Sunday, April 1, 2012

Susah Ke Nak Jadi Baik Ni?

Bismillahirrahmanirrahim..

Saya nak jadi baik. Dan saya sangat yakin semua orang pun sedang berusaha nak jadi baik. Sebabnya, fitrah manusia ni suka akan kebaikan. Walau sejahat manapun orang tu, mesti jauh di sudut hatinya suka akan kebaikan . Cuma kadang-kadang, mereka sangat ego untuk mengaku.

Macam yang terjadi semasa zaman Rasulullah saw dulu. Apabila Rasulullah saw menyeru ke arah kebenaran dan mengajak mereka mengEsakan Allah, mereka menolak. Malah mereka menghalang orang-orang yang ingin membuat kebaikan.Tapi, pada waktu malamnya, mereka pergi ke rumah Rasulullah saw secara sembunyi-sembunyi untuk mendengar Rasulullah saw membaca al-Quran.

Nah, di sini kita boleh tengok, sebenarnya mereka sangat suka akan kebaikan dan percaya akan kebenaran yang dibawa oleh Rasulullah saw. Tapi disebabkan kepentingan diri sendiri, mereka menolak. Hal ini adalah kerana, pada zaman itu adanya perbalahan antara kabilah. Mereka bimbang sekiranya mereka menerima agama Islam, mereka terpaksa tunduk kepada Bani Hashim. Mereka bimbang andainya mereka hilang segala kekuasaan yang mereka miliki.


Nak jadi baik ni bukannya mudah. Baik yang saya maksudkan di sini ialah membuat semua perkara yang Allah suruh dan meninggalkan semua yang dia larang. Saya akui memang susah nak jadi baik ni (bagi sayalah). Sebabnya ia memerlukan mujahadah yang sangat tinggi dan juga pengorbanan. Juga memerlukan kita untuk melawan hawa nafsu yang ada dalam diri. Yang ni ramai di antara kita yang tewas.


Kenapa kita mudah sangat tewas ye?


"Dijadikan terasa indah dalam pandangan manusia cinta terhadap apa yang diinginkan berupa perempuan-perempuan, anak-anak, harta benda yang bertumpuk dalam bentuk emas dan perak, kuda pilihan, haiwan ternakan dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik."   (Surah Ali 'Imran, 3:14)


Dunia ini memang sangat mempesona. Kalau lah kita tidak berhati-hati memang akan sangat mudah hanyut dalam arus duniawi ni. Tapi kita kena ingat bahawa kehidupan di dunia ni hanyalah sementara. Jadi kuatlah melawan godaan hawa nafsu. Jangan biarkan ia menang!


Selalu bila terasa lemah, saya akan ingat ayat ni, 'WastaĆ­nu bissobri wassolah' yang membawa maksud 'mintalah pertolongan dengan sabar dan solat'. Kawan saya selalu nasihat, 'bersabarlah dengan sebaik-baik kesabaran'.  Tapi kita sebagai manusia biasa, susah sangat nak bersabar dalam sesuatu perkara. Selalu nak cepat je dapat ganjaran. Selalu cepat sangat give up.  Dan kita lagi suka dapat ganjaran yang cepat. Sebab tu lah, ramai orang yang memilih dunia berbanding akhirat. Sebabnya tidak sabar. Benda yang kat dunia ni kita dapat nampak dengan mata kasar dan cepat pula tu kan? 

Sedangkan Allah pun dah cakap, ganjaran sabar tu syurga. Sambungan daripada ayat di atas:


Katakanlah, "Maukah aku khabarkan kepadamu apa yang lebih baik dari yang demikian itu?" Bagi orang-orang yang bertaqwa (tersedia) di sisi  mereka syurga-syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya, dan pasangan-pasangan yang suci, serta redha Allah. Dan Allah Maha Melihat hamba-hambaNya. (Surah Ali 'Imran, 3:15)


Sebab tu lah nak jadi baik ni bukannya mudah. Sebabnya ganjarannya syurga. Dan kita sedia maklum bahawa perjalanan menuju ke syurga tu memang pahit. Dipenuhi dengan duri-duri. Tapi, pengakhirannya kita akan dapat kenikmatan yang tidak terhingga dalam syurga. Everything that we want, we can just ask Allah in Jannah. And for sure, we will get it. Mintak lah apa saja.Confirm dapat punye. That's why, kat dunia ni kita memang kena banyak sabar. Bersabar untuk melawan hawa nafsu.


Sabar itu memang tidak mudah. Tapi berusahalah. Saya pun masih sedang berusaha. Sebab saya yakin dengan Allah. Dia pandang semua usaha kita. Dia tahu kita sedang berusaha.

" Maka barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarah, nescaya dia akan melihat balasannya. Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarah, nescaya dia akan melihat balasannya." (Surah Az-Zalzalah, 99: 7-8)


Allah mengira semua usaha kita. Allah mengira semua penat lelah kita. Dia tidak akan melepas pandang walau sedikit pun usaha yang kita lakukan. Jadi jangan merasa penat berusaha. Jangan pernah merasa penat untuk berusaha. Jom jadi baik! ^ ^

1 comment:

  1. TERIMA KASIH..
    tulisan saudari buat saya
    buka mata seketika :)

    ReplyDelete