Thursday, November 15, 2012

Salam Ma'al Hijrah 1434 :)

Bismillahirrahmanirrahim..


Salam Ma'al Hijrah 1434 :)

Dah masuk 1 Muharram. Semoga tahun baru yang bakal ditempuhi mendapat keredhaan Allah dan lebih baik daripada tahun lepas. Aamiin.


Biasanya, apabila masuk tahun baru pastinya semua orang ingin start anew lebih-lebih lagi apabila merasakan mereka banyak melakukan kesilapan dan dosa pada tahun yang lepas. In Sha Allah, Dia akan permudahkan urusan kita asalkan kita betul-betul ikhlas.

Tahun baru is a good start for us untuk berubah ke arah yang lebih baik. Ini tidaklah bermaksud bila tahun baru, barulah kena berubah. Tidak. Perubahan ke arah kebaikan ini perlu sentiasa dilakukan dari hari ke hari. Sedikit demi sedikit dan perlu berterusan. Bukannya cuma pada hari-hari yang tertentu.

Yang paling penting adalah niat kita untuk berubah adalah kerana Allah. Seperti yang  dinyatakan dalam satu hadis:



"Sesungguhnya diterima amal perbuatan itu bergantung kepada niatnya, dan sesungguhnya bagi setiap orang mendapat apa yang diniatkannya. Sesiapa yang berhijrah kerana Allah dan Rasul-Nya, dia akan sampai kepada Allah dan Rasul-Nya. Sesiapa yang berhijrah kerana dunia yang akan diperolehinya atau menuju wanita yang hendak dinikahinya, dia kan mendapatkan apa yang diniatkannya."

(Riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, al-Tirmizi, al-Nasa'i, Ibnu Majah dan Ahmad)

Sebab kepada hadis ini adalah kerana seorang lelaki yang mengikut Rasulullah saw berhijrah dari Makkah ke Madinah kerana ingin mengahwini seorang perempuan bernama Ummu Qais. Dia berhijrah tidak untuk mendapatkan pahala hijrah. Dan disebabkan itu dia digelar Muhajir Ummu Qais.

Jadi, apabila kita ingin berhijrah, perbetulkanlah niat hijrah kita ke arah kebaikan adalah semata-mata kerana Allah bukannya sebab lain.




Jom sama-sama kita berhijrah. Berhijrah dari kurang baik kepada baik. Dari yang baik kepada lebih baik.

"Dan barangsiapa berhijrah di jalan Allah, nescaya mereka akan mendapatkan di bumi ini tempat hijrah yang luas dan  (rezeki) yang banyak. Barangsiapa keluar dari rumahnya dengan maksud berhijrah kerana Allah dan Rasul-Nya kemudian kematian menimpanya (sebelum sampai ke tempat yang dituju) maka sungguh, pahalanya telah ditetapkan di sisi Allah. Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang."

(Surah An-Nisa', 4: 100)

Sekiranya sebelum ini kita pakai tudung yang agak singkat, labuhkanlah. Sekiranya sebelum ini kita keluar rumah tanpa memakai stokin (bagi wanita), startlah pakai. Sekiranya sebelum ini kita suka bergossip, kurangkanlah dan kalau boleh stop lagilah bagus. Dan banyaklah lagi perkara-perkara kurang elok yang ada dalam diri kita yang boleh kita perbaiki.

Tidak mengapa kalau tidak boleh stop terus. Yang penting kita ada usaha untuk terus berubah ke arah kebaikan.

Jom berubah! ^_^

2 comments:

  1. (= salam maal hijrah kak zida ^^
    moga kita turut berhijrah, insyaALLAH.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam ma'al hijrah nadiah ^^
      in sha Allah.
      Aamiin.

      Delete