Apa khabar imanmu hari ini? Sihatkah atau sakitkah? Apa keadaan hatimu hari ini? Tenangkah atau kusutkah?
Heart stop sign. Recharge!
Alhamdulillah kalau semuanya baik :)
Tapi kalau anda merasakan iman anda sedang berkurang dan hati terasa amat kusut. Jom tanya diri kita:
1. Bilakah kali terakhir kita sujud kepada Tuhan yang satu?
2. Bilakah kali terakhir kita membaca al-Quran?
Tapi kalau anda merasakan iman anda sedang berkurang dan hati terasa amat kusut. Jom tanya diri kita:
1. Bilakah kali terakhir kita sujud kepada Tuhan yang satu?
2. Bilakah kali terakhir kita membaca al-Quran?
3. Bilakah kali terakhir kita menitiskan air mata kerana memikirkan dosa-dosa yang sudah dilakukan?
4. Bagaimana hubungan kita dengan parents? Bila kali terakhir kita menghubungi dan bertanyakan khabar mereka?
5. Adakah lidah kita ada menuturkan kata-kata yang menyakitkan hati orang lain? Tersinggungkah mereka?
6. Sudahkan amalan kebaikan dilakukan dengan konsisten?
7. Adakah mulut kita basah dengan zikrullah?
8. Masih banyakkah amalan jahiliyyah yang dilakukan?
9. Adakah dosa dan maksiat ditinggalkan? Ataupun masih lagi sebati dalam diri?
10. Adakah masih ada amanah yang belum dilaksanakan?
Hati itu mula menjadi kusut dan tidak tenang apabila kita mula menjauhkan diri daripada Allah. Apabila jauh dari Allah, kita akan mula merasa tidak takut untuk melakukan dosa. Biasanya dimulakan dengan dosa-dosa kecil. Apabila telah selalu sangat melakukan dosa kecil, kita tidak akan merasa takut lagi untuk melakukan dosa besar. Na'uzubillah. Mungkin kita kurang cakna dan kurang faham kenapa hati kita tidak tenang. Sebenarnya dosa itulah yang menghijab kita daripada mendapat ketenangan.
Jadi, untuk menghalang diri kita daripada melakukan dosa,kita hendaklah sentiasa mengingati dan mendekatkan diri kepada Allah :)
"Orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan zikrullah. Ingatlah hanya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenteram." (Surah Ar-Ra'du: 28)
Mari muhasabah diri. Jom Jom.. ^^
No comments:
Post a Comment