Bismillahirrahmnirrahim..
Saya rasa terpanggil untuk membuat entry ni apabila melihatkan di alam maya terlalu banyak di antara kita yang share gambar atau video. Ahaa.. kadang-kadang saya pun suka share jugak video-video ni. ^^
Yes, post and share gambar/video itu tidak salah apabila kita berada dalam batas-batas syariat-NYA. Yang menjadi satu kesalahan dan satu dosa adalah apabila kita share gambar/video yang tidak cukup syarat-syaratNya.
Yang saya maksudkan dengan tidak cukup syarat-syaratNya adalah apabila kita post gambar/video yang tidak menutup aurat dengan sempurna. Even kalau tutup aurat tapi tidak sempurna juga tidak boleh. Contohnya pakai tudung and cover every parts of the body that should be covered tapi pakaian yang dipakai tu masih menampakkan bentuk tubuh and jarang. Tetap tak boleh.
Saya yakin dan pasti, semua orang tahu batas-batas aurat yang perlu di cover. Allah ada berfirman dalam Al-Quran:
"Dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya) kecuali yang (biasa) terlihat. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya."
(Surah An-Nur, 24: 31)
(Surah An-Nur, 24: 31)
Dan ini bukanlah bermaksud hanya perempuan sahaja yang wajib menjaga batas-batas aurat mereka. Lelaki juga perlu menjaga batas-batas aurat mereka.
Mungkin ramai di antara kita yang particular tentang aurat sendiri. Tapi kadang-kadang mereka lupa bahawa mereka juga perlu menjaga aurat orang lain. Lebih -lebih lagi dengan teknologi yang sangat advance pada zaman sekarang yang membolehkan satu gambar yang dipost dilihat oleh ramai orang. Tersangat ramai sebenarnya. Lebih-lebih lagi apabila ada orang yang share gambar/video itu di facebook. Dan tahu-tahu sajalah facebook merupakan satu medium yang sangat cepat berlakunya penyebaran-penyebaran ni. Sangat pantas.
Please, jagalah aurat kita dan juga aurat kawan-kawan kita atau ahli keluarga kita apabila kita di alam maya. Nampak tersangat simple and kecil. Satu gambar je kan. Tapi, sebenarnya gambar itulah yang akan memberi dosa yang tidak putus-putus apabila dalam gambar/video, seseorang itu tidak menutup aurat dengan sempurna.
Mungkin ada di antara kita yang tidak kisah sekiranya gambar mereka yang tidak menutup aurat dengan sempurna di post or di share di alam maya. Tapi, please jangan share. Kita mesti sangat sayangkan ahli keluarga dan kawan-kawan kita kan. Dan apabila sayang, mesti kita nak masuk syurga bersama-sama dengan mereka kan? :)
Dan saya ingin kongsikanlah adab-adab sebelum share gambar/video di alam maya ni.
1. Firstly, check niat. Kenapa nak post gambar. Adakah untuk orang lain memuji-muji kecantikan kita? Atau sebab lain? Sekiranya kita rasa niat kita post gambar untuk dapatkan penghargaan/pujian daripada orang lain seeloknya janganlah di share gambar tersebut.
2. Bagi wanita, seeloknya kalau nak post gambar mereka, janganlah terlalu besar gambar tersebut. Takut mengundang fitnah. Sebolehnya, biar lah kecil sahaja size gambar tu.
3. Please check and check aurat diri sendiri dan juga aurat orang lain dalam gambar/video tersebut. Apabila sudah yakin 100% semua aurat sudah dicover, barulah post gambar/video tersebut.
4. Pastikan juga gambar yang dipost tidak mempunyai posing-posing yang agak keterlaluan yang boleh menjatuhkan maruah diri sendiri ataupun maruah orang lain.
5. Bagi wanita to be safe; customize la siapa yang boleh lihat gambar yang anda post itu. It's better kalau kita hanya bagi kawan-kawan yang sama jantina sahaja yang boleh lihat gambar kita.
Lets help each other to enter Jannah. Yes, sharing is caring. But if we share something that can bring us to the Hell fire. Its not caring at all!
So, let's make a change :)
So, let's make a change :)
No comments:
Post a Comment