Assalamu'alaikum wbt..
It has been a long time since I last posted my writing. Setahun lebih sudah. Since saya balik ke Malaysia, memang ada kekangan masa untuk menulis. Ditambah lagi saya perlu menjalani latihan siswazah sebagai Provisional Registered Pharmacist (Pegawai Farmasi Sementara) di sebuah hospital yang sangat busy selama setahun lebih, membataskan lagi masa saya untuk menulis. Sekarang alhamdulillah, saya sudah berjaya menamatkan latihan siswazah dan menjadi Full Registered Pharmacist. Semoga saya dapat menulis dengan lebih istiqamah selepas ini. In sha Allah.
Bekerja di hospital sebagai pharmacist, saya perlu bertemu dan berkomunikasi dengan ramai orang; pegawai-pegawai yang senior, doktor, nurse, pesakit dan etc. Sungguh alam pekerjaan tak seindah yang disangka. Banyak pengalaman pahit dan manis sepanjang bekerja walaupun baru setahun lebih bekerja. Dan in sha Allah pengalaman-pengalaman ini akan membantu saya untuk menjadi lebih matang dalam kehidupan ini.
Dan pada tahun ini juga, abah saya telah kembali ke pangkuan Ilahi pada 14 Mac 2015. Sukar nak digambarkan bagaimana perasaanya. Abah pergi terlalu cepat tanpa sempat kami bersedia. Hari khamis (12 mac 2015) abah dimasukkan ke hospital. Kata doctor abah terkena serangan jantung @ complete heart block. Saya merasa amat terkejut kerana abah tiada penyakit jantung. Malam itu, melihatkan badan abah dipenuhi dengan mesin-mesin untuk memastikan jatungnya terus berdegup membuatkan kami sekeluarga tidak dapat menahan air mata.
Pada masa itu saya sangat berharap semoga abah akan keluar hospital tidak lama selepas itu. Tapi Allah lebih mengetahui apa yang terbaik. Pada tengah hari sabtu, abah menghembuskan nafasnya yang terakhir dan meninggalkan kami.
Tahun ni merupakan tahun pertama saya dan keluarga beraya tanpa abah di sisi. Rasa sangat berlainan tanpa abah di sisi. Dulu-dulu abah yang selalu buat semua benda. Dan sangat rajin tolong hantar dan ambil saya pergi kerja ke hospital especially apabila saya bekerja shif malam
Sekarang, semuanya sudah berbeza. Semua perkara perlu dilakukan sendiri. Sudah tiada orang yang akan tolong hantarkan dan ambil.Semangat untuk beraya pun terasa sedikit hambar berbanding tahun2 lepas. Hanya sekali saya sempat beraya bersama abah selepas 5 tahun beraya di Tasmania.
Memang sangat terasa dengan kehilangan abah.
Abah, we really miss you. Sampai selalu masuk dalam mimpi
frown emoticon
Moga abah tenang di sana. Aameen. Mohon sedekahkan al-fatihah untuk abah saya.
Sayangi lah ibu bapa anda selagi mana mereka masih ada.