Friday, March 16, 2012

Say bye-bye to Jahiliyah.

Bismillahirrahmanirrahim..



Semalam dalam bulatan gembira kami, kakak usrah ada menyebut tentang dua golongan da'ie yang wujud. Sebelum itu, kami membincangkan tentang sifat-sifat jahiliyah yang masih ada dalam diri seorang dai'e.


Hmm.. rupanya masih terlalu banyak sebenarnya jahiliyah yang masih dilakukan walaupun diri mengaku sebagai seorang da'ie. Yang mahu mengajak manusia lain kepada Allah.

Sebelum saya membincangkan dua golongan da'ie ni, kita selusuri dulu apakah perbuatan-perbuatan jahiliyah yang kita sering lakukan. Dan sudah menjadi agak sebati dengan diri kita.

Antaranya ialah:

-Tidak menjaga ikhtilat antara lelaki dan wanita. Ber'sms' untuk benda yang tidak penting.
- Movie marathon apabila exam berakhir.
- Bermain video game berjam-jam lamanya.
- Sangat rajin membaca dan membeli komik-komik yang lagho. Dan novel-novel
- Facebook, Yahoo Messenger, Skype, Twitter digunakan untuk berinteraksi dengan yang berlainan jantina.

And many more. Just name it. We know ourselves better rite?

Mungkin ada yang menyangka para da'ie ni hanyalah orang yang berjubah, bertudung labuh dan berserban sahaja. Para ustaz dan ustazah.Tetapi sebenarnya da'ie ini adalah kita semua. Yes, kita. Yang mengaku bahawa Allah itu satu dan Nabi Muhammad itu adalah pesuruhNya. Cuma kadang-kadang, tak semua orang sedar bahawa mereka adalah seorang da'ie dan mempunyai tanggungjawab untuk sama-sama menyebarkan risalah Islam ni.

Baiklah now, we proceed kepada dua golongan da'ie tadi.


Yang pertama, golongan daie yang bermujahadah untuk meninggalkan jahiliyah dalam dirinya.

Yang kedua, golongan da'ie yang merasakan benda jahiliyah yang dia lakukan tu tidak membawa masalah bagi dirinya.



GOLONGAN PERTAMA.
Bagi golongan yang pertama ni, mereka sedar bahawa perbuatan jahiliyah yang mereka lakukan boleh merosakkan amal mereka. Membantutkan hasrat mereka untuk menjadi da'ie untuk menyebarkan kebenaran dan kebaikan kepada orang lain. Dan juga supaya perasaan macam ni dalam diri tidak muncul apabila cuba mengajak orang lain meninggalkan perkara yang Allah larang. "Hmm, aku pun buat jugak benda ni. Macam mana nak ajak orang lain tinggalkan sedangkan aku pun masih buat benda ni?" 

Jadi dengan meninggalkan perbuatan-perbuatan ini, mereka boleh mengajak orang lain kepada Allah dengan lebih yakin dan tanpa perlu ragu-ragu.

Memang, saya akui bermujahadah itu tidak mudah. Tidak senang. Memang sangat susah untuk melawan hawa nafsu yang ada dalam diri. Kadang-kadang kita tewas dengan hawa nafsu sendiri. Memang jalan mujahadah ini penuh dengan onak dan duri. Sakit, perit, air mata dan pengorbanan memang menjadi sahabat setia bagi orang yang sedang bermujahadah ni. Memang tak ramai yang sanggup melalui jalan ini. Tapi kan, Allah ada cakap dalam Al-Quran:

"Dan barangsiapa yang benar-benar berjuang di jalan kami, nescaya kami berikan pimpinan. Allah sentiasa bersama orang yang melakukan kebaikan." (Surah Al-Ankabut, 29:69)

Jadi yakinlah dengan janji Allah. Mungkin kat dunia ni kita tidak nampak hasilnya hasil daripada mujahadah kita di dunia ini. Tapi ingatlah Allah mengira setiap usaha yang kita lakukan untuk meninggalkan perkara-perkara jahiliyah ini.

"Maka, barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarah, nescaya dia akan melihat (balasan)nya." (Surah Az-Zalzalah, 99: 7)

Jadi, belajarlah untuk berkata tidak untuk perkara-perkara jahiliyah ini. Hapuskan semua karat-karat jahiliyah yang masih membaluti dan membelenggu diri. Ayuh! Startlah hapuskanlah jahiliyah bermula hari ini.

GOLONGAN KEDUA.
Bagi golongan yang kedua pula, para da'ie ini sudah terbiasa melakukan perbuatan-perbuatan jahiliyah ini. Dan sebab itulah mereka merasakan tiada masalah sekiranya mereka berdakwah tapi dalam masa yang sama masih lagi melakukan perbuatan jahiliyah. Mereka tidak sedar bahawa amalan jahiliyah ini boleh merosakkan amal mereka. 

Golongan ini biasanya apabila keputusan exam mereka jatuh atau merosot, mereka akan menjadikan masa yang dilakukan untuk berdakwah menjadi sebab keputusan mereka jatuh. Sedangkan mereka tidak pernah terfikir atau menyalahkan masa yang digunakan untuk melakukan perbuatan jahiliyah itulah yang sebenarnya menyebabkan mereka jatuh.

Lagipun, bagaimana mungkin kita mampu mengajak orang kepada Allah dengan hati yang tenang sedangkan diri kita masih dipenuhi dengan sifat-sifat jahiliyah ini?


“Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya, dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmu-Nya dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya? Maka siapakah yang akan memberinya petunjuk sesudah Allah (membiarkannya sesat). Maka mengapa kamu tidak mengambil pelajaran (Surah Al-Jatsiyah, 45: 23)

Jadi wahai da'ie, bangkitlah. Jangan jadikan hawa nafsu sebagai raja dalam dirimu. Berusahalah untuk menjadi golongan yang pertama dan bermujahadahlah meninggalkan semua kenikmatan palsu itu. Ayuh, sama-sama kita muhasabah diri. And say bye-bye to jahiliyah! Fighting!

"Katakanlah (Muhammad), "Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan yakin, Maha suci Allah, dan aku tidak termasuk orang-orang yang musyrik." (Surah Yusuf, 12: 108)
Saya akhiri entry ni dengan satu video. Jom tonton and ambillah ibrah daripada video ni.

Credit to pembuat vid ni :)

No comments:

Post a Comment