Tuesday, March 27, 2012

Lakukanlah Apa Yang Diperkatakan.

Bismillahirrahmanirrahim..

Jari ini pantas menulis tazkirah-tazkirah, post-post Islamik. Mulut ini juga senang melontarkan dan memberikan kata-kata nasihat kepada kawan-kawan di sekeliling.

Tapi sebenarnya dalam masa yang sama, hati ini sangat takut. Sangat takut andainya apa yang diperkatakan, apa yang dituliskan, tidak mampu dipraktikkan oleh diri sendiri.

Lebih takut lagi apabila mengingatkan amaran keras Allah dalam al-Quran yang membawa maksud:

"Wahai orang-orang yang beriman! Mengapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan. Itu sangatlah dibenci di sisi Allah apabila kamu mengatakan apa yang tidak kamu kerjakan." (Surah as-Saff, 61: 2-3)

Sungguh, sangat gerun dan takut apabila mengingatkan ayat-ayat ini.

Ya Rabb, bantulah kami untuk mempraktikkan apa yang telah kami katakan.

Pernah tak korang rasa macam ni?

Amat mudah apabila menyuruh orang lain berbuat yang ma'ruf tapi apabila sampai kepada diri sendiri rasa susah sangat nak buat? Mesti pernah kan?

Kita mesti ingat bahawa iman itu bukan sekadar dengan hati dan kata-kata (lidah). Tapi juga mesti dibuktikan dengan perbuatan. Apatah lagi apabila kita menyuruh orang lain melakukan perbuatan yang baik. Kita pun mestilah buat sekali apa yang kita katakan atau tuliskan itu.



Sekadar bercakap memang senang. Sekadar menulis itu juga senang. Tapi untuk mempraktikkannya memang tidak mudah. Ada yang mampu dibuat dan masih ada yamg masih belum mampu dipraktikkan.

Fighting oh!

Tapi itu jangan dijadikan penghalang untuk kita sebagai dai'e untuk terus menyeru ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran. Sebab kita tahu dan Allah lagi-lagilah tahu, bahawa kita semua sedang berusaha. Berusaha untuk berubah. Ke arah yang lebih baik. Berusaha untuk mempraktikkan apa yang kita katakan dan apa yang kita tulis.

Jangan stop. Teruskan menulis, teruskan memberi nasihat kepada orang lain. Mungkin pada awalnya kita juga sukar untuk mempraktikkannya. Tapi, insyaAllah lama-lama kita akan jadi terbiasa.

Saya bukanlah mengatakan tidak apa kalau kita tak buat apa yang kita katakan. Sebab kita memang kena buat apa yang kita katakan. Cuma untuk sesetengah orang, akan mengambil masa untuk mempraktikkan apa yang dikatakan atas sebab-sebab tertentu.

Marilah sama-sama mujahadah. Mujahadah untuk melakukan apa sahaja yang kita perkatakan. Barulah orang lain yang mendengar juga akan turut merasa lebih senang untuk mengikuti dan mempraktikkan apa yang kita sampaikan, andainya kita juga mempraktikkannya.

Cuba bayangkan, kalau ada orang nasihat kita supaya jangan buat sesuatu perkara. Tapi, tup tup, dia buat jugak perkara yang dia larang kita buat tu. For sure kita akan fikir, ' alah, dia ni buat jugak.' And akhirnya dia terus buat perkara yang dilarang ni.

Jadi, melakukan apa yang kita perkatakan bukan sahaja supaya tidak dibenci Allah tetapi juga untuk memastikan apa yang kita katakan sampai kepada orang yang menerima.



Dan kadang-kadang, apa yang kita katakan tidaklah berapa penting. Yang lebih penting ialah apa yang kita lakukan. Be a good qudwah to people out there.


Kesimpulannya, lakukanlah apa yang kita katakan :)



No comments:

Post a Comment