Monday, December 17, 2012

Nasihat Luqman Al-Hakim

Bismillahirrahmanirrahim..

Antara nasihat Luqman Al-Hakim kepada anaknya:

[kredit]
1. Jangan menyekutukan Allah. Sesungguhnya mempersekutukan Allah adalah benar-benar kezaliman yang besar.

2. Berbuat baiklah kepada kedua orang tuamu selagi mana tidak melanggar syariat Allah. Sekiranya mereka memaksamu mempersekutukan Allah maka janganlah ditaati perintah mereka. 

3. Perbezaan agama antara anak dan ibu bapa tidak menghalang si anak daripada berbuat baik kepada kedua-dua orang tuanya.

4. Setiap perbuatan akan dihitung dan diberi balasan oleh Allah walau kebaikan atau keburukan yang dilakukan hanyalah seberat biji sawi.

5. Laksanakanlah solat.

6. Suruhlah manusia berbuat yang makruf dan cegahlah mereka daripada berbuat kemungkaran.

7. Bersabarlah terhadap apa yang menimpa dirimu.

8. Janganlah memalingkan wajah dari manusia (kerana sombong).

9. Jangan berjalan di muka bumi dengan angkuh.

10. Bersederhanalah dalam berjalan dan lunakkanlah suaramu. Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai.

(Surah Luqman, 31 : ayat 13-19)

No comments:

Post a Comment