Bismillahirrahmanirrahim..
Niat memainkan peranan penting dalam sesuatu amal. Sesungguhnya sesuatu amalan itu bergantung kepada apa yang diniatkannya.
Amalan yang baik mestilah disertakan dengan niat yang baik. Tetapi, amalan yang baik sekiranya dilakukan tidak mengikut aturan syara' yang telah ditetapkan juga tidak membawa apa-apa faedah walaupun baik niatnya. Matlamat tidak pernah menghalalkan cara. Tak lupa juga, jika sesuatu amal kebaikan itu dilakukan bukannya disebabkan Allah, tetapi untuk menunjuk-nunjuk kepada orang lain dan sebab keduniaan. Tiada faedahnya.
Firman Allah:
"Barangsiapa menghendaki kehidupan dunia dan perhiasannya, pasti Kami berikan (balasan) penuh atas pekerjaan mereka di dunia (dengan sempurna) dan mereka di dunia tidak akan dirugikan.
Itulah orang-orang yang tidak memperoleh (sesuatu) di akhirat kecuali neraka, dan sia-sialah di sana apa yang mereka usahakan (di dunia) dan terhapuslah apa yang telah mereka kerjakan." (Surah Huud, 11: 15-16)
Sebagai contohnya, wanita yang suka berhias-hias sewaktu kat dunia. Pakai baju ketat-ketat. Pakai mekap tebal-tebal. Suara sengaja dilunakkan bila bercakap. Tujuannya supaya ramai lelaki tertarik kepadanya (kot kot lah ada yang boleh dijadikan calon suami). Supaya ramai orang suka. Supaya ramai orang berkenan dan memuji. Yes! Memang kat dunia mereka akan
dapat semua tu. Dapat pujian. Tapi kat akhirat nanti, akan gugurlah semua benda yang mereka
buat kat dunia tu. Jadi zero. Tak dapat apa-apa.
Kadang-kadang kita jeles dengan orang yang bukan Islam. Kenapalah mereka pandai sangat? Selalu dapat result yang gempak-gempak. Sebabnya mudah. Mereka tidak percaya akan kewujudan Allah dan mereka berusaha keras untuk mendapatkan keduniaan. Dan Allah memang akan bagi apa yang mereka harapkan masa di dunia ni. Allah bagi kekayaan dan kejayaan kepada mereka. Tapi, di akhirat nanti mereka tak akan dapat apa-apa. Apa yang telah mereka usahakan masa di dunia tak akan dapat membantu mereka semasa di akhirat nanti.
Al kisah si Abu dan si Minah.
Abu and Minah ni couple yang bahagia (no Couple before kahwin in Islam.oho..). Sesiapa yang pandang pasti akan merasa cemburu. Sebabnya Si Abu ni memang buat
everything untuk si Minah ni. Beli bunga, beli hadiah itu. Beli hadiah ini. Haa,
kiranya macam-macam la yang si Abu ni buat untuk si Minah. Satu hari, Abu
meninggal sebab accident and ada orang jumpa diary dia. Dalam diari tu dia
cakap dia buat semua benda untuk Minah tu sebab dia nak orang tengok dia sebagai BF
yang paling ideal, yang paling hebat. Memang la si Abu ni sayang kat si Minah
tapi tujuan utama dia buat semua benda tu bukan untuk Minah tapi nak orang lain
tengok. Cuba bayangkan perasaan si Minah bila dia baca diary si Abu ni. Mesti dan confirm dia akan sedih kan? Mesti dia akan rasa segala yang Abu buat tu tak memberi erti pun pada dia. Sebabnya Abu bukan buat untuk dia. Tapi untuk dipandang hebat oleh orang lain.
Kiranya macam tu jugak la kita ni. Jika kita buat
sesuatu amal tu bukannya kerana Allah. Kita buat sebab nak orang lain nampak
kita baik. Nampak kita hebat. Tapi, ingatlah, kat akhirat nanti akan gugurlah
semua pahala yang dah kita lakukan dan terbatallah segala pahala. Semua yang kita lakukan akan menjadi tidak bererti. Rugi kan? T_T
Sebab tulah pentingnya kita buat sesuatu perkara tu sebab Allah bukannya sebab benda lain ataupun sebab orang lain. Sesuatu amalan kecil itu boleh menjadi besar kerana niat. Dan boleh jadi juga amalan besar yang dilakukan menjadi kecil di sisi Allah disebabkan niat. Sebabnya sesuatu amalan itu dibalas berdasarkan niat pelakunya.
Jadi bila nak buat sesuatu perkara, niatkanlah kerana Allah. Hatta, untuk makan, mandi, belajar and malah masa bersukan pun. Aikk, macam mana bersukan pun boleh niat kerana Allah? Jawapannya, bila bersukan, badan akan jadi sihat. Bila badan sihat, ibadah kepada Allah pun akan dapat dilakukan dengan lebih sempurna :)
Jadi berniatlah kerana Allah. Dan sentiasalah perbaharui niat andainya niat sudah sedikit terpesong. Kita tidak akan rugi andai segala-galanya adalah demi Allah.
No comments:
Post a Comment