Monday, April 23, 2012

Lebah dan Madu.

Bismillahirrahmanirrahim..





Saya mendapat ilham untuk menulis apabila melihat gambar yang sangat comei ini. Lebah dan madu. Comei kan gambar ni? ^^

Baiklah. Apabila mendengarkan perkataan lebah, secara automatiknya kita juga pasti akan teringat madu. Madu dan lebah ni tak dapat dipisahkan. Kalau sebut pasal lebah, pasti akan teringat madu. Dan kalau sebut pasal madu pula, pasti akan teringat lebah. Betul tak? Sebabnya madu dihasilkan dari lebah. Tanpa lebah, madu tidak akan dapat dihasilkan.

Personally, saya sangat kagum dengan kesungguhan lebah-lebah ni bekerja. Mereka tidak jemu bekerja untuk mengumpul debunga dan manisan yang kemudiannya ditukarkan menjadi madu. Sangat gigih!

Dan madu ni kan, hampir semua orang suka makan madu. Mungkin ada juga yang tidak suka makan sebab terlalu manis katanya. Tapi, kalau kita fikirkan dan perhatikan madu ni ada banyak khasiatnya. Madu boleh dijadikan sebagai bahan makanan. Malah boleh juga digunakan sebagai ubat. 

Di sini, saya melihat lebah-lebah ini bolehlah dianggap sebagai diri kita. Da'ie di jalan Allah. Dan kita tahu bahawa setiap yang bergelar Muslim itu adalah da'ie. Tidak terkecuali. Kita perlu lah mencontohi sikap lebah ini dalam bekerja. Sangat rajin dan sangat gigih. Jadi kita juga perlu menjadi seorang yang sangat gigih dan rajin dalam menyampaikan dakwah atau dalam  bahasa yang lebih mudahnya mengajak manusia lain ke arah kebaikan dan mencegah ke arah keburukan.

Kenapa kita mesti rajin dan gigih? 

Sebabnya kalau kita tidak rajin dan gigih, bagaimana mungkin madu akan dapat dihasilkan. Betul tak? Madu ni bolehlah diibaratkan sebagai hasil daripada usaha dakwah kita. Haa, agak-agak apa hasil yang akan kita dapat kalau kita rajin menyeru ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran ni ye?

Allah ada berfirman dalam al-Quran:

"Dan barangsiapa yang mengerjakan amal kebajikan, baik lelaki mahupun perempuan sedang dia beriman, maka mereka itu akan masuk ke dalam syurga dan mereka tidak dizalimi sedikit pun." (Surah An-Nisa', 4: 124)

Haa, ada lagi.

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan, mereka mendapat pahala yang tidak ada putus-putusnya." (Surah Fushilat, 41:8)

Saya yakin dan pasti bahawa semua orang menginginkan syurga. Mendambakan syurga. Sebab semua orang tahu syurga itu indah dan semua yang kita inginkan kita akan dapat. 

Yes, semua orang nak. Tapi yang dapat saya perhatikan ramai orang berkata sekadar di mulut. Tapi tidak dengan perlakuannya. Pernah dengar tak yang 'Actions speak louder than words'?

Hurmm.. jadi untuk mendapatkan madu yang berkualiti, kita kenalah bekerja dengan gigih. Jangan pernah jemu untuk menasihati orang lain. Menyeru ke arah kebaikan dan kalau mampu, cegahlah kemungkaran. 

Tanpa usaha untuk bekerja, bagaimana mungkin madu mampu dihasilkan?

Jadi, bekerjalah. Jadilah seperti lebah! ^^

No comments:

Post a Comment