Sunday, May 27, 2012

Aku Ingin Kembali.


Bismillahirrahmanirrahim..

" Katakanlah, Wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri. Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sungguh, Dialah Yang Maha Pengampun Maha Penyayang.


Dan kembalilah kamu kepada Tuhanmu, dan berserah dirilah kepadaNya sebelum datang azab kepadamu, kemudian kamu tidak dapat ditolong.


Dan ikutilah sebaik-baik apa yang diturunkan kepadamu (Al-Quran) dari Tuhanmu sebelum datang azab kepadamu secara mendadak, sedang kamu tidak menyedarinya."

(Surah Az Zumar, 39: 53-55)


[credit]



Hati ini tersentuh apabila membaca ayat-ayat ini. Betapa banyaknya dosa yang telah aku lakukan hari demi hari. Dosa yang tanpa sengaja aku lakukan mahupun sengaja aku lakukan. Kadang-kadang terfikir, masih adakah lagi ruang untuk Allah mengampuniku?

Tapi ayat ini memang mengubati hati. 'Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya'. Semoga taubat ini diterima.

"Ya Allah, bantulah daku dalam membuat keputusan dalam segenap kehidupanku dan janganlah Engkau membiarkan  nasibku ditentukan oleh diriku sendiri, walaupun kadar sekelip mata atau kadar masa yang lebih mudah dan cepat daripada itu. Perkenankanlah ya Allah."

5 comments:

  1. Assalamualaikum kak. I just read your piece of advice on iluvislam, "Oh Panahan Korea". Before I stumble upon it, I was searching around for guidance. I'm a hardcore kpop fan(exactly what you've described in the article) and even a little obsessive. Saya ingat kat tuhan and I admit I'm a muslim but I never pray. And I feel really bad about it. But I don't seem to have a will to do it. That's why I was looking for guidance at the first place.
    I couldn't talk to my parents and I have no one to talk to about this. Kawan saye semua memang tak sembahyang pun. There's no one to encourage me and often think that if no one does it, so why should I?
    But I've been reading such blogs like yours and it got me thinking, how I wish I can change.

    Can you give me an advice? anything, please. I don't know what to do.

    ReplyDelete
  2. Wa’alaikumussalam adik :)
    Firstly, akak minta maaf sebab lambat respond. Alhamdulillah, akak gembira sebab adik ada keinginan to change. In Sha Allah, Dia akan permudahkan. ^_^
    Sesungguhnya, Allah tu Maha Pengampun dan Maha Penyayang. Macam apa yang akak tulis kat entry atas tu,

    “Hai hamba-hambaKu yang melampau batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang". (Az-Zumar, ayat 53)

    Berkenaan solat ni, adik mulakanlah dari sekarang. Mungkin dengan environment and rakan-rakan, adik akan rasa susah nak buat. Tapi, adik cubalah buat. In Sha Allah adik akan merasa sangat tenang apabila melakukan solat ni. Solat ni salah satu cara kita mengucapkan rasa syukur kepada Allah dengan segala nikmat yang Dia dah kasi kat kita dan salah satu cara kita mengingati Allah.

    Allah ada berfirman:

    “Sungguh beruntung orang yang menyucikan diri (dengan beriman), dan mengingati nama Tuhannya lalu dia solat.” (Surah Al-A’la, ayat 14-15).

    "Orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan zikrullah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah, hati menjadi tenteram." (Surah Ar Ra'du, ayat 28)

    Dan berkenaan dengan minat Kpop ni, kurangkanlah sedikit demi sedikit. Sebab akak tahu bukan mudah nak berhenti buat atau tengok sesuatu yang kita minat ni. Yang penting kita berusaha.. ^_^

    Adik, I’m willing to help you. Don’t hesitate to contact me. If you have anything to ask or someone to talk to, contactlah akak. Akak akan cuba bantu setakat yang akak mampu. You can contact me thru my email : zyda_aries89@yahoo.com ataupun facebook : http://www.facebook.com/zida.asrar89

    In Sha Allah, if really want to change, Allah will guide and help you ^_^

    ReplyDelete
  3. salam..situasi sy pon sama cm anonymous.nk berubah tp x tau nk mula dr mana..rsa mcm dlm diri sy ni ada sisi negatif yg slalu bt bnda2 x elok..sy nk sgt berubah nk jd muslim yg lbh baik.dgn mcm2 mslh yg ada sy tau hanya dgn DIA je hati sy bleh tenang

    ReplyDelete
  4. wasalam. Bila kita nak melakukan perubahan, ade 3S yang boleh di apply:

    1. Mulakanlah dengan diri SENDIRI.
    2. Mulakanlah SEDIKIT-SEDIKIT.
    3. Mulakanlah SEKARANG.

    Mula-mula sekali, bila nak berubah benda yang paling utama yang kita kena buat ialah kembali semula kepada Allah. Kalau bagi saya, benda pertama yang boleh kita lakukan untuk kembali kepada Allah ialah dengan melakukan solat. Perbaiki solat kita untuk mencapai khusyuk. In Sha Allah, awak akan dapat ketenangan :)

    Dan jagalah hak Allah, dan Allah akan jaga hak kita.. ^_^

    Kadang kala apabila kita nak buat sesuatu kebaikan, kita rasa yang kita ni tak de lah baik sangat atau bila terkenangkan dosa semalam yang terlalu banyak menyebabkan kita berfikir walau sebanyak mana pun kebaikan yang cuba kita lakukan, tidak akan pernah cukup untuk compensate dosa-dosa kita yang lalu.

    Sebenarnya, semua perasaan ni datangnya daripada Syaitan. Sebabnya Allah tu kan Maha Pemurah dan Pengampun. Insya Allah Dia akan ampun jika kita ikhlas minta pengampunan daripada-Nya. Jadi, bila mana kita diserang perasaan sebegini, ingatlah bahawa semua ini hanyalah mainan daripada syaitan.

    Jadi, whenever syaitan mengingatkan kita tentang masa lalu kita yang kelam, mari kita ingatkan dia tentang masa depan dia nanti . Berusahalah untuk memperbaiki diri kita menjadi insan yang lebih baik, tidak kiralah betapa banyak dosa yang telah kita lakukan di masa lalu.

    Berubah ke arah kebaikan itu tidak mudah. Tapi ianya tidak mustahil. Fighting! :)

    ReplyDelete