Monday, October 29, 2012

Fantastic Four.


Bismillahirrahmanirrahim..



Pada hari raya yang lalu (err dah few months ago), saya pulang beraya ke Malaysia walaupun saya tiba di Malaysia pada hari raya yang keempat. Alhamdulillah, suasana berhari raya masih lagi terasa. Sudah 3 tahun tidak beraya di Malaysia dan Alhamdulillah tahun ini Allah izinkan saya untuk turut sama beraya di Malaysia bersama-sama keluarga tercinta. Dan saya juga berasa gembira kerana dapat bertemu dengan sahabat-sahabat saya.

Semasa di Malaysia, saya juga sempat bermalam di rumah salah seorang sahabat baik saya. Gathering of Fantastic Four (err.. ni nama yang kami berikan). Sepatutnya kami berempat tapi seorang lagi berada di New Zealand, jadi kami hanya bertiga ketika itu. Ala-ala pillow talk la konon-kononnya. Dan pada malam itu, sahabat saya Cik Kira namaya bertanya,

“Korang rasa apa yang menyebabkan kita (Fantastic Four) menjadi rapat? And sejak bila kita menjadi rapat ek?”

Haa, macam-macam la jawapan yang keluar masa tu. Dan akhirnya dia berkata,

“Cuba check 8:63”.

Saya pun mengambil tafsir Al-Quran dan membaca ayat itu.

“dan Dia (Allah) yang mempersatukan hati mereka (orang yang beriman). Walaupun kamu menginfakkan semua (kekayaan) yang berada di bumi, nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sungguh, Dia Maha Perkasa, Maha Bijaksana.”

(Surah Al-Anfal, 8:63)

Tersangatlah betul. Hanya iman kepada Allah yang mampu mempersatukan hati-hati kita. Dulu semasa di sekolah menengah, kami tidaklah serapat sekarang. Masing-masing mempunyai group masing-masing. Kami jarang bersua dan bercakap. Tapi, apabila tamat persekolahan kami mula menjadi rapat. Dua orang belajar di New Zealand (seorang dah balik Malaysia for good), seorang di Malaysia dan seorang lagi di Australia. Saya pun sudah lupa bagaimana kami boleh menjadi serapat ini, tapi betullah seperti firman Allah, Dialah yang mempersatukan hati-hati kami. Alhamdulillah, sekarang semua orang sedang berusaha memperbaiki diri masing-masing untuk menjadi insan yang diredhai Allah.

Semoga persahabatan kami tetap utuh dan kekal sampai ke syurga. Aamiin.

“Ya Allah, Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi-Mu, bertemu untuk mematuhi (perintah) Mu, bersatu memikul beban dakwah Mu. Hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariat Mu, maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya. Kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini. Tunjukkanlah kepada hati-hati ini akan jalan Nya (yang sebenar). Penuhkan (piala) hati ini dengan cahaya Rabbani Mu yang tidak kunjung malap. Lapangkan hati-hati ini dengan limpaha iman dan keindahan tawakal kepada Mu. Hidup suburkanlah hati-hati ini dengan ma’rifat (pengetahuan sebenar) tentang Mu.  Jika Engkau mentakdirkan mati, maka matikanlah pemilik hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agama Mu. Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong.

Ya Allah, restuilah dan sejahterakanlah junjungan kami Nabi Muhammad saw, keluarga dan para sahabat Baginda semuanya. Amiin.”

Sunday, October 7, 2012

Lirik: Mukmin Sejati


Bismillahirrahmanirrahim..

Saya suka sangat dengar lagu 'Mukmin Sejati' nyanyian Ustaz Amal. Kawan saya cakap lagu ni dah lama. Sejak sekolah tadika lagi. Yang membawa maksud dah lama sangat lagu ni sebab now umur dia dah pun 23 tahun (err.. sama la dengan saya). Tapi, saya baru je jumpa lagu ni. Takpelah terlambat sikit jumpa lagu yang best ni. Better late than never kan? (Tak tahulah sesuai ke tak guna ayat ni kat sini.hee.. )

Sejak kali pertama dengar saya terus jatuh hati dengan lagu ni sebab lirik dia sangat best. Jom kita dengar sama-sama. Moga korang pun suka dan boleh ambil pengajaran di sebalik lagu ni.. ^_^




Mukmin Sejati

Antara sifat mukmin sejati
Sentiasa bersyukur pada Ilahi
Antara sifat mukmin sejati
Sentiasa bersyukur pada Ilahi

Memadai dengan nikmat yang diberi
Tak lalai menunaikan tanggungjawabnya
Memadai dengan nikmat yang diberi
Tak lalai menunaikan tanggungjawabnya

Inilah sifat mukmin yang sejati
Hatinya merasa sungguh derita
Bila tercebur ke dalam dosa
Lantas ia terus bertaubat
Mohon maghfirah dari Ilahi
Andai bersalah sesama manusia
Segera ia mohon kemaafan

Antara sifat mukmin sejati
Sentiasa bersyukur pada Ilahi
Antara sifat mukmin sejati
Sentiasa bersyukur pada Ilahi
Memadai dengan nikmat yang diberi
Tak lalai menunaikan tanggungjawabnya
Memadai dengan nikmat yang diberi
Tak lalai menunaikan tanggungjawabnya

Inilah sifat mukmin yang sejati
Sabar menempuh segala ujian
Apa yang didamba hanya redha tuhan
Berlapang dada dengan manusia
Hanya menginginkan kedamaian
Akhlak mulia menjadi pakaian
Quran dan Sunnah sebagai panduan

Antara sifat mukmin sejati
Sentiasa bersyukur pada Ilahi
Antara sifat mukmin sejati
Sentiasa bersyukur pada Ilahi

Memadai dengan nikmat yang diberi
Tak lalai menunaikan tanggungjawabnya
Memadai dengan nikmat yang diberi
Tak lalai menunaikan tanggungjawabnya

Inilah sifat mukmin yang sejati
Cinta kasihnya hanya pada Allah
Tidak sekalipun merasa gundah
Derita melanda terasa indah
Setiap masa dalam beribadah
Menuntut ilmu jadi tradisi
Hidup dan matinya untuk Ilahi
Inilah sifat mukmin yang sejati
Inilah sifat mukmin yang sejati


Thursday, October 4, 2012

Redha.


Bismillahirrahmanirrahim..

Kisah Pertama

Suatu hari, Ali bin Abi Thalib ra melihat ‘Ady bin Hatim ra bermuram durja, maka Ali bertanya: “Mengapa engkau nampak bersedih hati?” ‘Ady menjawab: “ Bagaimana aku tidak sedih, sedangkan dua anakku terbunuh dan mataku terkeluar daripada pertempuran.” Maka Ali berkata: “Wahai ‘Ady, barangsiapa yang redha terhadap takdir Allah, maka takdir itu tetap berlaku atasnya dan ia mendapat pahalaNya dan barangsiapa tidak redha terhadap takdirNya, maka hal itu pun tetap berlaku atasnya, dan terhapuslah amalnya.

Kisah Dua

Suatu hari Abu Darda’ menziarahi sebuah keluarga yang anggotanya meninggal dunia. Namun kelurga yang ditinggalkan tetap tabah dan memuji Allah swt. Maka Abu Darda’ berkata kepada mereka: “Engkau memang benar, sesungguhnya Allah apabila memutuskan suatu perkara, maka Dia senang jika takdirNya itu diredhai.”

Dua kisah di atas saya ambil daripada buku yang bertajuk “ Penawar dan Penyucian Jiwa”. Kedua-dua kisah ini menceritakan tentang redha. Dan dari kisah-kisah ini, kita mengetahui betapa pentingnya untuk redha dengan apa yang telah terjadi atau menimpa kita.

Redha itu adalah apabila kita berlapang dada dan jiwa dalam menerima takdir dan ketentuan daripada Allah.

Kadang-kadang apabila kita ditimpa sesuatu musibah, amat sukar untuk redha kan? Mungkin di mulut kita cakap redha, tapi bagaimana pula di hati?

Orang yang redha dengan ketentuan Allah akan mencari-cari hikmah di sebalik apa yang telah terjadi. Dia tidak akan menyalahkan takdir. Sebab dia tahu apa yang terjadi adalah yang terbaik untuk dirinya. Memang tidak mudah untuk redha dengan apa yang terjadi lebih-lebih lagi sekiranya apa yang terjadi itu telalu pahit untuk ditelan dan ditempuhi. Tapi walau apapun, kita kena yakin bahawa Allah itu tidak pernah menzalimi hamba-hambaNya. Apa yang terjadi di kala itu, itulah yang terbaik untuk hidup kita. Mungkin ketika ini, kita tidak nampak apa kebaikannya tapi percayalah suatu hari nanti kita akan bersyukur kerana diberikan ujian itu.

Apa yang paling penting adalah cara kita berfikir dan menerima ujian daripada Allah itu. Berfikirlah secara positif dan terimalah apa yang telah terjadi secara positif. Barulah ianya tidak akan terasa terlalu berat. Lagipun Allah tidak akan menguji di luar kemampuan kita. Sebab Allah tahu kita mampulah, barulah kita diuji. Jadi redhalah dan terimalah dengan hati yang terbuka. Apa yang telah berlaku, jadikanlah pedoman hidup kita :)

Saya akhiri entry kali ni dengan kata-kata dari Al Hasan Al Basri:

“Barangsiapa yang redha terhadap apa yang sudah menjadi suratan hidupnya, maka jiwanya akan merasa lapang menerima hal itu, dan Allah pun akan memberkatinya. Tetapi, barangsiapa yang tidak redha, maka pandangannya akan menjadi sempit dan Allah juga tidak memberkatinya.”