Bismillahirrahmanirrahim..
Saya mulakan entry kali ni dengan satu hadis yang berbunyi:
Saya mulakan entry kali ni dengan satu hadis yang berbunyi:
Abu Hurairah berkata, 'Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya orang yang pertama kali diadili pada hari kiamat adalah orang yang mati syahid di jalan Allah. Dia didatangkan kemudian dinampakkan kepadanya nikmat-nikmat yang diberikan kepadanya maka dia pun mengakuinya. Allah bertanya, 'Apa yang kamu lakukan dengannya?' Dia menjawab, 'Aku berperang untuk-Mu sampai aku mati syahid.' Allah berfirman, 'Engkau dusta, sebenarnya engkau berperang kerana ingin disebut sebagai orang yang berani. Dan itu sudah kau perolehi.' Kemudian Allah memerintahkan malaikat untuk mengheretnya tertelungkup di atas wajahnya lalu dilemparkan ke dalam neraka.
Kemudian seorang yang menuntut ilmu dan mengajarkannya dan juga membaca Al Quran. Dia didatangkan kemudian ditunjukkan kepadanya nikmat-nikmat yang sudah didapatinya dan dia pun mengakuinya. Allah bertanya, 'Apakah yang sudah kau perbuat dengannya ?' Maka dia menjawab, 'Aku menuntut ilmu, mengajarkannya dan membaca Al Quran kerena-Mu.' Allah berfirman, 'Engkau dusta, sebenarnya engkau menuntut ilmu supaya disebut sebagai orang alim. Engkau membaca Quran supaya disebut sebagai Qari’.' Kemudian Allah memerintahkan malaikat untuk mengheretnya tertelungkup di atas wajahnya lalu dilemparkan ke dalam neraka.
Kemudian ada seseorang yang telah mendapatkan anugerah banyak harta. Dia didatangkan dan ditunjukkan kepadanya nikmat-nikmat yang diperolehnya. Maka dia pun mengakuinya. Allah bertanya, 'Apakah yang sudah kamu perbuat dengannya?' Dia menjawab, 'Aku telah sedekahkan harta di jalan-Mu dan untuk-Mu.' Allah berfirman, 'Engkau dusta, sebenarnya engkau lakukan untuk digelar orang yang dermawan dan engkau sudah memperolehnya.' Kemudian Allah memerintahkan malaikat untuk mengheretnya tertelungkup di atas wajahnya lalu dilemparkan ke dalam neraka." [Hadith Riwayat Muslim]
Gulp.
Ketiga-tiga golongan ini melakukan amal kebaikan yang pada fikiran kita tentunya akan dimasukkan ke dalam syurga, yang di bawahnya mengalir sungai-sungai. Tempat yang sewajarnya bagi orang yang mati syahid, menuntut dan mengajarkan ilmu, serta menginfakkan harta di jalan Allah.Tapi sebaliknya, mereka dicampakkan ke dalam api neraka.
Sebabnya? Mereka melakukan semua kebaikan itu agar dipandang manusia. Tidak ikhlas melakukannya semata-mata kerana Allah.
Penyakit hati ini aka riak ni memang sukar untuk diubati. Membunuh dalam diam. Memang sukar sangat untuk mengubati penyakit riak ni.
Sampaikan Rasulullah sendiri bimbang dengan penyakit riak yang melanda umatnya. Ini diceritakan dalam satu hadis:
Rasulullah s.a.w bersabda: " Sesungguhnya perkara yang sangat-sangat aku takuti akibat buruknya menimpa kamu ialah syirik yang kecil." Sahabat-sahabat Baginda bertanya: " Apa dia syirik yang kecil itu ya Rasulullah?" Baginda s.a.w menjawab: "( Syirik yangkecil itu) ialah riak - Allah Taala akan berfirman pada hari Kiamat apabila manusia datang dengan amal masing-masing: " Pergilah kepada mereka yang kamu melakukan riak di dunia dahulu ( untuk menunjukan kepada meraka ), kemudian lihatlah, adakah kamu akan dapati sebarang balasan di sisi mereka?"
Oh, takut jiddan bila dengar hadis ni. Kat hari akhirat nanti kita akan pergi kepada orang yang di mana semasa dunia dulu, kita tunjukkan riak supaya dipuji-puji mereka. Menagih pahala daripada mereka. Kita mengharapkan mereka akan membantu kita dari azab Allah. Tapi, tentulah mereka tak dapat membantu kita. Sebabnya the ONLY ONE yang dapat bantu kita masa hari akhirat nanti hanyalah Allah. Oh, alangkah ruginya kita penat-penat buat ibadah tapi tak dapat apa pun. Sebabnya kita mengharapkan penghargaan manusia, bukannya penghargaan Allah.
Sudah menjadi fitrah manusia. Memang suka dipuji. Ye lah. Kalau dengan manusia, bila buat kebaikan ni kita akan cepat je dapat pujian. Allah pula tak puji secara direct. Mungkin sebab itulah kita-kita ni lebih suka mendapatkan pujian daripada manusia. Tapi, ingatlah. Allah memang tak puji kita secara direct. Tapi, kalau kita ikhlas buat sesuatu perkara kerana Dia, insya Allah Dia akan bagi kita syurga.
So, macam mana kita nak ubati penyakit riak ni ek? For me, actually tak mudah nak mengubati penyakit hati ni. Saya sendiri pun masih sedang berusaha untuk mengubati penyakit ni. Tapi ianya tidaklah mustahil. Ni antara caranya untuk kita ubati penyakit riak ni:
1. Sentiasa perbetulkan niat. Kita boleh perbetulkan niat sama ada sebelum, semasa atau pun selepas melakukan ssuatu kebaikan ni.
2. Perbanyakkan zikrullah dan istighfar.
3. Sentiasalah muhasabah diri. Tanya diri sendiri 'Aku buat ni sebab Allah ke orang lain?'
4. Perbanyakkan amala-amalan sunat.
Berhati-hatilah dengan musuh yang tersembunyi ni. Sebab kadang-kadang, tanpa kita sedari kita sudah ter 'riak'. Sama-sama muhasabah diri jom.. ^_^
:) nice sharing ya ukhti.. keep it up. maY ALLAH bless..
ReplyDeleteamiin. may Allah bless u too :)
ReplyDelete