Monday, April 9, 2012

The One Less Traveled By.


Bismillahirrahmanirrahim..

Teringat saya akan satu poem yang pernah dipelajari semasa zaman sekolah menengah dahulu. 'The Road Not Taken'. Mesti korang pun masih ingat lagi kan? ^^




The Road Not Taken

Two roads diverged in a yellow wood
And sorry I could not travel both
And be one traveler, long I stood
And looked down one as far as I could
To where it bent in the undergrowth;

Then took the other, as just as fair,
And having perhaps the better claim
Because it was grassy and wanted wear,
Though as for that the passing there
Had worn them really about the same,

And both that morning equally lay
In leaves no step had trodden black.
Oh, I marked the first for another day!
Yet knowing how way leads on to way
I doubted if I should ever come back.

I shall be telling this with a sigh
Somewhere ages and ages hence:
Two roads diverged in a wood, and I,
I took the one less traveled by,
And that has made all the difference.
By Robert Frost

Bagi saya, poem ini sangat menarik kerana ia mengisahkan antara dua jalan yang perlu dipilih oleh seorang traveler. And the traveler chose to take jalan yang kurang dipilih oleh orang lain untuk dilalui. YES! He/she chose the one less traveled by.

Sungguh, walaupun jalan itu jarang dilalui oleh orang lain tapi dia memilih untuk melalui jalan itu. Dan jalan yang dipilih itu telah membawa banyak perubahan dalam hidupnya.

Poem ini juga kita boleh kita aplikasikan dalam kehidupan kita. Dan the traveler itu ialah diri kita sendiri. Cuba bayangkan di hadapan kita terbentang dua jalan. Hanya ada dua jalan yang boleh dipilih. Antara jalan kebenaran dan jalan kebatilan. Dan keputusan untuk melalui jalan yang mana satu terletak di tangan kita. Persoalannya ialah 'Which road we gonna take? The one more traveled by or the one less traveled by?'

Kita boleh tengok pada hari ini tidak ramai yang memilih untuk berada di jalan kebenaran. Tidak ramai yang memilih untuk berada di jalan dakwah ini. Menyeru manusia ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran. Lebih ramai orang yang memilih untuk berada di jalan yang salah. They chose to take the road more traveled by people. Jalan yang ramai orang pilih. Which means, mereka lebih memilih keduniaan. Kenapa saya kata begitu?

Sebabnya, kita boleh perhatikan sendiri di sekeliling kita, yang mana satu lebih disukai oleh manusia. Bergaul bebas, tidak menutup aurat (ramai yang tutup aurat tapi tidak sempurna), menderhaka pada ibu bapa, zina, membuang bayi ibarat membuang sampah di tepi jalan dan the list goes on. Itu lebih mereka sukai daripada menjaga batas pergaulan antara lelaki dan perempuan, menutup aurat dengan sempurna dan etc.

Mereka lebih mementingkan dunia daripada akhirat. Kadang-kadang bukannya mereka tidak tahu benda itu salah. Mereka tahu tapi buat-buat tidak tahu. Mereka tidak mahu keluar dari zon selesa (comfort zone) mereka. Mahu segala-galanya indah. Tidak sanggup bersusah payah.

Kerana mereka tahu jalan yang kurang dipilih yakni jalan dakwah ini memang pahit. Banyak pancaroba dan dugaan yang terpaksa ditempuh di sepanjang jalan. Jalan ini memang memerlukan banyak pengorbanan. Berkorban masa. Berkorban harta. Malah berkorban apa sahaja demi memastikan Islam tersebar.

Pengorbanan yang menuntut kesabaran, kecekalan hati dan ketetapan iman. Tapi bagi mereka yang berada di jalan ini, mereka merasa bahagia dengan dugaan yang dihadapi. Walaupun air mata kerap menjadi teman mereka. Mereka masih bahagia. Bahagia kerana mereka tahu Allah sentiasa ada di sisi mereka. Dan mereka percaya dengan ayat-ayat dan janji-janji Allah. 

Firman Allah dalam Al-Quran yang membawa maksud:

" Wahai orang-orang yang beriman! Mahukan kamu Aku tunjukkan suatu perdagangan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih?

Yaitu kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik jika kamu mengetahui.

Nescaya Allah mengampuni dosa-dosamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai dan ke tempat tinggal yang baik di dalam syurga 'Adn. Itulah kemenangan yang agung.

Dan (ada lagi) karunia lain yang kamu sukai iaitu pertolongan daripada Allah dan kemenangan yang dekat waktunya. Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang mukmin."

(Surah As-Saff, 61: 10-13)

Allah telah memberikan khabar gembira kepada orang yang berjihad di jalanNya yakni memberikan ganjaran syurga, mengampuni dosa-dosa dan memberikan pertolongan kepada mereka. Sungguh, Allah ialah sebaik-baik penolong.


Sebab itulah mereka masih bahagia walau diuji dengan bermacam-macam dugaan di dunia ini. Sungguh perjalanan dakwah ini masih panjang. Mungkin kita tidak sempat untuk sampai ke penghujungnya. Tapi tidak mengapa jika kita tidak sempat sampai ke penghujung jalan. Tapi yang paling penting, kita sudah berusaha menempuh jalan itu. Jalan menuju ke penghujung itu. Dan dalam menempuh perjalanan itu, kita juga merasa bahagia walaupun belum lagi sampai ke penghujung. Sebabnya semuanya dilakukan kerana Allah. Dan disebabkan itulah dikatakan kebahagiaan itu tidak semestinya berada di penghujung jalan tetapi ianya juga berada di sepanjang jalan. ^^

Jadi, marilah kita menjadi orang yang bijak. Kita semestinya tidak mahu mendapat kebahagiaan di dunia semata-mata bukan? Pastinya kita ingin bahagia di dunia dan juga akhirat. So, pilihlah jalan yang betul.

Tidak mengapa jika jalan yang kita pilih itu jarang dilalui oleh orang lain. Tidak mengapa jika hanya segelintir sahaja yang bersama-sama kita. Tidak mengapa. Kuatkan hatimu. Sesungguhnya Allah bersama kita! Yakinlah!

Saya bukanlah sudah terlalu baik apabila bercakap mengenai ini. Pandai-pandai hendak menyuruh orang membuat pilihan. Tapi, buatlah pilihan dengan bijak. Mungkin di dunia ini orang nampak kita sedang rugi. Rugi kerana mensia-siakan masa muda kita dengan urusan dakwah ini. Rugi sebab tidak dapat enjoy dunia remaja. Tapi, sebenarnya orang-orang yang memilih jalan yang jarang dilalui oleh orang ramai ini sebenarnya sangatlah beruntung. Bersyukurlah kerana Allah memeliharamu daripada melakukan maksiat. ^^

Last but not least, saya selalu teringat akan kata-kata Imam Hasan Al-Basri apabila saya ingin menyampaikan ilmu kepada orang lain. Sebab saya tahu saya juga masih punya banyak kelemahan. Kata-kata beliau menjadi pengubat supaya saya tidak berhenti memberi walaupun diri ini sendiri masih punya banyak kelemahan. ^^

“Wahai manusia, sesungguhnya aku tengah menasihati kalian bukanlah bererti aku orang yang terbaik di antara kalian, bukan pula orang yang paling soleh di antara kalian. Sungguh, aku pun telah banyak melampaui batas terhadap diriku. Aku tidak sanggup mengekangnya dengan sempurna, tidak pula membawanya sesuai dengan kewajiban dalam mentaati Rabb-nya. Andaikata seorang muslim tidak memberi nasihat kepada saudaranya kecuali setelah dirinya menjadi orang yang sempurna, niscaya tidak akan ada para pemberi nasihat."

Thursday, April 5, 2012

Belajarlah Mengatakan 'Aku Tidak tahu'.

Bismillahirrahmanirrahim..

Situasi A

" Eh, ape hukumnya kalo kita buat benda ni ek? Boleh ke tidak?"
" Aku rasa boleh kot."

Situasi B

" Aku dengar orang kata tak boleh kalau buat macam ni. Haram. Apa kata kau?"

" Oh, orang kata tak boleh ek? So, aku rasa tak boleh la kot."


Haa, pernah tak kita berdepan dengan dengan keadaan macam ni? Mesti selalu sangat kan. Saya perhatikan di facebook dan di group-group fb ramai yang bertanyakan soal hukum agama kepada kepada kawan-kawan mereka. Bertanya tu tidak salah. Sangat bagus kerana bertanya itu tandanya anda dahagakan ilmu. Alhamdulillah. Tapi yang menjadi salahnya ialah apabila orang yang tidak tahu, tapi buat-buat tahu dalam menjawab persoalan hukum tersebut. Dan perasan tak, mostly ramai orang yang menjawab dengan perkataan 'aku rasa'. Setahu saya, soal hukum hakam ni tidak boleh ada 'rasa-rasa'. 'Rasa-rasa' ni tandanya orang itu tidak berapa yakin. Dan setahu saya juga, sesuatu hukum juga mesti berdasarkan nas dan dalil-dalil yang sahih bukan sekadar 'rasa-rasa'. Tidak pernah ulama' kalau mengeluarkan fatwa hukum, mereka 'rasa-rasa'.


Dan kalau dilihat, para ulama' terdahulu apabila dipersoalkan tentang hukum agama, mereka merasa takut untuk menjawab. 

"Apabila aku ditanya suatu persoalan, terlalu berat bagiku, bagaikan terpampang di hadapanku neraka dan syurga."

Nah, tengok. Para ulama' takut untuk menjawab persoalan apabila mereka tidak tahu. Takut dicampak ke dalam api neraka. Dan mereka mudah menyebut 'Wallahu a'lam' atau 'aku tidak tahu' apabila mereka tidak tahu. Sedangkan kita? Dengan mudahnya menjatuhkan sesuatu hukum itu haram atau halal atas sesuatu persoalan tanpa merasa takut sedikit pun.

Kita ego dan kita malu apabila tidak dapat menjawab persoalan orang lain. Malu dikatakan bodoh. Malu dikatakan tidak cukup ilmu. Konon-konon nak tunjuk hebat di hadapan orang lain. Kononnya kitalah yang tahu segala-galanya. Tapi kan, cuba bayangkan jika kita tersalah memberi hukum dan orang itu beramal dengan hukum yang kita berikan. Sanggupkah anda menanggung dosa itu? Hurmm..

Jadi, janganlah terlalu mudah menjatuhkan hukum itu haram atau halal sedangkan kita sendiri tidak pasti akan kesahihannya. Tapi sekiranya anda yakin dan telah merujuk para ulama' sebelum itu, katakanlah anda tahu dan sebarkanlah.


Sebaiknya dan memang patut pun, apabila kita berhadapan dengan persoalan sebegini yang kita tidak ketahui jawapannya, tanyalah orang yang lebih berpengalaman, orang yang belajar hukum hakam agama seperti ustaz or ustazah. Kerana mereka lebih mahir dan tahu soal hukum ni.

Saya tertarik dengan satu ungkapan ni:

" Belajarlah aku tidak tahu kerana jika engkau belajar engkau tidak tahu, mereka akan mengajar engkau sehingga engkau tahu, tetapi apabila engkau belajar 'aku tahu' maka mereka bertanya kepada engkau sehingga engkau tidak tahu! "


Kesimpulannya, apabila tidak tahu katakanlah tidak tahu. Sungguh itu lebih baik.. ^ ^

Sunday, April 1, 2012

Susah Ke Nak Jadi Baik Ni?

Bismillahirrahmanirrahim..

Saya nak jadi baik. Dan saya sangat yakin semua orang pun sedang berusaha nak jadi baik. Sebabnya, fitrah manusia ni suka akan kebaikan. Walau sejahat manapun orang tu, mesti jauh di sudut hatinya suka akan kebaikan . Cuma kadang-kadang, mereka sangat ego untuk mengaku.

Macam yang terjadi semasa zaman Rasulullah saw dulu. Apabila Rasulullah saw menyeru ke arah kebenaran dan mengajak mereka mengEsakan Allah, mereka menolak. Malah mereka menghalang orang-orang yang ingin membuat kebaikan.Tapi, pada waktu malamnya, mereka pergi ke rumah Rasulullah saw secara sembunyi-sembunyi untuk mendengar Rasulullah saw membaca al-Quran.

Nah, di sini kita boleh tengok, sebenarnya mereka sangat suka akan kebaikan dan percaya akan kebenaran yang dibawa oleh Rasulullah saw. Tapi disebabkan kepentingan diri sendiri, mereka menolak. Hal ini adalah kerana, pada zaman itu adanya perbalahan antara kabilah. Mereka bimbang sekiranya mereka menerima agama Islam, mereka terpaksa tunduk kepada Bani Hashim. Mereka bimbang andainya mereka hilang segala kekuasaan yang mereka miliki.


Nak jadi baik ni bukannya mudah. Baik yang saya maksudkan di sini ialah membuat semua perkara yang Allah suruh dan meninggalkan semua yang dia larang. Saya akui memang susah nak jadi baik ni (bagi sayalah). Sebabnya ia memerlukan mujahadah yang sangat tinggi dan juga pengorbanan. Juga memerlukan kita untuk melawan hawa nafsu yang ada dalam diri. Yang ni ramai di antara kita yang tewas.


Kenapa kita mudah sangat tewas ye?


"Dijadikan terasa indah dalam pandangan manusia cinta terhadap apa yang diinginkan berupa perempuan-perempuan, anak-anak, harta benda yang bertumpuk dalam bentuk emas dan perak, kuda pilihan, haiwan ternakan dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik."   (Surah Ali 'Imran, 3:14)


Dunia ini memang sangat mempesona. Kalau lah kita tidak berhati-hati memang akan sangat mudah hanyut dalam arus duniawi ni. Tapi kita kena ingat bahawa kehidupan di dunia ni hanyalah sementara. Jadi kuatlah melawan godaan hawa nafsu. Jangan biarkan ia menang!


Selalu bila terasa lemah, saya akan ingat ayat ni, 'WastaĆ­nu bissobri wassolah' yang membawa maksud 'mintalah pertolongan dengan sabar dan solat'. Kawan saya selalu nasihat, 'bersabarlah dengan sebaik-baik kesabaran'.  Tapi kita sebagai manusia biasa, susah sangat nak bersabar dalam sesuatu perkara. Selalu nak cepat je dapat ganjaran. Selalu cepat sangat give up.  Dan kita lagi suka dapat ganjaran yang cepat. Sebab tu lah, ramai orang yang memilih dunia berbanding akhirat. Sebabnya tidak sabar. Benda yang kat dunia ni kita dapat nampak dengan mata kasar dan cepat pula tu kan? 

Sedangkan Allah pun dah cakap, ganjaran sabar tu syurga. Sambungan daripada ayat di atas:


Katakanlah, "Maukah aku khabarkan kepadamu apa yang lebih baik dari yang demikian itu?" Bagi orang-orang yang bertaqwa (tersedia) di sisi  mereka syurga-syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya, dan pasangan-pasangan yang suci, serta redha Allah. Dan Allah Maha Melihat hamba-hambaNya. (Surah Ali 'Imran, 3:15)


Sebab tu lah nak jadi baik ni bukannya mudah. Sebabnya ganjarannya syurga. Dan kita sedia maklum bahawa perjalanan menuju ke syurga tu memang pahit. Dipenuhi dengan duri-duri. Tapi, pengakhirannya kita akan dapat kenikmatan yang tidak terhingga dalam syurga. Everything that we want, we can just ask Allah in Jannah. And for sure, we will get it. Mintak lah apa saja.Confirm dapat punye. That's why, kat dunia ni kita memang kena banyak sabar. Bersabar untuk melawan hawa nafsu.


Sabar itu memang tidak mudah. Tapi berusahalah. Saya pun masih sedang berusaha. Sebab saya yakin dengan Allah. Dia pandang semua usaha kita. Dia tahu kita sedang berusaha.

" Maka barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarah, nescaya dia akan melihat balasannya. Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarah, nescaya dia akan melihat balasannya." (Surah Az-Zalzalah, 99: 7-8)


Allah mengira semua usaha kita. Allah mengira semua penat lelah kita. Dia tidak akan melepas pandang walau sedikit pun usaha yang kita lakukan. Jadi jangan merasa penat berusaha. Jangan pernah merasa penat untuk berusaha. Jom jadi baik! ^ ^

Tuesday, March 27, 2012

Jadilah Dirimu Seperti Pohon Semalu.

Bismillahirrahmanirrahim..

Nowadays, kita dapat perhatikan wanita-wanita sudah mula hilang sifat malunya. Bergurau senda dengan kawan lelaki bagaikan mereka adik-beradik. Bertepuk tampar bagaikan tiada batasan antara mereka. Berpakaian ketat-ketat sampai menampakkan bentuk tubuh yang sepatutnya dilindungi.Hurmm.. 

Sedih yang teramat apabila melihat keadaan seperti ini.
Sedarlah wanita, bahawa malumu itu sungguh bernilai. Teringat saya akan lirik lagu 'Puteriku Sayang' nyanyian Hijjaz.

Malu mu mahkota yang tidak perlukan singgahsana..
Tapi ia berkuasa menjaga diri dan nama..
Tiada siapa yang akan boleh merampasnya..
Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri..

Duhai wanita, jadilah dirimu seperti pohon semalu. 


Kenapa mesti pohon semalu? Ada beberapa sebab kenapa wanita dikaitkan dengan pohon semalu ni.
 
Yang pertama, pohon semalu akan automatically kuncup apabila disentuh oleh orang. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).
 
Yang kedua, pohon semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya.Sesiapa yang terpijak/terpegang pasti akan luka dan berdarah. Duri ini diibaratkan bahawa wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.

Yang ketiga, pohon semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai hubungan yang sangat kuat dengan Allah. 

Yang keempat, pohon semalu juga tidak berbau wangi dan tidak menarik hati. Oleh itu, tiada kumbang yang akan memerhati. Kerna keindahannya tersembunyi.

Dan yang terakhir, pohon semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Ini diibaratkan wanita perlu pulang ke rumah sebelum senja. Lagipun tidak elok wanita berada di luar rumah pada waktu malam kerna banyak kejadian yang tidak elok berlaku pada waktu malam. Melainkan hanya apabila ada kerja dan berteman.

Walaupun pohon semalu ini kecil, tapi banyak pengajaran yang boleh diambil dari pohon yang kecil ini.. ^_^

Taqwa Dan Jalan Berduri.

Bismillahirrahmanirrahim..


Taqwa. Kita selalu dengar perkataan ni kan? Banyak kali perkataan taqwa ni kita jumpa dalam al-Quran.

Taqwa ni secara istilahnya membawa maksud takut kepada Allah. Tapi sebenarnya, taqwa ni bukanlah semata-mata takut kepada Allah. Dalam satu perkongsian ilmu yang saya dengar, taqwa ini juga boleh diibaratkan macam kita sedang berjalan melalui satu kawasan yang berduri. 


Secara logiknya apabila kita melalui jalan yang berduri, pastinya kita akan lalu jalan tu dengan berhati-hati dan cermat supaya tidak terkena duri-duri tu. Sebabnya kita tahu natijah apabila terkena duri itu. Kiranya tersalah sedikit, pasti kita akan terluka dan berdarah.

Sifat taqwa ni boleh diapplykan dalam kehidupan seharian kita. Sebabnya dalam hidup ni, boleh dikatakan almost setiap masa kita perlu membuat pilihan. 

Err, apa kaitan taqwa dengan buat pilihan ni?

Macam ni. Kiranya, apabila kita nak buat satu pilihan ni kita kenalah buat dengan berhati-hati. Kan taqwa itu diibaratkan macam kita sedang melalui jalan yang berduri. Bila nak buat sesuatu pilihan ni, kita kena fikir akan consequences dia. Kena fikir apa yang kita buat ni Allah redha ke tak? Dapat pahala ke dapat dosa? Macam tu lah kita apply sifat taqwa dalam hidup kita. 

Andainya kita tak berhati-hati, tendency untuk kita luka atau tercalar (which means buat keputusan yang silap) sangatlah besar.

Lebih-lebih lagi di zaman sekarang ni, banyak sangat godaan yang mendatang. Godaan yang datang dari kanan dan kiri. Belakang dan depan. Atas dan bawah. TV, Internet, and environment banyak memberikan pengaruh kepada kita. Sama ada pengaruh yang baik ataupun pengaruh yang buruk. Andainya tidak kuat, pasti kita akan jatuh tersungkur. Sebab itu, buatlah pilihan dengan bijak. Tepislah godaan yang mendatang. Walau iman tinggal senipis bawang, berusahalah menepis godaan-godaan duniawi. Fikirkanlah akan kemanisan syurga. Yosh!

Lakukanlah Apa Yang Diperkatakan.

Bismillahirrahmanirrahim..

Jari ini pantas menulis tazkirah-tazkirah, post-post Islamik. Mulut ini juga senang melontarkan dan memberikan kata-kata nasihat kepada kawan-kawan di sekeliling.

Tapi sebenarnya dalam masa yang sama, hati ini sangat takut. Sangat takut andainya apa yang diperkatakan, apa yang dituliskan, tidak mampu dipraktikkan oleh diri sendiri.

Lebih takut lagi apabila mengingatkan amaran keras Allah dalam al-Quran yang membawa maksud:

"Wahai orang-orang yang beriman! Mengapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan. Itu sangatlah dibenci di sisi Allah apabila kamu mengatakan apa yang tidak kamu kerjakan." (Surah as-Saff, 61: 2-3)

Sungguh, sangat gerun dan takut apabila mengingatkan ayat-ayat ini.

Ya Rabb, bantulah kami untuk mempraktikkan apa yang telah kami katakan.

Pernah tak korang rasa macam ni?

Amat mudah apabila menyuruh orang lain berbuat yang ma'ruf tapi apabila sampai kepada diri sendiri rasa susah sangat nak buat? Mesti pernah kan?

Kita mesti ingat bahawa iman itu bukan sekadar dengan hati dan kata-kata (lidah). Tapi juga mesti dibuktikan dengan perbuatan. Apatah lagi apabila kita menyuruh orang lain melakukan perbuatan yang baik. Kita pun mestilah buat sekali apa yang kita katakan atau tuliskan itu.



Sekadar bercakap memang senang. Sekadar menulis itu juga senang. Tapi untuk mempraktikkannya memang tidak mudah. Ada yang mampu dibuat dan masih ada yamg masih belum mampu dipraktikkan.

Fighting oh!

Tapi itu jangan dijadikan penghalang untuk kita sebagai dai'e untuk terus menyeru ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran. Sebab kita tahu dan Allah lagi-lagilah tahu, bahawa kita semua sedang berusaha. Berusaha untuk berubah. Ke arah yang lebih baik. Berusaha untuk mempraktikkan apa yang kita katakan dan apa yang kita tulis.

Jangan stop. Teruskan menulis, teruskan memberi nasihat kepada orang lain. Mungkin pada awalnya kita juga sukar untuk mempraktikkannya. Tapi, insyaAllah lama-lama kita akan jadi terbiasa.

Saya bukanlah mengatakan tidak apa kalau kita tak buat apa yang kita katakan. Sebab kita memang kena buat apa yang kita katakan. Cuma untuk sesetengah orang, akan mengambil masa untuk mempraktikkan apa yang dikatakan atas sebab-sebab tertentu.

Marilah sama-sama mujahadah. Mujahadah untuk melakukan apa sahaja yang kita perkatakan. Barulah orang lain yang mendengar juga akan turut merasa lebih senang untuk mengikuti dan mempraktikkan apa yang kita sampaikan, andainya kita juga mempraktikkannya.

Cuba bayangkan, kalau ada orang nasihat kita supaya jangan buat sesuatu perkara. Tapi, tup tup, dia buat jugak perkara yang dia larang kita buat tu. For sure kita akan fikir, ' alah, dia ni buat jugak.' And akhirnya dia terus buat perkara yang dilarang ni.

Jadi, melakukan apa yang kita perkatakan bukan sahaja supaya tidak dibenci Allah tetapi juga untuk memastikan apa yang kita katakan sampai kepada orang yang menerima.



Dan kadang-kadang, apa yang kita katakan tidaklah berapa penting. Yang lebih penting ialah apa yang kita lakukan. Be a good qudwah to people out there.


Kesimpulannya, lakukanlah apa yang kita katakan :)



Monday, March 26, 2012

Laporan Voice For Palestin (VOIP)

Bismillahirrahmanirrahim..

Pada 17 Mac 2012, satu program yang dinamakan Voice For Palestin (VOIP) telah dianjurkan oleh pelajar-pelajar Melayu Tasmania. Program ini telah dikendalikan oleh pakar isu Palestin iaitu Prof Madya Dr.Hafidzi Mohd Noor yang juga merupakan pengerusi Aqsa Syarif. Dr Hafidzi diterbangkan khas dari Malaysia ke Tasmania untuk menyampaikan isu Palestin kepada pelajar-pelajar di sini.



Program Voice For Palestin ini dibahagikan kepada dua kategori iaitu program A dan juga Program B. Program A dihadiri oleh pelajar-pelajar Melayu University of Tasmania manakala Program B terbuka kepada semua Muslim di Tasmania. Program A diadakan dari pukul 10 pagi hinggalah pukul 5 petang. Manakala Program B diadakan pada pukul 6.30 petang sehingga pukul 8.30 malam.

Objektif utama Program Voice for Palestine adalah untuk memberi kesedaran tentang kepentingan Masjid Al-Aqsa dan Palestine kepada umat Islam. Selain daripada itu, program ini juga diadakan untuk melatih para peserta bagaimana untuk bercakap mengenai isu Palestin kepada orang lain sama ada kepada Muslim dan juga non-Muslim.

PROGRAM A
Slot pertama program dimulakan dengan tayangan video yang bertajuk “ Tears of Gaza”. Video ini menceritakan tentang kekejaman Israel dan juga penderitaan yang terpaksa ditanggung oleh penduduk Palestine sejak Israel menduduki negara Palestin secara haram. Dr Hafidzi menerangkan bahawa “emotional commitment doesn’t last” and “ crying doesn’t help”. Sekadar menangis apabila menonton kekejaman Israel tidak mampu mengubah nasib penduduk Palestin kerana apa yang paling penting ialah memahami isu Palestin itu sendiri. Dan peperangan yang berlaku di Palestin itu bukanlah antara umat Islam versus Yahudi, tetapi Zionism versus all mankind. Isu Palestin perlu dipandang serius oleh umat Islam bukan hanya kerana ianya berkaitan dengan akidah umat Islam tetapi ianya juga berkaitan dengan isu kemanusiaan. Umat Islam perlu bangkit dan berjihad untuk memperjuangkan kebebasan Masjid Al-Aqsa.

Dr Hafidzi juga menerangkan tentang “Two State Solution” yang masih menjadi perbincangan. Sesiapa yang bersetuju dengan cadangan “ Two State Solution” iaitu mengiktiraf Palestin tapi dalam masa yang sama juga mengiktiraf Israel dianggap sudah mengkhianati berjuta-juta rakyat Palestin. Resolusi-resolusi PBB yang hanya menjadi mainan dan caturan rejim Zionis untuk membahagikan Palestin juga ditekankan. Isu Hamas dan Fatah juga dibincangkan dengan ringkas.

Dalam slot kedua program, berlaku sesi soal jawab antara para peserta dengan Dr Hafidzi berkenaan dengan isu Palestin.

Dalam slot ketiga program, Dr Hafidzi menceritakan tentang catatan pengalaman dan ibrah dari Gaza dan Mesir. Beliau juga menceritakan tentang latar belakang Aqsa Syarif dan projek-projek Aqsa Syarif untuk membantu rakyat Palestin secara terperinci kepada para peserta. Para peserta juga didedahkan dengan isu-isu politik sedunia  yang bersangkutan dengan Palestin. Dengan itu para peserta dapat melihat dengan jelas bagaimana rejim Zionis dengan begitu angkuh dan licik mempermainkan umat Islam dalam usaha mereka untuk menjadikan Israel terus wujud dengan mengadakan hubungan luar dengan negara-negara lain. Walau bagaimanapun, hari ini, Israel semakin hilang sokongan daripada sekutu-sekutu lama dan cuba mencari peluang untuk membina hubungan luar dengan sekutu-sekutu yang baru. Kebangkitan negara-negara Islam juga juga dibincangkan secara ringkas supaya para peserta mengetahui apa yang sedang berlaku dalam dunia Islam pada hari ini.

Majlis ditutup dengan penyerahan mock check kepada Dr Hafidzi dan bergambar beramai-ramai.

PROGRAM B
Program B diadakan di Mosque Hobart pada pukul 6.30 petang hingga pukul 8.30 malam. Program B ini dihadiri oleh orang Islam di Hobart dan juga para pelajar Melayu. Intipati dalam slot ini adalah sama dengan intipati Program A.

Majlis bersurai pada pukul 8.30 malam.