Assalamu'alaikum..
Sudah terlalu lama rasanya berehat daripada meng 'update' blog ini. Tahun lepas merupakan tahun yang agak busy as a final year student. Terlalu banyak maklumat yang perlu di 'digest' dan dihafal. Akhirnya, blog dibiarkan sepi. Huu..
Alhamdulillah, sekarang saya telah berjaya menamatkan pelajaran di universiti dalam bidang Pharmacy dan soon akan berkhidmat sebagai PRP (Provisional Registered Pharmacist) di hospital. Mohon kawan-kawan semua doakan saya supaya urusan saya dipermudahkan dan terus rajin berkongsi ilmu/cerita di blog ini. Semoga sibuk tidak lagi menjadi alasan utama saya berhenti menulis dan berkongsi.
Di sini saya ingin berkongsi satu cerita yang saya terima menerusi whatssapp pada pagi tadi (rasanya ini adalah cerita yang diforwardkan, jadi saya tidak tahu siapa penulis sebenarnya). Semoga kita semua mendapat manfaat daripada cerita ini. ^_^
[AL -KISAH BELON]
Sekumpulan 100 orang dewasa mendaftarkan diri ke seminar Senyumlah bersama Ustaz Rahim.
Sebelum menamatkan kuliah, Ustaz Rahim memberikan seorang setiap belon dan meminta para peserta untuk menulis nama mereka di atas belon. Belon yang ditiup besarkan dan diberikan kepada Ustaz Rahim.
Ustaz Rahim melepaskan 100 belon tersebut ke dalam sebuah bilik. 100 peserta ini disuruh mencari belon yang tertulis nama mereka secara serentak dalam masa 5 minit tanpa memecahkan sebarang belon. Lima orang pertama akan mendapat hadiah.
Keadaan di dalam bilik terus menjadi kelam kabut. Para peserta berebut, menolak antara satu sama lain untuk mencari belon masing-masing.
Suasana cukup melemaskan. Lima minit berakhir, tiada seorang pun dapat mencari belon mereka.
Ustaz Rahim tersenyum dan meminta para peserta untuk mengambil satu belon seorang dan memberikan kepada pemiliknya berdasarkan nama di atas belon.
Dalam masa tiga minit, semua mendapat kembali belon masing-masing.
Ustaz Rahim tersenyum lagi.
"Wahai anakku, inilah yang berlaku di dalam kehidupan manusia. Semua orang mencari kegembiraan sendiri, tapi tidak tahu di mana dan bagaimana. Walhal, wahai anak kesayanganku, kegembiraan kamu bersangkut paut dengan kegembiraan orang lain. Buat orang lain gembira, kamu akan mendapat kegembiraan. "
Seperti kisah di atas, jika para peserta tidak pentingkan diri kerana tamakkan hadiah, mereka akan terfikir untuk mencari belon untuk orang lain dan bukan diri sendiri. Akhirnya belon milik sendiri akan datang daripada orang lain. Jika semua berebut, suasana akan menjadi kelam-kabut dan akhirnya semua orang rugi.
Senyum :)
great piece of sharing dear...
ReplyDeletepengajaran yg sgt baek...
ReplyDeleteterima kasih,cerita yang sangat mengesankan,sy ingin share diblog sayalah..:)
ReplyDelete