Thursday, April 5, 2012

Belajarlah Mengatakan 'Aku Tidak tahu'.

Bismillahirrahmanirrahim..

Situasi A

" Eh, ape hukumnya kalo kita buat benda ni ek? Boleh ke tidak?"
" Aku rasa boleh kot."

Situasi B

" Aku dengar orang kata tak boleh kalau buat macam ni. Haram. Apa kata kau?"

" Oh, orang kata tak boleh ek? So, aku rasa tak boleh la kot."


Haa, pernah tak kita berdepan dengan dengan keadaan macam ni? Mesti selalu sangat kan. Saya perhatikan di facebook dan di group-group fb ramai yang bertanyakan soal hukum agama kepada kepada kawan-kawan mereka. Bertanya tu tidak salah. Sangat bagus kerana bertanya itu tandanya anda dahagakan ilmu. Alhamdulillah. Tapi yang menjadi salahnya ialah apabila orang yang tidak tahu, tapi buat-buat tahu dalam menjawab persoalan hukum tersebut. Dan perasan tak, mostly ramai orang yang menjawab dengan perkataan 'aku rasa'. Setahu saya, soal hukum hakam ni tidak boleh ada 'rasa-rasa'. 'Rasa-rasa' ni tandanya orang itu tidak berapa yakin. Dan setahu saya juga, sesuatu hukum juga mesti berdasarkan nas dan dalil-dalil yang sahih bukan sekadar 'rasa-rasa'. Tidak pernah ulama' kalau mengeluarkan fatwa hukum, mereka 'rasa-rasa'.


Dan kalau dilihat, para ulama' terdahulu apabila dipersoalkan tentang hukum agama, mereka merasa takut untuk menjawab. 

"Apabila aku ditanya suatu persoalan, terlalu berat bagiku, bagaikan terpampang di hadapanku neraka dan syurga."

Nah, tengok. Para ulama' takut untuk menjawab persoalan apabila mereka tidak tahu. Takut dicampak ke dalam api neraka. Dan mereka mudah menyebut 'Wallahu a'lam' atau 'aku tidak tahu' apabila mereka tidak tahu. Sedangkan kita? Dengan mudahnya menjatuhkan sesuatu hukum itu haram atau halal atas sesuatu persoalan tanpa merasa takut sedikit pun.

Kita ego dan kita malu apabila tidak dapat menjawab persoalan orang lain. Malu dikatakan bodoh. Malu dikatakan tidak cukup ilmu. Konon-konon nak tunjuk hebat di hadapan orang lain. Kononnya kitalah yang tahu segala-galanya. Tapi kan, cuba bayangkan jika kita tersalah memberi hukum dan orang itu beramal dengan hukum yang kita berikan. Sanggupkah anda menanggung dosa itu? Hurmm..

Jadi, janganlah terlalu mudah menjatuhkan hukum itu haram atau halal sedangkan kita sendiri tidak pasti akan kesahihannya. Tapi sekiranya anda yakin dan telah merujuk para ulama' sebelum itu, katakanlah anda tahu dan sebarkanlah.


Sebaiknya dan memang patut pun, apabila kita berhadapan dengan persoalan sebegini yang kita tidak ketahui jawapannya, tanyalah orang yang lebih berpengalaman, orang yang belajar hukum hakam agama seperti ustaz or ustazah. Kerana mereka lebih mahir dan tahu soal hukum ni.

Saya tertarik dengan satu ungkapan ni:

" Belajarlah aku tidak tahu kerana jika engkau belajar engkau tidak tahu, mereka akan mengajar engkau sehingga engkau tahu, tetapi apabila engkau belajar 'aku tahu' maka mereka bertanya kepada engkau sehingga engkau tidak tahu! "


Kesimpulannya, apabila tidak tahu katakanlah tidak tahu. Sungguh itu lebih baik.. ^ ^

1 comment: