. Di mana pada hari itu seluruh umat manusia akan dihimpunkan untuk ditimbang amal-amal yang telah mereka lakukan di dunia dahulu. Pada hari perhimpunan ini, Allah akan menampakkan dan mempertontonkan segala perbuatan-perbuatan yang telah kita lakukan termasuklah dosa-dosa yang cuba kita sembunyikan daripada mata-mata manusia. Tidak ada satu pun yang akan terlepas atau pun boleh di 'skip'

Cuba kita bayangkan, segala dosa-dosa kita dipertontonkan satu demi satu. Alangkah malunya! Dan ianya dipertontonkan di hadapan semua manusia (rasa nak pitam). Sedangkan kalau ada seorang sahaja yang tahu pun kita sudah tidak boleh duduk diam sebab bimbang dan terasa malu. Apatah lagi apabila semua orang tahu apa yang telah kita lakukan.

Sanggupkah kita menanggung malu di akhirat sana? Cuba tanya diri kita (especially bagi saya yang menulis ni),  mampu dan sanggup ke kita tanggung malu di sana nanti? Hurmm, mesti tak sanggup kan?

Tapi kan, Allah tu memang Maha Penyayang. Dalam surah At-Taghabun ayat 9 Allah dah menjelaskan dan Allah berjanji kepada orang-orang yang beriman dan melakukan amal soleh  bahawa segala kesalahan mereka akan ditutupi dan Allah akan memasukkan mereka ke dalam syurga yang di bawahnya mengalir sungai-sungai. Inilah ganjaran yang diperoleh oleh orang-orang yang beriman kepada-Nya. Inilah sebesar-besar anugerah kepada orang yang beriman. Tidak mahukah kita menjadi golongan ini?

Sudah tentu kita tidak mahu dosa-dosa yang telah kita lakukan sama ada besar atau pun kecil dipertontonkan kepada orang ramai kan? Jadi, marilah sama-sama kita kembali kepadaNya. Malulah apabila hendak melakukan maksiat kerana sedarlah kita sedang diperhatikan. Allah tu sentiasa ada dan memerhatikan setiap apa yang kita lakukan dari sekecil-kecil perkara sampailah kepada sebesar-besar perkara.

Kembalilah menyemai benih-benih iman yang telah mula pudar dalam diri. Cantaslah segala maksiat yang masih membelenggu diri. Marilah kita kembali kepadaNya. Sucikanlah kembali diri dengan taubat. Taubat yang sebenar-benarnya. Titiskanlah air mata keinsafan. Semoga setiap air mata yang gugur kerana takutkan Allah atas segala maksiat yang telah dilakukan bisa menghapus dosa-dosa yang telah dilakukan. Amiin.

Jom sama-sama kite berpimpin tangan ke syurga nak? ^_^

Saturday, July 21, 2012

Ramadhan Kareem.

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah, dipertemukan lagi dengan Ramadhan pada tahun ini. Semoga Ramadhan tahun ini akan menjadi lebih baik dari tahun-tahun yang lepas. In Sha Allah ^_^


Semalam, saya menghadiri satu talk yang disampaikan oleh Brother Waseem Radzvi yang juga dikenali sebagai Zakir Naik of Australia dalam kerja dakwah beliau dalam bidang of comparative religion. Dan saya nak share beberapa nasihat yang telah beliau berikan on how to win the 'race' in Ramadhan. So, here are the tips:

1. Jangan sesekali meninggalkan solat 5 waktu dan lakukanlah solat extra di bulan Ramadhan yang mulia ni. Lakukanlah solat terawih. Seperti yang kita sedia maklum, solat terawih hanya boleh dilakukan masa bulan Ramadhan. Hanya sebulan dalam setahun. So, jangan lepaskan peluang ni!

2. Baca Al-Quran. Sekurang-kurangnya cuba untuk khatam satu al-Quran sekali dalam bulan ni. In Sha Allah.

3. Berzikir. Bila-bila masa. It's very simple! Make your heart attach to Him ^_^

4. Bertaubat. Perbanyakkanlah bertaubat di bulan ini walau sesibuk mana pun kita. Try to at least say "Astaghfirullah". Our target is to get all of our sins, forgiven!

5. Lakukan perkara-perkara yang Allah suka dan jauhilah perkara-perkara yang mengundang kemurkaaannya.


The 'race' is on. Are we going to win this Ramadhan? Semoga kita tidak tergolong dalam golongan yang rugi yang sekadar mendapat penat dan dahaga di bulan ini.


Fastabiqul khoirat!

Saturday, July 14, 2012

Ciri-ciri Orang Yang Akan mewarisi Syurga Firdaus.


Bismillahirrahmanirrahim..

Saya yakin semua orang pasti ingin masuk syurga. Tiada orang yang mahu masuk neraka kan? Dalam Surah Al Mu’minun ayat 1-11, Allah telah memberitahu ciri-ciri orang yang akan mewarisi syurga Firdaus.  Ciri-ciri tersebut ialah:

1.  Beriman.
2. Khusyuk dalam solat.
3. Menjauhkan diri daripada perbuatan dan perkataan yang sia-sia.
4. Menunaikan zakat.
5. Orang yang memelihara kemaluannya.
6.  Memelihara amanah dan janji.
7. Menjaga solat.

Nampak macam simple tapi tidak semudah itu (bagi sayalah). Nak menghadirkan khusyuk dalam solat pun masih sukar. Menjauhkan diri daripada perbuatan dan perkataan yang sia-sia pun kadang-kadang belum berjaya. Tapi walaupun sukar, tapi tidak lah mustahil kan untuk menggapai ciri-ciri ni kan? Yang penting kita berusaha untuk menerapkan ciri-ciri ini ke dalam hidup kita. In Sha Allah boleh! ^_^

Tuesday, July 10, 2012

Ask and Listen.


Bismillahirrahmanirrahim..

Pernahkan anda mendengar ungkapan when u ask, listen!  Yang membawa maksud apabila kita meminta sesuatu nasihat ataupun pandangan daripada orang lain, maka dengarlah jawapannya. Seringkali kita apabila meminta nasihat atau pandangan daripada orang lain, apabila orang itu sudah memberikan pandangannya kita mensia-siakannya.


Perkara ini bukan hanya terjadi dalam hubungan sesama manusia tetapi juga terjadi dalam hubungan kita dengan Allah. Sebagai contohnya, seringkali kita berdoa dan memohon supaya dikurniakan dan diberikan hidayah kepada kita. Tapi apabila hidayah itu datang mengetuk hati, kita mensia-siakannya. Jalan yang Allah tunjuki tidak kita ikuti. Malah, hanya dibiarkan sepi.

Kenapa perkara ini boleh terjadi?

Ini terjadi apabila hanya mulut yang meminta sedangkan hati tidak begitu. Tidak bersungguh-sungguh. Sekadar bermain-main. Sedangkan apabila kita benar-benar bersungguh-sungguh menginginkan sesuatu, mulut dan hati mesti selari. Kena minta bersungguh-sungguh dengan mulut dan juga bersungguh-sungguh dengan hati. Bukan sekadar bersungguh dengan mulut tapi hati tidak begitu. Tidak boleh juga hanya bersungguh dengan hati semata-mata, kita mesti tunjukkan dengan action. Apabila kita bersungguh-sungguh meminta dengan berdoa kepada Allah dengan hati yang benar-benar mahu dan ikhlas, pasti apabila Allah menunjukkan jalan-Nya kepada kita, akan kita turuti jalan itu. Janganlah kita sekadar menjadi person yang ‘ask’ but won’t listen to the answer. Be the person who ask and listen! Lagipun, apa gunanya kita meminta sesuatu tapi tidak mahu mendengar.

Lagipun, kita mengetahui bahawa hanya jalan yang Allah sahaja yang benar. Tiada jalan lain yang benar melainkan jalan Allah. Ikuti lah jalan itu. Jadi apabila anda meminta sesuatu, dan Allah mengabulkan permintaan anda itu. Ikutilah jalan yang telah Dia tunjuki itu. In sha Allah akan bahagia dunia dan akhirat.. ^_^

Tuesday, June 19, 2012

Video: Nikmat Terbesar.



Bismillahirrahmanirrahim..

"Janganlah dilakukan sesuatu ibadah itu semata-mata untuk menyelesaikannya, tapi lakukanlah sesuatu ketaatan  untuk mendekatkan diri kepada Allah."


"Allah tidak dimudaratkan oleh kemaksiatanmu, tetapi engkaulah yang binasa apabila engkau melakukan maksiat."

Allahu Allah.

This video is worth watching. Watch this and sama-samalah kita muhasabah.