Bismillahirrahmanirrahim..
DESTINASI CINTA
Menyingkap tirai hati
Mengintai keampunan
Di halaman subur rahmat-Mu, Tuhan
Tiap jejak nan bertapak
Debu kejahilan
Akan ku jirus dengan madu keimanan
Tak ternilai airmata dengan permata
Yang bisa memadamkan api neraka
Andai benar mengalir dari nasuha nurani
Tak kan berpaling pada palsu duniawi
Destinasi cinta yang ku cari
Sebenarnya terlalu hampir
Hanya kabur kerana dosa di dalam hati
Telah ku redah daerah cinta
Yang lahir dari wadah yang alpa
Tiada tenang ku temui
Hanya kecewa menyelubungi
Ku gelintar segenap maya
Dambakan sebutir hakikat
Untuk ku semai menjadi sepohon makrifat
Moga dapat ku berteduh di rendang kasih-Mu
Namun ranjaunya tidak akan sunyi
Selagi denyut nadi belum berhenti
Durjana syaitan kan cuba menodai
Segumpal darah bernama hati
(Destinasi cinta Ilahi)
Lestarikan wadi kalbuku, oh Tuhanku
Leraikan aku dari pautan nafsu
Biarpun sukar bagiku melamar redha-Mu
Namun masihku mengharap ampunan-Mu
Wahai Tuhanku... Ya Allah..
* Hurmm.. Destinasi cinta yang dicari itu memang hampir. Kenapa biarkan destinasi itu semakin menjauh dan kelam dengan dosa yang dibuat saban hari? Allahu Allah. Ampunkan hamba-Mu ini. Aku mahu keluar dari kepompong dosa yang aku lakukan. Bantu lah hamba-Mu ini.. :(
Kak, kalau kita dah cakap dekat someone tu kita nak berubah, tapi dia asyik macam cakap dia sayang lah apa semua, kalau kita terus lost contact je dengan dia, is it the best way?
ReplyDeletemaaf lambat reply..
Deleteakak xberape clear dengan soalan ni..
siapa someone yang dimaksudkan tu?
kawan kah? atau orang lain kah?