Most of us tahu perkara pertama yang akan dihisab pada hari Akhirat kelak ialah solat. Sebab itulah kita kena berusaha memperbaiki solat kita. Dan juga untuk berusaha khusyuk dalam solat.
Kali ni saya nak share salah satu cara untuk kita bertambah khusyuk dalam solat. Haa, nak tahu macam mana caranya? Caranya ialah dengan memahami makna bacaan solat ni. Jom baca dan hafal makna-makna bacaan dalam solat ni :)
Doa Iftitah
Maksudnya:
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha Suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukanlah dari golongan yang musyrik.
Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku untuk Allah, Tuhan sekalian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.
Maksudnya:
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih Maha Penyayang.
Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam.
Yang Maha Pengasih Maha Penyayang.
Pemilik Hari Pembalasan.
Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
(Yaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepada mereka, bukan (jalan) mereka yang dimurkai, dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.
Bacaan ketika rukuk
Maksudnya:
Maha Suci Tuhanku Yang Maha Agung.Bacaan ketika bangun dari rukuk.
Maksudnya:
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.
Bacaan ketika I'tidal
Maksudnya:
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.
Maksudnya:
Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi.
Bacaan ketika duduk antara dua sujud.
Maksudnya:
Ya Allah, ampunilah daku,
Rahmatilah daku,
Kayakan daku,
Angkatlah darjatku,
Rezekikan daku,
Berilah aku hidayah,
Sihatkanlah daku dan
Maafkanlah akan daku.
Kayakan daku,
Angkatlah darjatku,
Rezekikan daku,
Berilah aku hidayah,
Sihatkanlah daku dan
Maafkanlah akan daku.
Bacaan ketika tahiyat awal.
Maksudnya:
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta
keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika tahiyat akhir.
Maksudnya:
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.
Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim.
Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini.
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Jom hafal jom! :D
No comments:
Post a Comment