Bismillahirrahmanirrahim..
Pernahkan anda mendengar ungkapan when u ask, listen! Yang membawa maksud apabila kita meminta sesuatu nasihat ataupun pandangan daripada orang lain, maka dengarlah jawapannya. Seringkali kita apabila meminta nasihat atau pandangan daripada orang lain, apabila orang itu sudah memberikan pandangannya kita mensia-siakannya.
Pernahkan anda mendengar ungkapan when u ask, listen! Yang membawa maksud apabila kita meminta sesuatu nasihat ataupun pandangan daripada orang lain, maka dengarlah jawapannya. Seringkali kita apabila meminta nasihat atau pandangan daripada orang lain, apabila orang itu sudah memberikan pandangannya kita mensia-siakannya.
Perkara ini
bukan hanya terjadi dalam hubungan sesama manusia tetapi juga terjadi dalam
hubungan kita dengan Allah. Sebagai contohnya, seringkali kita berdoa dan
memohon supaya dikurniakan dan diberikan hidayah kepada kita. Tapi apabila
hidayah itu datang mengetuk hati, kita mensia-siakannya. Jalan yang Allah
tunjuki tidak kita ikuti. Malah, hanya dibiarkan sepi.
Kenapa perkara ini boleh terjadi?
Ini terjadi apabila
hanya mulut yang meminta sedangkan hati tidak begitu. Tidak bersungguh-sungguh.
Sekadar bermain-main. Sedangkan apabila kita benar-benar bersungguh-sungguh menginginkan
sesuatu, mulut dan hati mesti selari. Kena minta bersungguh-sungguh dengan
mulut dan juga bersungguh-sungguh dengan hati. Bukan sekadar bersungguh dengan
mulut tapi hati tidak begitu. Tidak boleh juga hanya bersungguh dengan hati
semata-mata, kita mesti tunjukkan dengan action.
Apabila kita bersungguh-sungguh meminta dengan berdoa kepada Allah dengan hati
yang benar-benar mahu dan ikhlas, pasti apabila Allah menunjukkan jalan-Nya
kepada kita, akan kita turuti jalan itu. Janganlah kita sekadar menjadi person
yang ‘ask’ but won’t listen to the
answer. Be the person who ask and listen! Lagipun, apa gunanya kita meminta
sesuatu tapi tidak mahu mendengar.
Lagipun, kita
mengetahui bahawa hanya jalan yang Allah sahaja yang benar. Tiada jalan lain
yang benar melainkan jalan Allah. Ikuti lah jalan itu. Jadi apabila anda
meminta sesuatu, dan Allah mengabulkan permintaan anda itu. Ikutilah jalan yang
telah Dia tunjuki itu. In sha Allah akan bahagia dunia dan akhirat.. ^_^
betul...
ReplyDelete