Monday, October 29, 2012

Fantastic Four.


Bismillahirrahmanirrahim..



Pada hari raya yang lalu (err dah few months ago), saya pulang beraya ke Malaysia walaupun saya tiba di Malaysia pada hari raya yang keempat. Alhamdulillah, suasana berhari raya masih lagi terasa. Sudah 3 tahun tidak beraya di Malaysia dan Alhamdulillah tahun ini Allah izinkan saya untuk turut sama beraya di Malaysia bersama-sama keluarga tercinta. Dan saya juga berasa gembira kerana dapat bertemu dengan sahabat-sahabat saya.

Semasa di Malaysia, saya juga sempat bermalam di rumah salah seorang sahabat baik saya. Gathering of Fantastic Four (err.. ni nama yang kami berikan). Sepatutnya kami berempat tapi seorang lagi berada di New Zealand, jadi kami hanya bertiga ketika itu. Ala-ala pillow talk la konon-kononnya. Dan pada malam itu, sahabat saya Cik Kira namaya bertanya,

“Korang rasa apa yang menyebabkan kita (Fantastic Four) menjadi rapat? And sejak bila kita menjadi rapat ek?”

Haa, macam-macam la jawapan yang keluar masa tu. Dan akhirnya dia berkata,

“Cuba check 8:63”.

Saya pun mengambil tafsir Al-Quran dan membaca ayat itu.

“dan Dia (Allah) yang mempersatukan hati mereka (orang yang beriman). Walaupun kamu menginfakkan semua (kekayaan) yang berada di bumi, nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sungguh, Dia Maha Perkasa, Maha Bijaksana.”

(Surah Al-Anfal, 8:63)

Tersangatlah betul. Hanya iman kepada Allah yang mampu mempersatukan hati-hati kita. Dulu semasa di sekolah menengah, kami tidaklah serapat sekarang. Masing-masing mempunyai group masing-masing. Kami jarang bersua dan bercakap. Tapi, apabila tamat persekolahan kami mula menjadi rapat. Dua orang belajar di New Zealand (seorang dah balik Malaysia for good), seorang di Malaysia dan seorang lagi di Australia. Saya pun sudah lupa bagaimana kami boleh menjadi serapat ini, tapi betullah seperti firman Allah, Dialah yang mempersatukan hati-hati kami. Alhamdulillah, sekarang semua orang sedang berusaha memperbaiki diri masing-masing untuk menjadi insan yang diredhai Allah.

Semoga persahabatan kami tetap utuh dan kekal sampai ke syurga. Aamiin.

“Ya Allah, Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi-Mu, bertemu untuk mematuhi (perintah) Mu, bersatu memikul beban dakwah Mu. Hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariat Mu, maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya. Kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini. Tunjukkanlah kepada hati-hati ini akan jalan Nya (yang sebenar). Penuhkan (piala) hati ini dengan cahaya Rabbani Mu yang tidak kunjung malap. Lapangkan hati-hati ini dengan limpaha iman dan keindahan tawakal kepada Mu. Hidup suburkanlah hati-hati ini dengan ma’rifat (pengetahuan sebenar) tentang Mu.  Jika Engkau mentakdirkan mati, maka matikanlah pemilik hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agama Mu. Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong.

Ya Allah, restuilah dan sejahterakanlah junjungan kami Nabi Muhammad saw, keluarga dan para sahabat Baginda semuanya. Amiin.”

1 comment:

  1. Ye Allah tentukan..sila lah dtg ke blog sy..http://ajax85.blogspot.com

    ReplyDelete