Tuesday, November 6, 2012

Aser :)


Bismillahirrahmanirrahim..

Saya rindu budak ni. Rindu sangat-sangat. Nama dia Aser. He's not my child but i love him. Usia dia dalam lingkungan satu tahun camtu kot.

Last week, saya menjadi babysitter kepada dia for 3 days. Even cuma jaga dia selama 3 hari tapi perasaan sayang tu dah ada. Tak tahu la bila lagi ada kesempatan untuk jumpa dia. Next year in sha Allah. I really hope that i can meet him again. ^^

Bila jaga baby ni, barulah tahu susah payah parents jaga kita semasa kecil dulu. Macam-macam ragam. Asyik nak dukung.Tak nak duduk diam. Suka main-main. Asyik nak makan. Dan macam-macam lagi.

Sebab tu lah ada orang cakap, kita akan lebih menghargai pengorbanan ibu bapa kita bila dah ada anak sendiri. Macam mana kita sayangkan dan kasihkan anak kita, macam tu lah diorang sayangkan kita semasa kita kecil dulu. Haa, sampai sekarang pun kasih sayang diorang tetap tak berubah even kita dah dewasa. Kan kan? ^^

Saya suka bila budak ni panggil 'maa maa' (ahaa.. perasan kat situ :p). Tapi, the feeling bila dia panggil macam tu, memang rasa macam ibu dia. Haa, bajet betul :p

Takpe la. Praktis praktis sebelum jadi ibu sebenar. Hee..







Comel kan budak kecik ni. Saya suka tengok dia senyum dan ketawa. Sebab bila dia senyum and ketawa saya pun tumpang senyum and ketawa sekali. :)
Bila tengok baby ni, perasaan sedih pun boleh terubat.






Ni gambar dia tengah makan. Comot. :p

Okay. I just miss him soo much. Jadi, terciptalah entry ni. hihi..


2 comments: