Saturday, February 18, 2012

Kembali Futur?

Bismillahirrahmanirrahim..

Situasi Satu

Asmidar syok melayan drama-drama Korea yang sudah lama ditinggalkan. Dia seakan-akan lupa mengapa dia meninggalkan hobinya itu suatu masa dahulu. Sedang dia menonton, tiba-tiba datang kesedaran dalam hatinya, " Ya Allah. Apa yang sedang aku lakukan ni? Adakah aku sedang futur?". Lantas serta merta dia menutup drama itu dan beristighfar.

Situasi Dua

Lina merasakan sekarang dia sudah tidak merasakan kemanisan apabila beribadah kepada Allah. Segala-galanya dirasakan hambar. Bahkan dia sudah tidak mengerjakan lagi amalan-amalan sunat. Dia lagi gemar membaca bahan bacaan yang lagho-lagho. Tarbiyyah untuk hatinya bukan lagi ayat-ayat Allah. Bahkan dia lagi suka mendengar lagu-lagu jiwang yang membawanya ke awang-awangan.

Pernahkan keadaan di atas terjadi kepada diri anda? Kembali futur?



Futur ni bolehlah dimaksudkan dengan diam setelah giat, lemah setelah semangat. Fenomena ini sering terjadi kepada sesiapa sahaja. Sama ada insan biasa atau pun para da'ie. Untuk para da'ie, mereka menjadi malas untuk bergerak. Malas untuk melakukan dan mengajak orang kepada kebaikan. Malas untuk mencegah kemungkaran. 

Kenapakah futur ini boleh terjadi?

Futur biasanya berlaku apabila berlaku dualisme di dalam diri. Kebenaran dan karat-karat jahiliyyah sedang tolak-menolak antara satu sama lain. Bak kutub utara dan kutub selatan. Sungguh. Kebenaran dan jahiliyyah ini memang sentiasa bertembung dalam diri manusia. Dan sudah pastilah kedua-duanya tidak boleh duduk sekali. Salah satunya akan menang. Sama ada kebenaran yang menang dan jahiliyah berundur ataupun jahiliyyah kembali menguasai diri dan kebenaran berlalu meninggalkan diri.

Persoalannya ialah, which one will you let to win? Kebenaran atau pun jahiliyah?

Firstly, apakah yang dimaksudkan dengan jahiliyah ni sebenarnya?

Apa sahaja yang bukan atau tidak sejalan dengan Islam disebut sebagai jahiliyah sama ada sifat, keadaan, akhlak atau pun sistem.

Rasulullah saw pernah mengatakan dalam diri Abu Dzar al-Ghifari masih terdapat sifat jahiliyah. Hal ini adalah disebabkan sahabat itu memanggil Bilal bin Rabah dengan panggilan yang tidak dibolehkan dalam Islam. Abu Dzar memanggil Bilal dengan panggilan,
" Hai anak perempuan hitam! ".

Bilal mengadu kepada Rasulullah saw. Lalu setelah menyiasat akan kebenarannya, Rasulullah saw memberikan teguran kepada Abu Dzar dengan sabdanya, " Hai Abu Dzar, sesungguhnya engkau orang yang pada dirimu terdapat (sifat) jahiliyyah."

Jadi jelaslah di sini, apa sahaja yang tidak selari dengan Islam disebut sebagai jahiliyah.

Tapi saya mengaku, untuk menghilangkan karat-karat jahiliyyah dalam diri bukan satu perkara yang mudah. Apabila sesuatu perkara itu sudah sebati dalam diri, mesti dan pasti amat sukar untuk dihilangkan dan dibuang.

Walaupun begitu, kita mesti kena sentiasa ingat. Syurga Allah itu tidak mudah dan tidak murah. Syurga itu bukanlah untuk orang yang tidak sanggup bersusah payah demi-Nya. Bukan juga untuk orang yang sentiasa merasa senang di dunia ini dan tidak pernah diuji. Syurga itu untuk orang yang sanggup berjuang dan berkorban demi Allah dan agama-Nya.

" Mereka merenggangkan diri dari tempat tidur (mereka tidak tidur pada waktu kebiasaan orang tidur, untuk mengerjakan solat malam),mereka berdoa kepada Tuhannya dengan rasa takut dan penuh harap, dan mereka menginfakkan sebahagian daripada rezeki yang kami berikan kepada mereka."  (Surah As-Sajdah, 32: 16)


Mujahadah itu memang tidak mudah. Tapi sesiapa yang benar-benar bermujahadah pastinya Allah akan tolong. Firman Allah:

" Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, Kami akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sungguh , Allah bersama dengan orang yang melakukan kebaikan." (Surah Al-Ankabut, 29: 69)

Selain tu, futur ni jugak boleh terjadi apabila hubungan kita dengan Allah renggang. Cuba check balik hubungan kita dengan Allah. Baikkah atau pun sekadar nyawa-nyawa ikan?

Kelalaian dalam menjaga hubungan kita dengan Allah akan menyebabkan hati kita berkarat laksana besi apabila terkena air. Kita selalu mendengar kata-kata ni kan. Hati itu raja diri. Kalau baik , maka akan baiklah seluruh anggota yang lain, jika buruk maka akan buruklah segala anggota yang lain.

Jadi, dekatkanlah hati kita dengan Allah. Insya Allah, sekiranya kita dekat dengan Allah fenomena futur ini akan dapat dicegah.

Ayuh! Kembalikan sinar cinta yang semakin pudar itu. Kutip kembali semangat yang telah hampir hilang tu. Bangkit semula. Yang paling penting, kembali lah kepada Allah :)
Ingat kembali kata-kata-Nya ini sebagai pembangkit semangat.

Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya.        (Surah Ali 'Imran, 3:103)

Sungguh jalan da'wah ini tidak mudah.
Mesti ada kalanya kita ingin kembali ke masa lalu.
Ingin kembali bersuka ria seperti dulu kala.
Ingin menonton drama-drama seperti dulu.
Membuang masa berbual-bual kosong dengan kawan-kawan.
Bergossip pasal artis itu dan artis ini.
Tidak perlu memikirkan masalah ummat.
Itu masalah mereka, bukannya masalah kita.
Tapi, sampai bila kita harus begini?
Sedangkan ummat sedang sangat tenat.

Futur itu mungkin biasa.
Tapi jangan jadikan ia sebagai kebiasaan.
Jangan dijadikan alasan kita tidak bergerak.
Merasa lemah juga perkara biasa.
Tapi jangan jadikan ia sebagai kebiasaan.
Sebabnya mukmin yang kuat itu lebih disukai Allah daripada mukmin yang lemah.
Kembalilah!

No comments:

Post a Comment