Tuesday, May 29, 2012

Ihfazillah Yahfazka!


Bismillahirrahmanirrahim.



Hari ni saya nak share hadith nombor 19 daripada hadis 40.





Daripada Abu al-'Abbas, Abdullah ibn Abbas, r.a.  رﺿﻲ اﷲ ﻋﻨﻬﻤﺎbeliau berkata: 

Aku pernah duduk di belakang Nabi SAW pada suatu hari, lalu Baginda bersabda kepadaku: Wahai anak! Sesungguhnya aku mahu ajarkan engkau beberapa kalimah: Peliharalah Allah nescaya Allah akan memeliharamu. Peliharalah Allah nescaya engkau akan dapati Dia di hadapanmu. Apabila engkau meminta, maka pintalah dari Allah. Apabila engkau meminta pertolongan, maka mintalah pertolongan dengan Allah. Ketahuilah bahawa kalau umat ini berkumpul untuk memberikan sesuatu manfaat kepadamu, mereka tidak akan mampu memberikanmu manfaat kecuali dengan suatu perkara yang memang Allah telah tentukan untukmu. Sekiranya mereka berkumpul untuk memudharatkan kamu dengan suatu mudharat, nescaya mereka tidak mampu memudharatkan kamu kecuali dengan suatu perkara yang memang Allah telah tentukannya untukmu. Pena-pena telah diangkatkan dan lembaran lembaran telah kering (dakwatnya). 

Hadis riwayat al-lmam al-Tirmizi. Beliau berkata: la adalah Hadis Hasan Sohih.

Dalam riwayat selain al-Tirmizi, hadis berbunyi: 

Peliharalah Allah, nescaya engkau akan dapatiNya di hadapan engkau. Kenalilah Allah ketika senang, nescaya Dia akan mengenalimu di ketika susah. Ketahuilah bahawa apa-apa yang (ditakdirkan) tidak menimpamu, ia tidak akan menimpamu. Dan apa-apa yang menimpamu bukannya ia tersilap menimpamu. Ketahuilah bahawa kemenangan itu ada bersama kesabaran, terlepas dari kesempitan itu ada bersama kesusahan dan bersama kesusahan itu ada kesenangan. 

Pengajaran hadis: 

Seorang mukmin mesti menjaga dan memelihara hak kewajipan terhadap Allah setiap masa dan tempat, lebih-lebih lagi ketika dia dalam kesenangan. Dengan ini dia akan dijaga dan dipelihara Allah sepanjang masa, terutamanya ketika ditimpa kesusahan hidup. 

Segala permintaan, mohon pertolongan dan perlindungan hendaklah hanya ditujukan kepada Allah SWT semata-mata. Tidak ada makhluk atau Tuhan lain yang mampu menolong dan melindungi manusia kecuali Allah SWT jua. 

Segala apa yang berlaku dan menimpa manusia adalah ketetapan Allah SWT, bukannya kerana sebab dan usaha manusia. Manusia tidak berkuasa untuk memberi manfaat atau memberi mudharat kepada mana-mana hamba, walaupun seluruh manusia dan jin berhimpun untuk bergotong royong melakukannya.

Umat lslam mestilah yakin bahawa kemenangan akan tercapai dengan adanya kesabaran, setiap keperitan hidup pasti ada penyelesaiannya dan setiap kesusahan ada bersamanya kesenangan. 


SUMBER: HADIS 40 -IMAM AN-NAWAWI-

Sunday, May 27, 2012

Aku Ingin Kembali.


Bismillahirrahmanirrahim..

" Katakanlah, Wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri. Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sungguh, Dialah Yang Maha Pengampun Maha Penyayang.


Dan kembalilah kamu kepada Tuhanmu, dan berserah dirilah kepadaNya sebelum datang azab kepadamu, kemudian kamu tidak dapat ditolong.


Dan ikutilah sebaik-baik apa yang diturunkan kepadamu (Al-Quran) dari Tuhanmu sebelum datang azab kepadamu secara mendadak, sedang kamu tidak menyedarinya."

(Surah Az Zumar, 39: 53-55)


[credit]



Hati ini tersentuh apabila membaca ayat-ayat ini. Betapa banyaknya dosa yang telah aku lakukan hari demi hari. Dosa yang tanpa sengaja aku lakukan mahupun sengaja aku lakukan. Kadang-kadang terfikir, masih adakah lagi ruang untuk Allah mengampuniku?

Tapi ayat ini memang mengubati hati. 'Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya'. Semoga taubat ini diterima.

"Ya Allah, bantulah daku dalam membuat keputusan dalam segenap kehidupanku dan janganlah Engkau membiarkan  nasibku ditentukan oleh diriku sendiri, walaupun kadar sekelip mata atau kadar masa yang lebih mudah dan cepat daripada itu. Perkenankanlah ya Allah."

Tuesday, May 8, 2012

Demi Masa!

Bismillahirrahmanirrahim..

Tik. Tok. Tik. Tok. Tik. Tok.

[credit]
Masa terus pantas berlalu. And what have we done dengan masa yang telah Allah kurniakan kepada kita?

Sangat takut apabila membaca tafsir surah Al-'Asr. Di sini saya sertakan maksudnya.

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

1. Demi masa.
2. Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian.
3. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran.

(Surah Al-'Asr, 103: 1-3)

Adakah kita (terutamanya diri saya sendiri) berada dalam golongan orang yang beruntung atau berada dalam golongan orang yang rugi? T_T


[credit]