Sunday, February 26, 2012

Buat Perindu Syurga.


Bismillahirrahmanirrahim..


Perindu syurga. Adakah kita termasuk dalam salah seorang yang sentiasa merindukan syurga-Nya? Sekiranya ya, adakah perbuatan, perlakuan dan kata-kata kita selari dengan impian kita itu?

Hari ni, saya nak share kata-kata Al-Imam Ibn Qayyim Al-Jauziyyah buat para perindu syurga-Nya. Sebelum tu, mari kita berkenalan serba sedikit mengenai beliau. Al- Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah ialah seorang tokoh ilmuan Islam yang terkenal. Buku-buku beliau telah banyak diterjemahkan dalam pelbagai bahasa termasuklah Bahasa Melayu dan Indonesia. Beliau ialah Sham al-Din Abu Abd Allah, Muhammad bin Abi Bakr bin Ayyub bin Sa'd bin Hariz al-Zar'i al Dimasyqi. Beliau dikenali dengan panggilan Ibn Qayyim al Jauziyyah. Gelaran al Jauziyyah itu berkaitan dengan pusat pengajian yang dibangunkan oleh Yusuf bin 'Abd a-Rahman al-Jauzi (meninggal 656H) yang mana bapa Ibn al-Qayyim menjadi pengurusnya.[1]

BUAT PARA MUJAHIDIN DAN MUJAHIDAH YANG MERINDUKAN SYURGA




1. Ibn Qayyim Rahimahullah mengatakan, " Sesungguhnya dalam hati terdapat sebuah robekan yang tidak mungkin dapat dijahit kecuali dengan menghadap penuh kepada Allah. Di dalamnya juga ada sebuah keterasingan yang tak mampu diubati kecuali dengan menyendiri bersama Allah. Di dalam hati juga ada sebuah kesedihan yang tidak akan mampu diseka kecuali dengan kebahagiaan yang tumbuh kerana mengenal Allah dan ketelusan berinteraksi dengan-Nya. Di dalam hati juga terdapat kegelisahan yang tidak mampu ditenangkan kecuali dengan berhimpun kerana Allah dan pergi meninggalkan kegelisahan itu kerana Allah. Di dalam hati, juga terdapat gejolak api yang tidak mampu dipadamkan kecuali oleh keredhaan akan perintah, larangan dan keputusan Allah, yang diiringi dengan ketabahan dan kesabaran sampai tiba saat perjumpaan dengan-Nya."



2. Ibn  Qayyim Rahimahullah juga pernah mengatakan, "Ketika orang lain bergantung kepada dunia, gantungkanlah dirimu hanya kepada Allah. Ketika orang lain merasa gembira dengan dunia, jadikanlah dirimu gembira kerana Allah. Ketika orang lain merasa bahagia dengan kekasih-kekasih mereka, jadikan dirimu merasa bahagia dengan Allah. Dan ketika orang lain pergi menghadap raja-raja dan pembesar-pembesar mereka untuk mengais harta dan mencintai mereka, jadikanlah dirimu betul-betul mencintai Allah.



3. Ibn Qayyim Rahimahullah juga ada mengatakan, "Jangan pernah putus asa untuk teguh menunggu gerbang meski engkau terusir. Jangan pernah berhenti untuk memohon ampunan meski engkau tertolak. Begitu gerbang telah terbuka, segeralah masuk selayaknya seorang tamu tak diundang. Kemudian tadahlah tanganmu di gerbang dan segeralah berkata, "Tolonglah, saya adalah orang miskin. Bersedekahlah untuk saya."

Semoga urusan kita ke sana dipermudahkan Allah. Amiin.


Reference.
1. Dr. Mohd Asri

No comments:

Post a Comment