Bismillahirrahmanirrahim..
Nur sedang duduk di balkoni rumahnya sambil matanya yang
redup dan sembap melihat awan. Hatinya tenang begitu. Tenang melihatkan
keindahan awan ciptaan Allah. Nur yang dahulunya seorang gadis yang periang tetapi
kini hanya air mata sahaja yang menjadi teman setianya. Sudah sebulan lebih
keadaan ini berlarutan. Hari-hari yang dilaluinya dirasakan terlalu payah.
Nur baru sahaja berpisah dengan lelaki yang sangat
dicintainya. Perpisahan itu sangat berat dirasakan. Perpisahan yang terjadi
dengan tiba-tiba dan langsung tidak pernah dijangka. Tidak pernah terlintas di
benaknya yang suatu hari nanti kekasih hatinya itu akan melafazkan kata-kata
perpisahan. Tidak tahan menanggung kesedihan, Nur membawa diri ke kampung
halamannya. Dia agak bernasib baik kerana di kala ini, dia sedang bercuti dan
sahabat baiknya ada menemaninya di sisi.
“ Rose, Nur rindu dia
sangat-sangat.”
“Hmm.. Nur rindu Allah
tak?”
Pertanyaan daripada sahabatnya itu membuatkan Nur terus
terdiam. Dia tidak tahu apa yang patut dijawab. Pertanyaan sahabatnya itu
membuatkan dia terus berfikir.
“Allah? Rindukah aku kepada Dia si
Pencipta sebagaimana aku rindukan dia? Allahu Rabbi..”
Air mata terus mengalir laju membasahi pipinya. Benarlah,
selama ini dia terlalu asyik dengan cinta seorang lelaki yang belum tentu
menjadi suaminya hinggakan dia mengabaikan cinta Dia yang satu itu. Sedangkan
apabila cintanya kepada Allah hampir putus, dia tidak merasa sedih seperti itu.
Tapi, demi seorang lelaki sudah terlalu banyak air matanya yang tumpah
membasahi bumi.
“Astaghfirullahal ‘azim..
Astaghfirullahal ‘azim.. Astaghfirullahal ‘azim..” Nur beristighfar di
dalam hati.
“Nur.. Nur cakap dia tak explain kenapa
nak ‘clash’ kan? Kadang-kadang setiap perkara yang terjadi tidak perlukan
penjelasan. Mesti dia ada sebabnya yang tersendiri kenapa dia tinggalkan Nur.
Bersangka baiklah. Mesti dia lakukan ini untuk kebaikan Nur jugak. Nur,
bersedih itu tidak salah tapi jangan terlalu lama. Lagipun Nur, Allah ada
berfirman dalam surah Al-Hadid ayat 22 dan 23:
“Setiap bencana yang
menimpa di bumi dan yang menimpa dirimu sendiri, semuanya telah tertulis dalam
kitab (Lauh Mahfuz) sebelum Kami mewujudkannya. Sungguh yang demikian itu mudah
bagi Allah.
Agar kamu tidak bersedih hati terhadap apa yang luput dari kamu, dan tidak pula
terlalu gembira terhadap apa yang diberikannya kepadamu. Dan Allah tidak
menyukai setiap orang yang sombong dan membanggakan diri.”
“Nur, Allah tak pernah
menzalimi hamba-hambaNya. Cuma hambaNya sendiri yang selalu menzalimi diri
mereka sendiri. Setiap perkara yang terjadi itulah yang terbaik. Sebab Allah
selalu inginkan yang terbaik untuk hamba-hambaNya.”
Nur diam. Sebenarnya dia tahu, banyak hikmah di sebalik atas
perpisahan yang terjadi ini. Cuma hatinya yang menidakkan.
“Nur, redhalah dengan
perpisahan ini. Semuanya telah ditetapkan Allah. Lagipun, Allah rindu untuk
mendengar Nur kembali merintih dan memohon kepada-Nya. Perpisahan ini adalah
ujian untuk Nur. Ujian tu kan tanda
kasih sayang Allah. Rose tahu Nur boleh hadapi semua ni. Nur kan kuat. ” Ujar
Rose sambil melemparkan senyuman manis kepada sahabatnya itu.
“Jazakillah Rose. Memang pahit untuk menelan perpisahan ini. Sakit sangat
rasanya. In Sha Allah, Nur akan cuba.”
“Nur, belajarlah daripada pengalaman ini. Jangan terlalu mudah jatuh cinta dan
memberikan sepenuh kepercayaan kepada seseorang. Sebab manusia ni sikapnya
senang berubah. Hari ni cinta, tapi esok belum tentu lagi. Tapi, kalau kita
cintakan Allah, Dia takkan pernah kecewakan kita. Malah, Dia sentiasa ada
bila-bila masa sahaja untuk kita. Tak pernah jemu mendengar rintihan kita. Dan
Nur, apabila nanti Nur jatuh cinta sekali lagi, make sure dia ialah yang halal
untukmu bukannya yang belum halal untuk Nur. Jangan bazirkan masa dan cintamu
untuk yang tidak berhak ke atas dirimu.
Dan ingatlah wahai sahabat yang kucintai kerana Allah. Janji Allah itu pasti.
Allah ada berfirman dalam surah An-Nur:
“Perempuan-perempuan yang keji untuk laki-laki yang keji dan laki-laki yang
keji untuk perempuan-perempuan yang keji (pula) sedangkan perempuan-perempuan
yang baik untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik untuk
perempuan-perempuan yang baik (pula).”
“Nur, dia yang telah pergi tu memang yang terbaik. Tapi dia terbaik untuk
orang lain bukannya untuk Nur. Sama macam Nur jugak. Nur, jangan terlalu
bersedih. Seandainya memang dia yang Allah ciptakan untuk Nur, In Sha Allah
suatu hari nanti korang akan disatukan dengan ikatan pernikahan. Tapi,
seandainya bukan dia, yakinlah Allah dah sediakan seseorang yang lebih baik
untuk dia dan juga untuk Nur. Allah berikan apa yang kita perlukan bukannya
yang kita mahukan sebab hanya Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.”
“Lagipun Nur,
cita-cita Nur masih belum tercapai kan? Nur cakap nak graduate tahun depan.
Jangan disebabkan seorang lelaki, Nur sanggup musnahkan masa depan dan
cita-cita Nur.”
Nur tersenyum. Sahabat baiknya itu tidak pernah gagal untuk
memujuk hatinya.
“ Rose, uhibbuki
fillah.”
Nur sedar bahawa dia belum lagi mencapai cita-citanya sejak
kecil iaitu menjadi seorang doctor. Dia berjanji kepada dirinya sendiri dan
memastikan bahawa dia akan ‘graduate’ pada tahun hadapan. Dia tidak akan
membiarkan perpisahan itu memusnahkan masa depannya. Lagipun dia sendiri sememangnya tidak mahu
terus-terusan begini. Hanya akan merugikan dirinya sendiri.
“ Dah, jangan
sedih-sedih lagi tau. Tengok mata tu, dah sembap sangat. Nanti mata panda pun
kalah.hehe.. ”
“ Jazakillah Rose.
Sebab selalu ada bila Nur perlukan Rose.”
“ Nur, nilah gunanya
sahabat. Bersama tika bergembira dan tika bersedih. Nur, biarlah ini titisan
air matamu yang terakhir. Rose tak nak tengok Nur menangis lagi disebabkan
seorang lelaki. Air matamu terlalu berharga untuk dititiskan kerana dia. Boleh
janji dengan Rose?”
“ In Sha Allah Rose.”
“ Eh, hari ni ada pasar malam kan? Apa kata kita pergi ke sana? Rose dah lama
mengidam nak makan ayam percik. Boleh Nur temankan Rose?”
“Boleh aja. Nanti dalam pukul 6 petang kita pergi sana. Now dah pukul 5.30
petang. Nur nak bersiap-siap dulu. Nanti kejap lagi kita jumpa ye.”
“Okay.”
“ Nur, semoga dirimu tabah menghadapi tarbiyah daripada Allah ini. Rose dah tak
sanggup tengok Nur menangis lagi. Semoga dirimu bertemu dengan cinta hakiki
yang tidak akan pernah mengecewakan hatimu.”
Rose bermonolog di dalam hatinya.
(=
ReplyDeleteade sambungannya?
ReplyDeleteOh, tiada. Yang ni je.
Delete:))
ReplyDelete:)
Deletezieda..=)))
ReplyDeletenabilah :)))
Delete