Wednesday, February 29, 2012

Maafkanlah.

Bismillahirrahmanirrahim..


Pernah tak dalam hidup ni korang rasa benci sangat kat seseorang? Benci sangat-sangat. Sampaikan bila tengok dia dari jauh pun dah terasa kebencian tu? Malah bila terfikirkan pasal dia ni pun, tiba-tiba dada terasa sesak (ni kes yang tersangat-sangat benci )


Tak pernah? Wah, baguslah kalau macam tu.



Tapi bagi yang pernah, mesti korang tahu macam mana rasanya kan? Biasanya, kalau bencikan seseorang pastinya bersebab. Pasti dia ada buat salah something dengan kita. Dan bila dah benci tu pastinya akan rasa sangat sukar nak memaafkan kesalahan dia. Ye lah, orang tu dah sakitkan hati kita. Guriskan perasaan kita. Mesti rasa macam dia ni dah tak layak nak dimaafkan.




Tapi kan, tahukah kita siapa insan yang paling pemaaf kat muka bumi ni? Jawapannya sudah tentu tidak lain dan tidak bukan, Rasulullah saw.

Ingat tak tentang kisah bapa saudara baginda, Hamzah yang dibunuh semasa Perang Uhud? Dalam peperangan tu, Hamzah dibunuh secara hendap oleh Wahsyi. Atas kejayaannya membunuh Hamzah, Wahsyi telah dimerdekakan oleh tuannya iaitu Hindun bin Uthbah . Tapi kemudiannya Wahsyi ni telah menerima hidayah daripada Allah. Dia datang berjumpa dengan Rasulullah saw dan menyatakan keislamannya. Baginda menerima malah memaafkan Wahsyi walaupun dia adalah pembunuh bapa saudara yang disayanginya, Hamzah! Baginda memaafkan Wahsyi tetapi baginda meminta agar Wahsyi tidak muncul di hadapan baginda secara terang-terangan kerana apabila terpandangkan Wahsyi baginda akan berasa sedih dan terkenangkan bapa saudaranya itu. 

Nah, tengok tu. Even kepada orang yang bunuh bapa saudaranya pun Rasulullah saw maafkan. Jadi, marilah kita mengikut sifat Rasulullah saw ni. Baginda kan sebaik-baik qudwah hasanah.. :)

Lagipun, memaafkan kesalahan orang ni memang dituntut dalam Islam. Allah berfirman:

"(Yaitu) orang yang berinfak, baik di waktu lapang mahupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan kesalahan (kesalahan) orang lain. Dan Allah mencintai orang-orang yang berbuat kebaikan." (Surah Ali 'Imran, 3: 134)

Ada lagi.

Dan janganlah orang-orang yang berharta serta lapang hidupnya dari kalangan kamu, bersumpah tidak mahu lagi memberi bantuan kepada kaum kerabat dan orang-orang miskin serta orang-orang yang berhijrah pada jalan Allah; dan (sebaliknya) hendaklah mereka memaafkan serta melupakan kesalahan orang-orang itu; tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu? Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani." (Surah An-Nuur, 24: 22)

Sedangkan bila kita buat salah, mesti kita nak orang maafkan kita. Macam tu lah juga dengan orang lain. Even bila kita banyak buat dosa kat Allah, mesti kita nak Allah ampunkan kita kan?

Bila kita rasa sukar nak maafkan orang lain, ingatlah macam ni. Sedangkan kita yang dah buat banyak dosa sampai bergunung-gunung tinggi pun, Allah akan ampunkan kalau kita bertaubat. Siapalah kita ni untuk tidak memaafkan kesalahan orang lain yang mungkin tidaklah sebesar mana pun sebenarnya.



Lagipun, kita akan merasa senang hati dan tenang apabila dah maafkan orang ni. Kalaulah kita marah sangat sampai berdendam dengan orang lain, mesti hati kita rasa tak tenang kan? Asyik rasa nak marah je. Sampaikan hubungan dengan manusia yang lain pun turut terjejas. Mestinya kita tak nak keadaan macam ni jadi kan? Sebab orang lain, orang lain pulak yang kena. Jadi, maafkanlah kesalahan orang lain :)

Kadang-kadang, walau dah maafkan kesalahan orang lain, rasa benci tu still ada. Kan? Kita selalu dengar ayat ni. Forgive and forget. Sesetengah orang memang mampu untuk bagi kemaafan sekaligus melupakan.  Tapi bagi sesetengah yang lain, memang mudah nak memaafkan but untuk melupakan agak susah sebenarnya. Melainkan kalau dapat amnesia. Baru lah boleh dilupakan. Hehe.. Sekiranya masih tak dapat dilupakan dan kebencian itu masih ada, janganlah ditunjukkan kepada orang tu. Sembunyikan kebencian itu dengan sabarmu. Sembunyikan dengan senyummu. Janganlah kebencian itu sampai dapat dibaca oleh orang lain.

Tapi jangan dibenci pelakunya. Cukuplah sekadar benci akan perbuatan pelaku itu. Tapi alangkah lagi bagus sekiranya kebencian itu turut hilang sekali dengan kemaafan yang diberi.



Akhir kalam, berilah kemaafan dan hapuskanlah kebencian dalam hati :)


Monday, February 27, 2012

Jalan Ini Masih Panjang.


Bismillahirrahmanirrahim..

Syed Qutb ada berkata:

Apabila kita hidup hanya untuk kita, hidupnya amatlah singkat. Bermula dari bermulanya kita dan berakhirnya kita dengan umur kita yang terbatas. Tetapi jika kita hidup kerana fikrah, sesungguhnya hidupnya panjang dan mendalam. Bermula daripada bermulanya manusia dan berakhir dengan luputnya manusia di bumi ini.

Jika kita rasa kita yang memulakan perjuangan ini, kita akan merasa sempit dada menghadapi kematian (kerana perjuangan belum mencapai matlamat). Ingatlah bukan kita yang memulakan dan bukan kita yang mengakhirinya. Ia dimulakan oleh para Nabi sehinggalah ke akhir zaman.

Kita adalah mata rantai dari satu perjuangan yang panjang." 

Jadilah salah satu daripada mata rantai perjuangan ini.



Adakah kita salah seorang yang menjadi penyambung mata rantai perjuangan ini? Perjuangan untuk menegakkan agama Allah yang telah berlangsung semenjak zaman Rasulullah saw lagi. Sehingga baginda sanggup dibaling batu, dihina dan dicemuh oleh orang-orang yang tidak sukakan Islam. Betapa baginda sanggup berkorban bagi memastikan Islam sampai kepada kita pada hari ini.

Sungguh perjuangan baginda itu tidak mudah. Baginda dan para sahabat berusaha bersungguh-sungguh tanpa mengenal erti putus asa bagi memastikan risalah agung ini sampai kepada kita.

Sejak baginda menerima wahyu tentang kerasulan baginda di Gua Hira' sampailah ke penghujung nyawa, baginda tidak pernah lupa akan tugas baginda sebagai penyampai risalah ini. 

Hinggakan dalam khutbahnya yang terakhir juga baginda berpesan:

"Wahai Manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lain agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, necaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah ALQURAN dan SUNNAHKU.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMU."

Tengoklah betapa Rasulullah saw sangat menyayangi umat-umatnya. Baginda meninggalkan kita dua perkara yang bila mana kita berpegang teguh kepadanya kita tidak akan sesat. Dan baginda juga menyuruh kita menyebarkan risalah Allah kepada orang lain. Sungguh, setiap daripada kita bertanggungjawab untuk memastikan Islam terus ada dan tersebar di muka bumi ini.

Ingat, kita bukannya berseorangan dalam jalan ini. Sekiranya kita berseorangan maka kita akan senang dipatahkan. Umpama lidi. Sebatang lidi pasti amat mudah untuk dipatahkan. Tapi sekiranya seberkas lidi ingin dipatahkan, itu bukanlah satu perkara yang mudah. Disebabkan itulah kita kena bergerak secara berjemaah, secara berkumpulan. Firman Allah:

"Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berperang  di jalan-Nya dalam barisan yang teratur, mereka seakan-akan seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh."
(Surah As-Saff, 61:4)

Jadilah salah satu daripada batu-bata ini untuk membentuk satu bangunan yang kukuh.

Kadang-kadang saya terfikir, apakah yang menyebabkan Rasulullah dan para sahabat begitu gigih menyebarkan risalah Allah ini. Akhirnya, saya mengetahui jawapannya.



Ikhlas dan thabat.


Fatamorgana dunia tidak pernah menyilaukan pandangan mereka. Terik matahari tidak pernah melunturkan semangat mereka. Ribut dan taufan juga tidak berjaya membuatkan mereka berundur. Ancaman-ancaman musuh juga ditempuhi dengan tabah.

Sebabnya mereka ikhlas melakukannya kerana Allah. Mereka juga tetap tegak berdiri di jalan ini walau apa ujian yang melanda. Tetap thabat dalam perjuangan ini, membela agama Allah.

Sungguh perjalanan ini sangat jauh. Perjalanan ini memang akan memakan masa yang panjang sehinggalah menjelangnya hari kiamat.


"Kalaulah apa yang engkau serukan kepada mereka (wahai Muhammad) sesuatu yang berfaedah yang amat mudah didapati, dan satu perjalanan yang sederhana (tidak begitu jauh), nescaya mereka (yang munafiq) itu akan mengikutimu; tetapi tempat yang hendak dituju itu adalah jauh bagi mereka dan mereka akan bersumpah dengan nama Allah dengan berkata: "Kalau kami sanggup, tentulah kami akan pergi bersama kamu." (Dengan sumpah dusta itu) mereka membinasakan diri mereka sendiri, sedang Allah mengetahui bahawa sesungguhnya mereka itu orang-orang yang berdusta (tentang tidak sanggup mengikutmu)." (Surah At-Taubah, 9:42)

Sunday, February 26, 2012

Buat Perindu Syurga.


Bismillahirrahmanirrahim..


Perindu syurga. Adakah kita termasuk dalam salah seorang yang sentiasa merindukan syurga-Nya? Sekiranya ya, adakah perbuatan, perlakuan dan kata-kata kita selari dengan impian kita itu?

Hari ni, saya nak share kata-kata Al-Imam Ibn Qayyim Al-Jauziyyah buat para perindu syurga-Nya. Sebelum tu, mari kita berkenalan serba sedikit mengenai beliau. Al- Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah ialah seorang tokoh ilmuan Islam yang terkenal. Buku-buku beliau telah banyak diterjemahkan dalam pelbagai bahasa termasuklah Bahasa Melayu dan Indonesia. Beliau ialah Sham al-Din Abu Abd Allah, Muhammad bin Abi Bakr bin Ayyub bin Sa'd bin Hariz al-Zar'i al Dimasyqi. Beliau dikenali dengan panggilan Ibn Qayyim al Jauziyyah. Gelaran al Jauziyyah itu berkaitan dengan pusat pengajian yang dibangunkan oleh Yusuf bin 'Abd a-Rahman al-Jauzi (meninggal 656H) yang mana bapa Ibn al-Qayyim menjadi pengurusnya.[1]

BUAT PARA MUJAHIDIN DAN MUJAHIDAH YANG MERINDUKAN SYURGA




1. Ibn Qayyim Rahimahullah mengatakan, " Sesungguhnya dalam hati terdapat sebuah robekan yang tidak mungkin dapat dijahit kecuali dengan menghadap penuh kepada Allah. Di dalamnya juga ada sebuah keterasingan yang tak mampu diubati kecuali dengan menyendiri bersama Allah. Di dalam hati juga ada sebuah kesedihan yang tidak akan mampu diseka kecuali dengan kebahagiaan yang tumbuh kerana mengenal Allah dan ketelusan berinteraksi dengan-Nya. Di dalam hati juga terdapat kegelisahan yang tidak mampu ditenangkan kecuali dengan berhimpun kerana Allah dan pergi meninggalkan kegelisahan itu kerana Allah. Di dalam hati, juga terdapat gejolak api yang tidak mampu dipadamkan kecuali oleh keredhaan akan perintah, larangan dan keputusan Allah, yang diiringi dengan ketabahan dan kesabaran sampai tiba saat perjumpaan dengan-Nya."



2. Ibn  Qayyim Rahimahullah juga pernah mengatakan, "Ketika orang lain bergantung kepada dunia, gantungkanlah dirimu hanya kepada Allah. Ketika orang lain merasa gembira dengan dunia, jadikanlah dirimu gembira kerana Allah. Ketika orang lain merasa bahagia dengan kekasih-kekasih mereka, jadikan dirimu merasa bahagia dengan Allah. Dan ketika orang lain pergi menghadap raja-raja dan pembesar-pembesar mereka untuk mengais harta dan mencintai mereka, jadikanlah dirimu betul-betul mencintai Allah.



3. Ibn Qayyim Rahimahullah juga ada mengatakan, "Jangan pernah putus asa untuk teguh menunggu gerbang meski engkau terusir. Jangan pernah berhenti untuk memohon ampunan meski engkau tertolak. Begitu gerbang telah terbuka, segeralah masuk selayaknya seorang tamu tak diundang. Kemudian tadahlah tanganmu di gerbang dan segeralah berkata, "Tolonglah, saya adalah orang miskin. Bersedekahlah untuk saya."

Semoga urusan kita ke sana dipermudahkan Allah. Amiin.


Reference.
1. Dr. Mohd Asri

Wednesday, February 22, 2012

Ummu Faisal: Cintanya Beralih Arah.

Bismillahirrahmanirrahim..




Mentari masih berada di ufuk barat, tapi cahayanya kian hilang kerana hari semakin beransur petang. Seorang pemuda masih lagi mengerjakan tawaf mengelilingi rumah suci bersama ratusan manusia yang sedang mengerjakan umrah. Sambil matanya liar mencari sesuatu, ia masih ingat beberapa hari yang lepas ia terpandangkan wanita itu, tapi hari ini dia tiada, mungkin dia telah ke khemahnya. Hari tersebut Allah masih belum menguzinkan untuk bertemu dengannya. Pemuda itu kembali ke kehemah tempat penginapannya dengan rasa kehampaan.

Ia tidak dapat tidur sepanjang malam. Wajah wanita itu datang silih berganti. Ia kagum akan kejernihan dan ketenangan wajahnya. Setiap kali ia mengerjakan tawaf pasti akan terpandangkan wajahnya yang begitu tenang dan syahdu bermunajat kepada Tuhan. Kelakuannya diperhatikan tanpa jemu, khusyuk sungguh dia beribadah dan bertawaf, mulutnya tidak berhenti berzikir memuji Allah.

Walaupun dia telah berumur tapi ketenangan dan kebersihan  wajahnya telah menampakkan ia lebih muda dari usianya yang sebenar. Dia tidak pernah berhenti dari mengerjakan tawaf mengelilingi rumah suci itu. Dia tidak pernah rehat dan membuang masa. Kalau dia berhenti dari mengerjakan tawaf, dia akan sembahyang sunat, membaca Al-Quran ataupun berzikir kemudian menyambung lagi tawafnya. Hebat sungguh kekuatan yang ada pada dirinya. Kalau dibandingkan dengan pemuda itu yang masih mudapun terasa letih dan lenguh, inikan pula seorang wanita yang sudah berumur.

Kelakuannya tergambar dalam benak pemuda itu satu persatu, jalannya, wajahnya yang sentiasa tunduk itu menarik perhatiannnya. Matanya tidak pernah liar memandang ke sana ke mari, nampaklah ia seorang yang tawadhuk dan merendah diri. Ratusan manusia yang berada di sekelilingnya sedikitpun tidak menarik perhatiannya. Apa yang menyebabkan dia mendapat ketenangan itu? Mungkin juga dia tidak pernah mengalami kesusahan dan penderitaan Mungkin juga dia ialah wanita yang sentiasa bahagia dan gembira selalu, mempunyai kaum keluarga yang sentiasa mengambil berat mengenai dirinya. Itulah telahannya, mungkin benar atau tidak, wallahu'alam. Tapi wajahnya yang tenang itulah yang menghantui pemuda itu sekarang. Air mukanya sejuk bak salji. Lamunannya kadang-kala diperhatikan jauh di awang-awangan, tenang, damai dan syahdu.

Hati pemuda itu semakin meronta-ronta untuk bercakap-cakap dan mengetahui latar belakang hidupnya. Tapi ia bimbang, adakah dia mahu bercakap-cakap dengannya. Walaubagaimanapun, usinya muda dan mungkin berpangkat anak kepadanya. Oleh kerana matanya masih tidak mahu pejam, pemuda itupun bangun berwudhuk dan mengadap Allah, melakukan sembahyang taubat dan sembahyang istikharah. Semoga Allah mengampuni dosanya mengingati seorang perempuan.

Akhirnya Allah izinkan juga ia menghampiri wanita itu, setelah sekian lama ia memerhatikan kelakuannya dari jauh. Petang itu terasa semacam satu keberanian untuknya berdepan dengan wanita itu.
" Assalamu'alaikum.." tegurnya.
" Wa'alaikumussalam.." jawab wanita itu.
" Maafkan saya puan, kerana ingin bertanya sesuatu. Telah lama saya perhatikan puan, puan kelihatan tidak pernah letih dan jemu mengerjakn tawaf. Puan juga kelihatan khusyuk dan langsung tidak menghiraukan oarang-orang di sekitra puan yang berbagai-bagi ragam dan kadang kala menguji kesabaran puan dalam mengerjakan ibadah di dalam Masjidil Haram ini. Wajah puan juga menggambarkan ketenangan yang luar biasa. Apakah yang menyebabkan puan merasa lazat dan bersungguh-sungguh dalam mengabdikan diri kepada Tuhan. Saya harap puan mahu bercerita agar saya dapat belajar dari puan".
Melihat kepada kesungguhan lelaki itu bertanya, wnita itu diam sebentar, dia termenung seketika, wajahnya tiba-tiba sedih. Lalu dia pun berkata, satu demi satu..
" Saya sebenarnya tidak suka orang tahu mengenai liku-liku hidup saya. Mungkin saudara tidak percaya kalau saya katakan sayalah yang paling malang hidupnya di dunia ini. Bukan saya kesal dengan qadha' dan qadar Allah tetapi kalau saudara ingin tahu juga akan saya ceritakan. Mungkin ianya boleh dijadikan teladan pada hidup saudara kelak."
Kelihatan dia menarik nafas panjang lalu memulakan ceritanya..
" Asalnya saya tinggal di perkampungan Oasis yang terletak di hujung padang pasir dalam negeri Yaman. Saya telah berkahwing dengan suami saya 18 tahun yang lalu dan dikurniakan dengan 4 orang cahaya mata. Tiga lelaki dan satu perempuan. Siti Asma' adalah anak perempuan saya yang sulung dan sudahpun berumah tangga. Faisal 10 tahun umurnya. Ikrimah pula berumur 8 tahun dan Zaid yang bongsu masih lagi menyusu dan baru pandai merangkak. Tapi kini mereka semua sudah tiada lagi, dijemput Allah kembali kepadaNya." 
Pemuda itu tertarik mendengar ceritanya, cara dia bercerita agak tenang dan kesayuan pada wajahnya jelas kelihatan yang mana sebelum ini aku tidak pernah melihat dia berwajah demikian. Dia melanjutkan lagi ceritanya.
" Peristiwa kematian itu berlaku di suatu Hari Raya Korban. Pada hari itu, suamiku menyembelih korban dan perbuatan menyembelih itu diperhatikan oleh anak saya yang kedua, yang belum begitu cerdik. Memang menjadi kebiasaan pada anak-anak meniru setiap perbuatan yang dilakukan oleh oarng tua mereka. Saya tidak menyangka perbuatan menyembelih itu akan dilakukan pada adiknya. Suatu hari, ketika bermain-main dengan adiknya, anak saya Faisal telah membaringkan adiknya dan disembelihnya sebagaimana ayahnya menyembelih kambing. Kebetulan ketika itu kami tiada di rumah, pergi memetik buah tamar. Saya hanya mendengar dari jauh jeritan Ikrimah yang meminta tolong. Bila saya sampai saya lihat darah memancut-mancut keluar dari lehernya yang hampir putu. Dia tidak dapat diselamatkan dan meninggal di situ juaga."
" Kami menguruskan jenazah Ikrimah, setelah selesai baru kami perasan bahawa Faisal telah tiada. Mungkin dia ketakutan dan tidak menyangkan semua itu boleh berlaku. Suami saya yang masih terganggu fikirannya dan terkejut dengan peristiwa itu telah mengejar anak kami yang lari, dengan harapan menyelamatkannya tersesat di padang pasir dan dimakan serigala."
" Dari hari ke hari, dari minggu ke minggu serta dari bulan ke bulan mereka tidak juga balik. Saya masih tetap menunggu mereka dengan seribu harapan agar mereka kembali dengan selamat. Tapi nampaknya hampa. Saya yakin kedua-duanya mati kebuluran di tengah padang pasir yang kering kontang itu."
" Suatu hari, sewaktu fikiran saya sedang tidak menentu mengingatkan anak dan suami, saya biarkan anak kecil yang masih merangkak-rangkak bermain sendiri. Tanpa disangka-sangka dia mencapai cerek air panas yang sedang menggelegak. Seluruh tubuhnya melecur akibat terjirus air panas tersebut. Menjerit melolonglah anak itu sehingga akhirnya ia mati."
" Jiran-jirn ramai yang datang bila mendengar saya menjerit. Ada di antaranya yang sempat memberitahu anak sulung saya yang tinggal tidak jauh dari rumah saya. Siti Asma' yang sedang sarat mengandung datang terburu-buru. Bila melihat keadaan adiknya itu dia terus pengsan kerana terkejut melihat keadaan itu. Bila dikejutkan dan disapu air ke mukanya dia masih tidak juga sedar. Bila diperiksa nadinya, rupanya dia juga telah meninggal dunia. Kedua-dua anak saya telah pulang ke rahmatullah dan jenazah mereka berdua telah selamat dikebumikan oleh orang ramai."
" Alangkah sedihnya. Di mana lagi hati nak saya sandarkan diri ini? Ke mana hidup nak saya arahkan? Antara keinginan untuk mati dan hidup itu saya bawa hati ke sini, mempersembahkan kepada Allah. Beban yang terlalu berat saya rasakan. Semoga Allah sudi meringankan. Sekarang saya tenang, dan yang tinggal buat saya di dunia ini untuk dicintai dan dirindui hanyalah Allah. Saya akan habiskan masa yang masih tinggal untuk taat dan berbakti kepada Allah. Insya Allah."
" Sedarlah wahai saudara, bahawa ujian hidup itu datang dalam pelbagai bentuk dan ketikanya dan datang tanpa diundang. Kalau tidak mempunyai iman, manusia pasti karam dan tenggelam serta mati lemas di dalamnya."
Perempuan itu mengakhiri ceritanya dan pergi meneruskan ibadah seolah-olah tidak pernah berlaku apa-apa pada dirinya. Begitulah kiah seorang srikandi Islam, yang berjaya berhadapan dengan berbagai-bagai ujian dan penderitaan. Iman yang tinggal menyebabkan dia boleh sentiasa tersenyum dalam mengharungi kehidupannya. Senyum, syukur, sabar dan redha di waktu senang atau susah. Wanita begini tidak akan takut, berdukacita, gelisah, bimbang, kecewa dan tidak pernah kenal apa itu putus asa.

Bila semuanya sudah dimiliki itulah dia erti kebahagiaan hidup yang sebenar.


Sumber: Buku Peribadi Wanita Salafussoleh                    Penulis: Sharifah Fakhruddin

Saturday, February 18, 2012

Kembali Futur?

Bismillahirrahmanirrahim..

Situasi Satu

Asmidar syok melayan drama-drama Korea yang sudah lama ditinggalkan. Dia seakan-akan lupa mengapa dia meninggalkan hobinya itu suatu masa dahulu. Sedang dia menonton, tiba-tiba datang kesedaran dalam hatinya, " Ya Allah. Apa yang sedang aku lakukan ni? Adakah aku sedang futur?". Lantas serta merta dia menutup drama itu dan beristighfar.

Situasi Dua

Lina merasakan sekarang dia sudah tidak merasakan kemanisan apabila beribadah kepada Allah. Segala-galanya dirasakan hambar. Bahkan dia sudah tidak mengerjakan lagi amalan-amalan sunat. Dia lagi gemar membaca bahan bacaan yang lagho-lagho. Tarbiyyah untuk hatinya bukan lagi ayat-ayat Allah. Bahkan dia lagi suka mendengar lagu-lagu jiwang yang membawanya ke awang-awangan.

Pernahkan keadaan di atas terjadi kepada diri anda? Kembali futur?



Futur ni bolehlah dimaksudkan dengan diam setelah giat, lemah setelah semangat. Fenomena ini sering terjadi kepada sesiapa sahaja. Sama ada insan biasa atau pun para da'ie. Untuk para da'ie, mereka menjadi malas untuk bergerak. Malas untuk melakukan dan mengajak orang kepada kebaikan. Malas untuk mencegah kemungkaran. 

Kenapakah futur ini boleh terjadi?

Futur biasanya berlaku apabila berlaku dualisme di dalam diri. Kebenaran dan karat-karat jahiliyyah sedang tolak-menolak antara satu sama lain. Bak kutub utara dan kutub selatan. Sungguh. Kebenaran dan jahiliyyah ini memang sentiasa bertembung dalam diri manusia. Dan sudah pastilah kedua-duanya tidak boleh duduk sekali. Salah satunya akan menang. Sama ada kebenaran yang menang dan jahiliyah berundur ataupun jahiliyyah kembali menguasai diri dan kebenaran berlalu meninggalkan diri.

Persoalannya ialah, which one will you let to win? Kebenaran atau pun jahiliyah?

Firstly, apakah yang dimaksudkan dengan jahiliyah ni sebenarnya?

Apa sahaja yang bukan atau tidak sejalan dengan Islam disebut sebagai jahiliyah sama ada sifat, keadaan, akhlak atau pun sistem.

Rasulullah saw pernah mengatakan dalam diri Abu Dzar al-Ghifari masih terdapat sifat jahiliyah. Hal ini adalah disebabkan sahabat itu memanggil Bilal bin Rabah dengan panggilan yang tidak dibolehkan dalam Islam. Abu Dzar memanggil Bilal dengan panggilan,
" Hai anak perempuan hitam! ".

Bilal mengadu kepada Rasulullah saw. Lalu setelah menyiasat akan kebenarannya, Rasulullah saw memberikan teguran kepada Abu Dzar dengan sabdanya, " Hai Abu Dzar, sesungguhnya engkau orang yang pada dirimu terdapat (sifat) jahiliyyah."

Jadi jelaslah di sini, apa sahaja yang tidak selari dengan Islam disebut sebagai jahiliyah.

Tapi saya mengaku, untuk menghilangkan karat-karat jahiliyyah dalam diri bukan satu perkara yang mudah. Apabila sesuatu perkara itu sudah sebati dalam diri, mesti dan pasti amat sukar untuk dihilangkan dan dibuang.

Walaupun begitu, kita mesti kena sentiasa ingat. Syurga Allah itu tidak mudah dan tidak murah. Syurga itu bukanlah untuk orang yang tidak sanggup bersusah payah demi-Nya. Bukan juga untuk orang yang sentiasa merasa senang di dunia ini dan tidak pernah diuji. Syurga itu untuk orang yang sanggup berjuang dan berkorban demi Allah dan agama-Nya.

" Mereka merenggangkan diri dari tempat tidur (mereka tidak tidur pada waktu kebiasaan orang tidur, untuk mengerjakan solat malam),mereka berdoa kepada Tuhannya dengan rasa takut dan penuh harap, dan mereka menginfakkan sebahagian daripada rezeki yang kami berikan kepada mereka."  (Surah As-Sajdah, 32: 16)


Mujahadah itu memang tidak mudah. Tapi sesiapa yang benar-benar bermujahadah pastinya Allah akan tolong. Firman Allah:

" Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, Kami akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sungguh , Allah bersama dengan orang yang melakukan kebaikan." (Surah Al-Ankabut, 29: 69)

Selain tu, futur ni jugak boleh terjadi apabila hubungan kita dengan Allah renggang. Cuba check balik hubungan kita dengan Allah. Baikkah atau pun sekadar nyawa-nyawa ikan?

Kelalaian dalam menjaga hubungan kita dengan Allah akan menyebabkan hati kita berkarat laksana besi apabila terkena air. Kita selalu mendengar kata-kata ni kan. Hati itu raja diri. Kalau baik , maka akan baiklah seluruh anggota yang lain, jika buruk maka akan buruklah segala anggota yang lain.

Jadi, dekatkanlah hati kita dengan Allah. Insya Allah, sekiranya kita dekat dengan Allah fenomena futur ini akan dapat dicegah.

Ayuh! Kembalikan sinar cinta yang semakin pudar itu. Kutip kembali semangat yang telah hampir hilang tu. Bangkit semula. Yang paling penting, kembali lah kepada Allah :)
Ingat kembali kata-kata-Nya ini sebagai pembangkit semangat.

Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya.        (Surah Ali 'Imran, 3:103)

Sungguh jalan da'wah ini tidak mudah.
Mesti ada kalanya kita ingin kembali ke masa lalu.
Ingin kembali bersuka ria seperti dulu kala.
Ingin menonton drama-drama seperti dulu.
Membuang masa berbual-bual kosong dengan kawan-kawan.
Bergossip pasal artis itu dan artis ini.
Tidak perlu memikirkan masalah ummat.
Itu masalah mereka, bukannya masalah kita.
Tapi, sampai bila kita harus begini?
Sedangkan ummat sedang sangat tenat.

Futur itu mungkin biasa.
Tapi jangan jadikan ia sebagai kebiasaan.
Jangan dijadikan alasan kita tidak bergerak.
Merasa lemah juga perkara biasa.
Tapi jangan jadikan ia sebagai kebiasaan.
Sebabnya mukmin yang kuat itu lebih disukai Allah daripada mukmin yang lemah.
Kembalilah!

Tuesday, February 14, 2012

Ibrah Dari Ice-Skating?


Bismillahirrahmanirrahim..

Beberapa hari yang lepas, saya pergi main ice-skating dengan seorang senior. Wah, seronok jiddan sebab dah lama tak main ice-skating ni :)

I LOVE ICE-SKATING! :)


Actually, it was my second time main ice-skating ni. The first one was last year. Err, kat Malaysia tak pernah main, sebab tu excited sangat bila boleh main tahun lepas. hee.. Hari tu public holiday. So, most of people yang datang tu budak-budak sekolah rendah or menengah (i guess la sebab kat Aussie ni kadang-kadang tak boleh nak bezakan antara budak primary school or high school. huuu..) 

Main ice-skating ni memang syok bagi orang-orang yang dah terror. Jeles jugak dengan senior saya tu. Pandai je dia main. Laju je dia meluncur. Bagi saya yang masih agak baru ni, agak terkial-kial juga lah mulanya. Nak meluncur agi. Nak balance agi. Alhamdulillah, boleh meluncur tapi slow-slow. Huu..

Err, part yang tak bestnya bila jatuh! Firts time jatuh tu rasa macam nak patah tulang pinggul. Sakit jiddan. Actually rasa macam nak menangis pun ada juga. Tapi, kena lah cover sikit depan budak-budak and senior yang ada kan? :p

Eh, terpanjang pulak introduction. Apa yang saya nak ceritakan kat sini bukanlah keseronokan bermain ice-skating tapi adalah ibrah daripada main ice-skating ni. Err, main ice-skating pun ada ibrah ek? Oh, tentu lah ada (bak kata saya :p )

Antara ibrah yang saya dapat sepanjang main ice-skating (err.. baru dua kali je pun) ni ialah :


Pertama : Bila kita jatuh, of course akan terasa sangat sakit. Kadang-kadang rasa macam dah tak nak bangun balik sebab sakit sangat. Tapi, secara logiknya. Kalau kita jatuh basikal atau pun bila terjatuh atas jalan raya, mesti kita akan bangun kan? Mungkin la take time sikit nak bangun. Nangis-nangis dulu kejap. Tenangkan fikiran. Lepas tu baru bangun.

Ni kita boleh apply dalam kehidupan kita. Bangun kembali apabila jatuh. Hidup ni takkan pernah sepi daripada ujian. Ujian pasti akan datang  bertali arus. Kadang-kadang ujian yang datang tu membuatkan kita jatuh terduduk. Terus tunduk melihat lantai. Sukarnya nak menghadapi ujian tu. Dada terasa sangat sesak. Dunia terasa sangat sempit. Tapi kita kena sentiasa ingat Allah tu ada. Jadi bangkitlah! Ujian ni tandanya Allah sayang. Jangan disebabkan ujian yang sedikit, kita terus jatuh dan tidak bangun-bangun lagi.

Saya suka dengan kata-kata Ustaz Syed Abdul Kadir Aljoofre ni:

" Jika anda pernah bersedih, ingatilah kesedihan Rasulullah saw. Jika anda pernah dizalimi, ingatlah Rasulullah saw pernah dicederakan dan cuba dibunuh kerana Islam. Jika anda difitnah, ingatlah Rasulullah saw dituduh dengan segala kata nista. Jika anda susah, ingatlah kekasih Allah , Rasulullah saw makhluk paling sempurna juga pernah bersusah payah untuk ummatnya. Jika anda sedih, difitnah, dizalimi, dituduh dan berasa susah, cukuplah Rasulullah saw sebagai motivasi. Benarlah Baginda rahmat buat seluruh alam."

Sungguh, Rasulullah tak pernah give up walau apa pun ujian yang mendatang. Mari lah kita mencontohi sikap Rasulullah saw ni. Sebabnya Rasulullah saw kan sebaik-baik Qudwah Hasanah :)

Kedua: If you never fall, you will never know how to get up! Yes, it's true. Kalau lah seandainya dalam hidup ni kita tak pernah jatuh. Tak pernah berada di bawah. Kita tidak akan tahu bagaimana untuk kembali naik. Kita tidak akan tahu bagaimana untuk bangkit semula. Allah tu memang sebaik-baik perancang. Dia bagi kita jatuh dulu. Sebabnya Dia nak kita tahu bagaimana rasanya jika kita berada di bawah dan Dia nak kita berusaha supaya kita bangkit kembali. Seandainya kita sentiasa berada di atas, kita tak akan tahu kesusahan dan kepayahan orang lain yang berada di bawah. jadi, bila kita sendiri dah merasai keperitan itu, kita tidak akan memperlekehkan orang-orang yang berada di bawah kita. Selain tu, Allah juga nak kita bersabar dengan ujian yang dia bagi ni. Dia nak tengok siapa antara kita yang betul-betul beriman kepada-Nya.

Ketiga: Balance tu penting! Kalau masa main ice-skating ni keseimbangan badan memang tersangatlah penting. Sebab kalau tak balance, confirm jatuh (err, sebab tu la asyik jatuh. Susah betul nak balance bila pakai kasut dia yang tirus tu.huuu)

Haa, kalau nak main ice-skating pun kena balance. Apatah lagi benda lain. Dunia dan akhirat juga macam tu. Kita kenalah pandai menyeimbangkan antara dunia dan akhirat. Jangan terlalu melebihkan dunia semata. Kalau kita melebihkan dunia, pasti kita akan hanyut. Sungguh, saya tak tipu. Hanyut dan terus hanyut dengan nikmat duniawi. Akhirnya, kita yang akan terkapai-kapai. Jadi, seimbangkanlah ilmu dunia dan ilmu akhirat. Carilah ilmu agama. Sekarang ni nak cari ilmu agama tak susah. Ceramah-ceramah banyak. Boleh dengar kat You tube.  Boleh jugak baca artikel-artikel Islamik. Bertanya direct pada ustaz. Kalau malu nak tanya direct, Facebook kan ada. Sekarang ni memang tak susah macam dulu-dulu bila nak mencari ilmu agama ni. So, apa lagi alasan kita?

It's all depends on us. Tepuk dada, tanya iman.

Keempat: Jangan pernah serik untuk mencuba lagi! Jatuh sekali. Oh, sakit jangan cakaplah. Tapi, jangan disebabkan kesakitan itu, kita takut untuk mencuba lagi. Kan famous quote ni, 'Gagal sekali bukan gagal selama-lamanya.' 

Yosh!

Ahaa.. Ni lah antara ibrah yang saya dapat daripada ice-skating ni. Moga sama-sama kita dapat manfaat :)

Peace >.<


 

Monday, February 13, 2012

How To Get Halawatul Iman?


Bismillahirrahmanirrahim..





Tiga perkara yang barangsiapa terdapat (ketiga-tiga) perkara itu padanya, nescaya dia akan memperoleh kemanisan iman.

Pertama : Allah dan Rasul-Nya lebih dicintai daripada selainnya.

Kedua: Dia mencintai seseorang kerana Allah.

Ketiga: Dia benci untuk melakukan kekufuran sebagaimana dia benci untuk dilemparkan ke dalam api neraka.

(HR Bukhari Muslim)



Saturday, February 11, 2012

Bila Hidayah Itu Menyapa.


Bismillahirrahmanirrahim..


Pernahkah hidayah Allah menyapa hatimu wahai teman? Mesti pernah kan? Walau pun hanya sekali. Ada sahabat pernah cakap padaku, Hidayah ni mungkin hanya akan datang sekali je dalam hidup kita. Jadi bila kita rasa hidayah tu hadir, peluklah erat-erat dan genggam lah kemas-kemas. Jangan biarkan ia terlepas pergi. Andainya terlepas, mungkin hidayah itu takkan datang lagi."

Alangkah ruginya jika kita tak ambil peluang yang Allah bagi kat diri kita. Allah dah bagi peluang untuk kita berubah untuk jadi better person, tapi kita buat tak peduli. Rugi sangat-sangat.

Which one will you chose? Choose wisely.

Hidayah itu umpama satu papan tanda. Ia akan menunjukkan kita ke arah destinasi yang kita tuju. Apabila kita mengikuti papan tanda yang pertama, kita akan jumpa papan tanda yang seterusnya. Tapi pastikan kita mengikut papan tanda yang betul. Barulah  sampai ke  destinasi yang kita tuju.

Tapi sekiranya kita berpaling daripada papan tanda yang pertama itu dan mengikut papan tanda yang lain, kita akan semakin menjauh dari destinasi yang dituju. Dan akhirnya kita akan tersesat.


Allah ada berfirman dalam Al-Quran:
 " Dan Allah akan menambahi hidayah bagi orang-orang yang menurut jalan hidayah."  (Surah Maryam 19:76)
Tengok tu, Allah akan menambahkan hidayah sekiranya dia menurut jalan-jalan yang betul. Dan demikianlah orang yang menerima hidayah Allah ni.

Sebenarnya, kadang-kadang kita sedar Allah bagi hidayah kat kita. Allah nak kita tinggalkan benda yang salah yang sedang kita lakukan sekarang. Tapi, kita sangat sayang nak tinggalkan benda yang sedang kita buat. Ye lah. Benda mungkar ni memang seronok nak buat. Lebih-lebih lagi bila dah jadi habit. Dosa ni boleh lah dianggapkan sebagai kurap. Semakin kita garu, semakin best pulak rasa. Kalau tak dirawat, bila dah tinggal parut memang sukar nak dihilangkan.

Haa, sebab tu lah bila dah buat dosa. Akan rasa nak buat lagi dan nak buat lagi. Sebabnya dah sebati dalam jiwa. Apa yang Allah suruh buat, tak pulak kita buat.

Allah suruh solat. Kita cakap, alah dah tua-tua nanti aku solat la.
Allah suruh tutup aurat. Kita cakap, nanti aku dah tak vogue kalau pakai tudung ni.
Allah cakap jaga pandangan mata. Kita cakap, eye contact kan penting, buat pe tunduk-tunduk ni?
Allah cakap couple tu haram. Kita cakap, mana ada, tengok ramai je couple tu haa.

Macam-macam lagi yang Allah suruh kita buat dan tinggalkan. Tapi pasti ada sahaja alasan yang kita berikan. Benda yang haram pasti akan kita cuba sedaya upaya nak halalkan. Sedangkan dalam Al-Quran sudah terang-terang cakap tak boleh.

Jangan teman, jangan jadikan syaitan sebagai raja dalam hatimu. Jangan jadikan dia sebagai kawan. 

Allah ada berfirman dalam Al-Quran:
" Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh bagimu, maka anggaplah ia musuhmu, kerana sesungguhnya syaitan-syaitan itu hanya mengajak golongannya supaya mereka menjadi penghuni neraka yang menyala-nyala." (Surah Fatir 35:6)

Begitu juga nafsu. Didiklah nafsumu. Didiklah ia agar bekerja untukmu bukannya dirimu yang bekerja untuknya. 

Sungguh, hidayah itu milik Allah. Hanya Dia yang berhak anugerahkan hidayah itu kepada orang-orang yang Dia nak. Tak semua orang bertuah. Kalau tak, mesti semua orang kat dunia ni jadi baik sangat. Dan tiadalah sengketa dan permusuhan kat dunia ni. Jadi jangan bersedih bila kita dah pernah berusaha untuk ajak kawan-kawan or family kita berubah ke arah lebih baik tapi mereka tak nak ikut. 

Sebab Allah dah berfirman dalam Al-Quran yang bermaksud:
"Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang dikehendaki-Nya, dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mau menerima petunjuk." (Al-Qasas :56)
Even Rasulullah saw pun tak mampu bagi hidayah kepada orang yang baginda sayangi. Ini menunjukkan hidayah itu hak mutlak Allah. Cuma tugas kita ialah berusaha menyampaikan hidayah yang terkandung dalam Al-Quran. Sama ada mereka terima atau tidak, semua itu kerja Allah.

Jadi tersangatlah beruntung orang yang hatinya pernah disapa hidayah Allah. Gunakanlah peluang yang Allah berikan kepada kita dengan sebaik-baiknya. Dan hidupmu bakal berubah. Better than before. Insya Allah.

Hidayah ni tak kan datang bergolek. Hidayah Allah ibarat kunci yang hadir daripadaNya. Kunci kepada sebuah pintu kebaikan. Pintu tersebut hanya akan terbuka apabila orang tersebut berusaha untuk membukanya. Sekiranya tidak, maka pintu tersebut akan tertutup selama-lamanya walaupun kunci itu pernah berada di tangan kita.


Am I capable to open it? Insya Allah, I will.


Dan Allah ada berpesan dalam Al-Quran:
" Dan Allah menyeru (manusia) ke Darussalam (syurga), dan memberikan petunjuk kepada orang yang Dia kehendaki ke jalan yang lurus (Islam)." (Surah Yunus 10: 25)
Agaknya sudah berapa kali kita dipilih untuk diberikan hidayah tapi entah sudah berapa kali kita sudah menolaknya. Dan agaknya berapa kali lagi kita akan dipilih dan terus menolaknya? Itupun sekiranya Allah masih memberikan kita peluang untuk merasai nikmat hidayah-Nya. Bagaimana sekiranya hidayah itu tidak pernah kunjung tiba lagi?
Andainya ini hidayah terakhir.. T_T

Thabbit Qalbi Ya Rabb.

Mari beramal dengan doa ni.
"Ya Tuhan kami, janganlah Engkau condongkan hati kami kepada kesesatan setelah Engkau berikan petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi-Mu, sesungguhnya Engkau Maha Pemberi." (Surah Ali 'Imran 3: 8)


Friday, February 10, 2012

Riak Oh Riak!


Bismillahirrahmanirrahim..


Saya mulakan entry kali ni dengan satu hadis yang berbunyi:
Abu Hurairah berkata, 'Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya orang yang pertama kali diadili pada hari kiamat adalah orang yang mati syahid di jalan Allah. Dia didatangkan kemudian dinampakkan kepadanya nikmat-nikmat yang diberikan kepadanya maka dia pun mengakuinya. Allah bertanya, 'Apa yang kamu lakukan dengannya?' Dia menjawab, 'Aku berperang untuk-Mu sampai aku mati syahid.' Allah berfirman, 'Engkau dusta, sebenarnya engkau berperang kerana ingin disebut sebagai orang yang berani. Dan itu sudah kau perolehi.' Kemudian Allah memerintahkan malaikat untuk mengheretnya tertelungkup di atas wajahnya lalu dilemparkan ke dalam neraka.
Kemudian seorang yang menuntut ilmu dan mengajarkannya dan juga membaca Al Quran. Dia didatangkan kemudian ditunjukkan kepadanya nikmat-nikmat yang sudah didapatinya dan dia pun mengakuinya. Allah bertanya, 'Apakah yang sudah kau perbuat dengannya ?' Maka dia menjawab, 'Aku menuntut ilmu, mengajarkannya dan membaca Al Quran kerena-Mu.' Allah berfirman, 'Engkau dusta, sebenarnya engkau menuntut ilmu supaya disebut sebagai orang alim. Engkau membaca Quran supaya disebut sebagai Qari’.' Kemudian Allah memerintahkan malaikat untuk mengheretnya tertelungkup di atas wajahnya lalu dilemparkan ke dalam neraka.
Kemudian ada seseorang yang telah mendapatkan anugerah banyak harta. Dia didatangkan dan ditunjukkan kepadanya nikmat-nikmat yang diperolehnya. Maka dia pun mengakuinya. Allah bertanya, 'Apakah yang sudah kamu perbuat dengannya?' Dia menjawab, 'Aku telah sedekahkan harta di jalan-Mu dan untuk-Mu.' Allah berfirman, 'Engkau dusta, sebenarnya engkau lakukan untuk digelar orang yang dermawan dan engkau sudah memperolehnya.' Kemudian Allah memerintahkan malaikat untuk mengheretnya tertelungkup di atas wajahnya lalu dilemparkan ke dalam neraka." [Hadith Riwayat Muslim]

Gulp.

Ketiga-tiga golongan ini melakukan amal kebaikan yang pada fikiran kita tentunya akan dimasukkan ke dalam syurga, yang di bawahnya mengalir sungai-sungai. Tempat yang sewajarnya bagi orang yang mati syahid, menuntut dan mengajarkan ilmu, serta menginfakkan harta di jalan Allah.Tapi sebaliknya, mereka dicampakkan ke dalam api neraka.

Sebabnya? Mereka melakukan semua kebaikan itu agar dipandang manusia. Tidak ikhlas melakukannya semata-mata kerana Allah. 



Penyakit hati ini aka riak ni memang sukar untuk diubati. Membunuh dalam diam. Memang sukar sangat untuk mengubati penyakit riak ni.

Sampaikan Rasulullah sendiri bimbang dengan penyakit riak yang melanda umatnya. Ini diceritakan dalam satu hadis:

Rasulullah s.a.w bersabda: " Sesungguhnya perkara yang sangat-sangat aku takuti akibat buruknya menimpa kamu ialah syirik yang kecil." Sahabat-sahabat Baginda bertanya: " Apa dia syirik yang kecil itu ya Rasulullah?" Baginda s.a.w menjawab: "( Syirik yangkecil itu) ialah riak - Allah Taala akan berfirman pada hari Kiamat apabila manusia datang dengan amal masing-masing: " Pergilah kepada mereka yang kamu melakukan riak di dunia dahulu ( untuk menunjukan kepada meraka ), kemudian lihatlah, adakah kamu akan dapati sebarang balasan di sisi mereka?"

Oh, takut jiddan bila dengar hadis ni. Kat hari akhirat nanti kita akan pergi kepada orang yang di mana semasa dunia dulu, kita tunjukkan riak supaya dipuji-puji mereka. Menagih pahala daripada mereka. Kita mengharapkan mereka akan membantu kita dari azab Allah. Tapi, tentulah mereka tak dapat membantu kita. Sebabnya the ONLY ONE yang dapat bantu kita masa hari akhirat nanti hanyalah Allah. Oh, alangkah ruginya kita penat-penat buat ibadah tapi tak dapat apa pun. Sebabnya kita mengharapkan penghargaan manusia, bukannya penghargaan Allah.

Sudah menjadi fitrah manusia. Memang suka dipuji. Ye lah. Kalau dengan manusia, bila buat kebaikan ni kita akan cepat je dapat pujian. Allah pula tak puji secara direct. Mungkin sebab itulah kita-kita ni lebih suka mendapatkan pujian daripada manusia. Tapi, ingatlah. Allah memang tak puji kita secara direct. Tapi, kalau kita ikhlas buat sesuatu perkara kerana Dia, insya Allah Dia akan bagi kita syurga.

So, macam mana kita nak ubati penyakit riak ni ek? For me, actually tak mudah nak mengubati penyakit hati ni. Saya sendiri pun masih sedang berusaha untuk mengubati penyakit ni. Tapi ianya tidaklah mustahil. Ni antara caranya untuk kita ubati penyakit riak ni:

1. Sentiasa perbetulkan niat. Kita boleh perbetulkan niat sama ada sebelum, semasa atau pun selepas melakukan ssuatu kebaikan ni.

2. Perbanyakkan zikrullah dan istighfar.

3. Sentiasalah muhasabah diri. Tanya diri sendiri 'Aku buat ni sebab Allah ke orang lain?'

4. Perbanyakkan amala-amalan sunat.

Berhati-hatilah dengan musuh yang tersembunyi ni. Sebab kadang-kadang, tanpa kita sedari kita sudah ter 'riak'. Sama-sama muhasabah diri jom.. ^_^