Bismillahirrahmanirrahim..
Pertama kali saya melihat gambar ini, terdetik di hati, "Hmm.. bestnya kalau ada family macam ni satu hari nanti."
Err..
Saya pasti, most of us juga mempunyai fikiran yang sama dengan saya. Semua orang pastinya menginginkan pasangan hidup yang mampu membimbing diri semakin dekat dengan Allah dan sekaligus memimpin tangan kita menuju ke syurga-Nya. Dan ada anak-anak yang comel-comel bagi menyerikan lagi rumah tangga yang dibina. Kan?
Sudah menjadi fitrah manusia,apabila semakin menginjak usia (lebih-lebih lagi di usia 20-an) keinginan untuk disayangi dan dicintai oleh yang berlainan jantina akan wujud dalam diri. Memang sudah menjadi fitrah. Tanyalah sesiapa pun, manusia yang normal pasti mempunyai naluri sebegini. Ianya tidak salah. Yang menjadi salah adalah apabila mereka mula mengambil jalan-jalan yang salah untuk disayangi dan dicintai. Dan bagi mengelakkan hal yang tidak elok terjadi, Islam sudah memberikan garis panduan dalam hal sebegini iaitu dengan menikah.
Menikah. Sounds easy kan? Tapi, ketahuilah ada tanggungjawab yang besar yang bakal digalas selepas akad nikah. Bernikah bukanlah sekadar untuk memenuhi keperluan nafsu semata-mata. Ianya lebih daripada itu.
Tujuan pernikahan itu sendiri adalah untuk membina ummah. Yes, membina ummah. Generasi yang bakal dilahirkan itulah yang bakal menjadi mata rantai perjuangan Islam. Generasi yang bakal menggantikan kita. Yang bakal meneruskan kerja-kerja dakwah ini. Jadi pernikahan ini bukanlah semata-mata untuk suka-suka dan berseronok semata-mata. Kita bernikah untuk meramaikan lagi rantai mata perjuangan Islam supaya Islam akan terus tersebar dan subur di bumi ini. Disebabkan itulah pentingnya untuk kita mempersiapkan diri sebelum melangkah ke alam pernikahan ini.
Bagaimana untuk mempersiapkan diri?
Ramai di antara kita yang mengimpikan untuk mendapatkan pasangan yang soleh/solehah dengan harapan mereka akan membimbing kita ke arah syurga-Nya. Yes, tidak salah kita mengimpikan untuk mendapat pasangan seperti itu. Even saya sendiri pun mengimpikan seorang bakal suami yang soleh dan beriman yang akan membawa saya semakin dekat dengan Allah dan syurga-Nya.
Cumanya ada yang terlalu asyik berangan-angan untuk mendapatkan yang soleh/solehah ini sampaikan terlupa untuk mempersiapkan diri sendiri.
Ada yang menyangka tidak mengapa kalau mereka tidak cukup soleh/solehah asalkan pasangan mereka itu sudah soleh/solehah. Nanti apabila sudah berkahwin pasangan mereka itu boleh membantu mereka berubah.
Apa jaminan bahawa mereka akan berubah apabila sudah berkahwin? Saya tidak mengatakan bahawa mustahil untuk berubah. Tak, tak mustahil. Kemungkinan tu ada. Tapi,apa yang saya cuba tekankan di sini adalah, apabila kita ingin melangkah ke arah seterusnya, daripada individu Muslim kepada Baitul Muslim kita seharusnya lebih bersedia. It is unfair kalau kita hanya mengharapkan pihak yang satu lagi untuk membimbing kita.Sedangkan kita tiada usaha untuk memperbaiki diri kita ke arah yang lebih baik.
Oleh itu, perbaiki diri kita sendiri terlebih dahulu sebelum melangkah ke alam pernikahan ini. Penuhi ilmu di dada terutamanya dengan ilmu rumah tangga.Dan ilmu agama juga sudah semestinya.Ia memainkan peranan yang sangat penting dalam kehidupan berumah tangga. Mengapa saya katakan begitu? Sebabnya apabila adanya iman dalam diri masing-masing, sekiranya ada masalah yang melanda rumah tangga, mereka tidak akan mudah melatah. Tidak akan terburu-buru dalam membuat keputusan. Dan ilmu agama juga menjadi teras utama untuk mendidik anak-anak yang bakal lahir nanti. Sebabnya tujuan perkahwinan itu sendiri adalah untuk membina ummah.
Ummah yang bermutu dan berkualiti bermula daripada ajaran ibu bapa. Ibu bapalah yang mencorakkan anak-anak mereka. Anak-anak diibaratkan kain putih.Terpulang kepada ibu bapa bagaimana mahu mencorakkan kehidupan anak-anak mereka. Andai baik corakannya, maka baiklah anak itu. Andainya buruk, maka buruklah anak itu. The choice is in the parents hands. Haa, kita lah tu nanti :)
Dan banyakkanlah bergaul dengan orang tua-tua. Mereka lebih banyak pengalaman dalam hal ini. Ambillah yang mana bermanfaat untuk dijadikan contoh.
Jadi, sebelum melangkah ke peringkat yang seterusnya (Baitul Muslim), persiapkanlah dirimu.
Dan ingin juga saya katakan, kadang-kadang kita sangat excited and rasa nak menikah apabila melihat gambar-gambar sweet pasangan menikah yang diupload di facebook terutamanya. Jangan dilihat pada ke'sweet'an gambar-gambar itu sahaja. Lihatlah sesuatu yang lebih besar di sebalik gambar-gambar itu. Fikirkanlah tanggungjawab yang bakal digalas selepas bergelar suami atau isteri nanti.
(^_^)v Peace.