"Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. Kemudian apabila engkau telah selesai dari sesuatu amal soleh maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha mengerjakan amal soleh yang lain."
(94:5-7)
Sometimes we find its quite difficult to develop khusyoo' in our solah right? Hopefully these few tips may help us to increase and develop khusyoo' in our daily solah.
1. Jangan menyekutukan Allah. Sesungguhnya mempersekutukan Allah adalah benar-benar kezaliman yang besar.
2. Berbuat baiklah kepada kedua orang tuamu selagi mana tidak melanggar syariat Allah. Sekiranya mereka memaksamu mempersekutukan Allah maka janganlah ditaati perintah mereka.
3. Perbezaan agama antara anak dan ibu bapa tidak menghalang si anak daripada berbuat baik kepada kedua-dua orang tuanya.
4. Setiap perbuatan akan dihitung dan diberi balasan oleh Allah walau kebaikan atau keburukan yang dilakukan hanyalah seberat biji sawi.
5. Laksanakanlah solat.
6. Suruhlah manusia berbuat yang makruf dan cegahlah mereka daripada berbuat kemungkaran.
7. Bersabarlah terhadap apa yang menimpa dirimu.
8. Janganlah memalingkan wajah dari manusia (kerana sombong).
9. Jangan berjalan di muka bumi dengan angkuh.
10. Bersederhanalah dalam berjalan dan lunakkanlah suaramu. Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai.
It has been awhile since I last updated my blog. Quite busy dengan pindah ke rumah baru and rumah baru belum ada internet connection masa tu. Alhamdulillah, hari ni dah dapat Internet connection.
Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. ^_^
So, today nothing much. I just wanna give a few quizzes and of course with the answers.
Moga-moga dengan quiz ni ilmu kita akan lagi bertambah. In Sha Allah.
1. While in the prison, who were the two new prisoners whom Prophet Yusuf as met?
A royal baker and a royal butler (Surah Yusuf, 12: 36-41)
2. The Quran was revealed in which month?
Ramadhan (Surah al-Baqarah, 2: 185)
3. Where is al-Hudaybiyyah located? What does the Quran say about the peace treaty of al-Hudaybiyyah?
Nine miles away from Makkah. The Quran says that the peace treaty of al-Hudaybiyyah was manifest victory (Surah al-Fath, 48:1)
4. Who was the father of Prophet Yaqub or Jacob as?
Prophet Ishaq or Isaac as (Surah al-Baqarah, 2: 133)
5. The Quran is also known as an-Nadhir. What is its meaning?
The Warner.
6. Who are Kiraman Katibin?
The angels who note our deeds (Surah al-Infitar, 82:11)
7. What Beautiful name of Allah signifies His attribute, 'The Irresistable'?
Al-Jabbar (Surah al-Hashr, 59: 23)
8. What was the name of the father of Maryam, the mother of the Prophet Isa as?
'Imran (Sural Aal 'Imran, 3: 35-36)
9. Which Surah of the Quran does not start with Bismillah?
Surah at-Tawbah,9
10. Who were called Ashab al-Kahf?
The companion of the cave whom Allah caused to sleep for number of years (Surah al-Kahf, 18)
Saya nak share antara faktor-faktor yang dapat membantu kita untuk bangun Qiyam di malam hari (Qiyamul lail):
[kredit]
1. Tidak melakukan maksiat di siang hari. 2. Selalu berwirid. 3. Bertekad untuk bangun di malam hari untuk Qiyam. 4. Tidak berjaga hingga lewat malam. 5. Tidur sekejap di waktu siang.
Semoga kita sama-sama dapat praktiskan bangun di malam hari untuk beribadah kepadaNya. In Sha Allah.. ^_^
Dah masuk 1 Muharram. Semoga tahun baru yang bakal ditempuhi mendapat keredhaan Allah dan lebih baik daripada tahun lepas. Aamiin.
Biasanya, apabila masuk tahun baru pastinya semua orang ingin start anew lebih-lebih lagi apabila merasakan mereka banyak melakukan kesilapan dan dosa pada tahun yang lepas. In Sha Allah, Dia akan permudahkan urusan kita asalkan kita betul-betul ikhlas.
Tahun baru is a good start for us untuk berubah ke arah yang lebih baik. Ini tidaklah bermaksud bila tahun baru, barulah kena berubah. Tidak. Perubahan ke arah kebaikan ini perlu sentiasa dilakukan dari hari ke hari. Sedikit demi sedikit dan perlu berterusan. Bukannya cuma pada hari-hari yang tertentu.
Yang paling penting adalah niat kita untuk berubah adalah kerana Allah. Seperti yang dinyatakan dalam satu hadis:
"Sesungguhnya diterima amal perbuatan itu bergantung kepada niatnya, dan sesungguhnya bagi setiap orang mendapat apa yang diniatkannya. Sesiapa yang berhijrah kerana Allah dan Rasul-Nya, dia akan sampai kepada Allah dan Rasul-Nya. Sesiapa yang berhijrah kerana dunia yang akan diperolehinya atau menuju wanita yang hendak dinikahinya, dia kan mendapatkan apa yang diniatkannya."
(Riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, al-Tirmizi, al-Nasa'i, Ibnu Majah dan Ahmad)
Sebab kepada hadis ini adalah kerana seorang lelaki yang mengikut Rasulullah saw berhijrah dari Makkah ke Madinah kerana ingin mengahwini seorang perempuan bernama Ummu Qais. Dia berhijrah tidak untuk mendapatkan pahala hijrah. Dan disebabkan itu dia digelar Muhajir Ummu Qais.
Jadi, apabila kita ingin berhijrah, perbetulkanlah niat hijrah kita ke arah kebaikan adalah semata-mata kerana Allah bukannya sebab lain.
Jom sama-sama kita berhijrah. Berhijrah dari kurang baik kepada baik. Dari yang baik kepada lebih baik.
"Dan barangsiapa berhijrah di jalan Allah, nescaya mereka akan mendapatkan di bumi ini tempat hijrah yang luas dan (rezeki) yang banyak. Barangsiapa keluar dari rumahnya dengan maksud berhijrah kerana Allah dan Rasul-Nya kemudian kematian menimpanya (sebelum sampai ke tempat yang dituju) maka sungguh, pahalanya telah ditetapkan di sisi Allah. Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang."
(Surah An-Nisa', 4: 100)
Sekiranya sebelum ini kita pakai tudung yang agak singkat, labuhkanlah. Sekiranya sebelum ini kita keluar rumah tanpa memakai stokin (bagi wanita), startlah pakai. Sekiranya sebelum ini kita suka bergossip, kurangkanlah dan kalau boleh stop lagilah bagus. Dan banyaklah lagi perkara-perkara kurang elok yang ada dalam diri kita yang boleh kita perbaiki.
Tidak mengapa kalau tidak boleh stop terus. Yang penting kita ada usaha untuk terus berubah ke arah kebaikan.
Saya rasa terpanggil untuk membuat entry ni apabila melihatkan di alam maya terlalu banyak di antara kita yang share gambar atau video. Ahaa.. kadang-kadang saya pun suka share jugak video-video ni. ^^
Yes, post and share gambar/video itu tidak salah apabila kita berada dalam batas-batas syariat-NYA. Yang menjadi satu kesalahan dan satu dosa adalah apabila kita share gambar/video yang tidak cukup syarat-syaratNya.
Yang saya maksudkan dengan tidak cukup syarat-syaratNya adalah apabila kita post gambar/video yang tidak menutup aurat dengan sempurna. Even kalau tutup aurat tapi tidak sempurna juga tidak boleh. Contohnya pakai tudung and cover every parts of the body that should be covered tapi pakaian yang dipakai tu masih menampakkan bentuk tubuh and jarang. Tetap tak boleh.
Saya yakin dan pasti, semua orang tahu batas-batas aurat yang perlu di cover. Allah ada berfirman dalam Al-Quran:
"Dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya) kecuali yang (biasa) terlihat. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya."
(Surah An-Nur, 24: 31)
Dan ini bukanlah bermaksud hanya perempuan sahaja yang wajib menjaga batas-batas aurat mereka. Lelaki juga perlu menjaga batas-batas aurat mereka.
Mungkin ramai di antara kita yang particular tentang aurat sendiri. Tapi kadang-kadang mereka lupa bahawa mereka juga perlu menjaga aurat orang lain. Lebih -lebih lagi dengan teknologi yang sangat advance pada zaman sekarang yang membolehkan satu gambar yang dipost dilihat oleh ramai orang. Tersangat ramai sebenarnya. Lebih-lebih lagi apabila ada orang yang share gambar/video itu di facebook. Dan tahu-tahu sajalah facebook merupakan satu medium yang sangat cepat berlakunya penyebaran-penyebaran ni. Sangat pantas.
Please, jagalah aurat kita dan juga aurat kawan-kawan kita atau ahli keluarga kita apabila kita di alam maya. Nampak tersangat simple and kecil. Satu gambar je kan. Tapi, sebenarnya gambar itulah yang akan memberi dosa yang tidak putus-putus apabila dalam gambar/video, seseorang itu tidak menutup aurat dengan sempurna.
Mungkin ada di antara kita yang tidak kisah sekiranya gambar mereka yang tidak menutup aurat dengan sempurna di post or di share di alam maya. Tapi, please jangan share. Kita mesti sangat sayangkan ahli keluarga dan kawan-kawan kita kan. Dan apabila sayang, mesti kita nak masuk syurga bersama-sama dengan mereka kan? :)
Dan saya ingin kongsikanlah adab-adab sebelum share gambar/video di alam maya ni.
1. Firstly, check niat. Kenapa nak post gambar. Adakah untuk orang lain memuji-muji kecantikan kita? Atau sebab lain? Sekiranya kita rasa niat kita post gambar untuk dapatkan penghargaan/pujian daripada orang lain seeloknya janganlah di share gambar tersebut.
2. Bagi wanita, seeloknya kalau nak post gambar mereka, janganlah terlalu besar gambar tersebut. Takut mengundang fitnah. Sebolehnya, biar lah kecil sahaja size gambar tu.
3. Please check and check aurat diri sendiri dan juga aurat orang lain dalam gambar/video tersebut. Apabila sudah yakin 100% semua aurat sudah dicover, barulah post gambar/video tersebut.
4. Pastikan juga gambar yang dipost tidak mempunyai posing-posing yang agak keterlaluan yang boleh menjatuhkan maruah diri sendiri ataupun maruah orang lain.
5. Bagi wanita to be safe; customize la siapa yang boleh lihat gambar yang anda post itu. It's better kalau kita hanya bagi kawan-kawan yang sama jantina sahaja yang boleh lihat gambar kita.
Lets help each other to enter Jannah. Yes, sharing is caring. But if we share something that can bring us to the Hell fire. Its not caring at all!
Saya rindu budak ni. Rindu sangat-sangat. Nama dia Aser. He's not my child but i love him. Usia dia dalam lingkungan satu tahun camtu kot.
Last week, saya menjadi babysitter kepada dia for 3 days. Even cuma jaga dia selama 3 hari tapi perasaan sayang tu dah ada. Tak tahu la bila lagi ada kesempatan untuk jumpa dia. Next year in sha Allah. I really hope that i can meet him again. ^^
Bila jaga baby ni, barulah tahu susah payah parents jaga kita semasa kecil dulu. Macam-macam ragam. Asyik nak dukung.Tak nak duduk diam. Suka main-main. Asyik nak makan. Dan macam-macam lagi.
Sebab tu lah ada orang cakap, kita akan lebih menghargai pengorbanan ibu bapa kita bila dah ada anak sendiri. Macam mana kita sayangkan dan kasihkan anak kita, macam tu lah diorang sayangkan kita semasa kita kecil dulu. Haa, sampai sekarang pun kasih sayang diorang tetap tak berubah even kita dah dewasa. Kan kan? ^^
Saya suka bila budak ni panggil 'maa maa' (ahaa.. perasan kat situ :p). Tapi, the feeling bila dia panggil macam tu, memang rasa macam ibu dia. Haa, bajet betul :p
Takpe la. Praktis praktis sebelum jadi ibu sebenar. Hee..
Comel kan budak kecik ni. Saya suka tengok dia senyum dan ketawa. Sebab bila dia senyum and ketawa saya pun tumpang senyum and ketawa sekali. :) Bila tengok baby ni, perasaan sedih pun boleh terubat.
Ni gambar dia tengah makan. Comot. :p
Okay. I just miss him soo much. Jadi, terciptalah entry ni. hihi..
Pertama kali saya melihat gambar ini, terdetik di hati, "Hmm.. bestnya kalau ada family macam ni satu hari nanti."
Err..
Saya pasti, most of us juga mempunyai fikiran yang sama dengan saya. Semua orang pastinya menginginkan pasangan hidup yang mampu membimbing diri semakin dekat dengan Allah dan sekaligus memimpin tangan kita menuju ke syurga-Nya. Dan ada anak-anak yang comel-comel bagi menyerikan lagi rumah tangga yang dibina. Kan?
Sudah menjadi fitrah manusia,apabila semakin menginjak usia (lebih-lebih lagi di usia 20-an) keinginan untuk disayangi dan dicintai oleh yang berlainan jantina akan wujud dalam diri. Memang sudah menjadi fitrah. Tanyalah sesiapa pun, manusia yang normal pasti mempunyai naluri sebegini. Ianya tidak salah.Yang menjadi salah adalah apabila mereka mula mengambil jalan-jalan yang salah untuk disayangi dan dicintai. Dan bagi mengelakkan hal yang tidak elok terjadi, Islam sudah memberikan garis panduan dalam hal sebegini iaitu dengan menikah.
Menikah. Sounds easy kan? Tapi, ketahuilah ada tanggungjawab yang besar yang bakal digalas selepas akad nikah. Bernikah bukanlah sekadar untuk memenuhi keperluan nafsu semata-mata. Ianya lebih daripada itu.
Tujuan pernikahanitu sendiri adalah untukmembina ummah. Yes, membina ummah. Generasi yang bakal dilahirkan itulah yang bakal menjadi mata rantai perjuangan Islam. Generasi yang bakal menggantikan kita. Yang bakal meneruskan kerja-kerja dakwah ini. Jadi pernikahan ini bukanlah semata-mata untuk suka-suka dan berseronok semata-mata. Kita bernikah untuk meramaikan lagi rantai mata perjuangan Islam supaya Islam akan terus tersebar dan subur di bumi ini. Disebabkan itulah pentingnya untuk kita mempersiapkan diri sebelum melangkah ke alam pernikahan ini.
Bagaimana untuk mempersiapkan diri?
Ramai di antara kita yang mengimpikan untuk mendapatkan pasangan yang soleh/solehah dengan harapan mereka akan membimbing kita ke arah syurga-Nya. Yes, tidak salah kita mengimpikan untuk mendapat pasangan seperti itu. Even saya sendiri pun mengimpikan seorang bakal suami yang soleh dan beriman yang akan membawa saya semakin dekat dengan Allah dan syurga-Nya.
Cumanya ada yang terlalu asyik berangan-angan untuk mendapatkan yang soleh/solehah ini sampaikan terlupa untuk mempersiapkan diri sendiri.
Ada yang menyangka tidak mengapa kalau mereka tidak cukup soleh/solehah asalkan pasangan mereka itu sudah soleh/solehah. Nanti apabila sudah berkahwin pasangan mereka itu boleh membantu mereka berubah.
Apa jaminan bahawa mereka akan berubah apabila sudah berkahwin? Saya tidak mengatakan bahawa mustahil untuk berubah. Tak, tak mustahil. Kemungkinan tu ada. Tapi,apa yang saya cuba tekankan di sini adalah, apabila kita ingin melangkah ke arah seterusnya, daripada individu Muslim kepada Baitul Muslim kita seharusnya lebih bersedia. It is unfair kalau kita hanya mengharapkan pihak yang satu lagi untuk membimbing kita.Sedangkan kita tiada usaha untuk memperbaiki diri kita ke arah yang lebih baik.
Oleh itu, perbaiki diri kita sendiri terlebih dahulu sebelum melangkah ke alam pernikahan ini. Penuhi ilmu di dada terutamanya dengan ilmu rumah tangga.Dan ilmu agama juga sudah semestinya.Ia memainkan peranan yang sangat penting dalam kehidupan berumah tangga. Mengapa saya katakan begitu? Sebabnya apabila adanya iman dalam diri masing-masing, sekiranya ada masalah yang melanda rumah tangga, mereka tidak akan mudah melatah. Tidak akan terburu-buru dalam membuat keputusan. Dan ilmu agama juga menjadi teras utama untuk mendidik anak-anak yang bakal lahir nanti. Sebabnya tujuan perkahwinan itu sendiri adalah untuk membina ummah.
Ummah yang bermutu dan berkualiti bermula daripada ajaran ibu bapa. Ibu bapalah yang mencorakkan anak-anak mereka. Anak-anak diibaratkan kain putih.Terpulang kepada ibu bapa bagaimana mahu mencorakkan kehidupan anak-anak mereka. Andai baik corakannya, maka baiklah anak itu. Andainya buruk, maka buruklah anak itu. The choice is in the parents hands. Haa, kita lah tu nanti :)
Dan banyakkanlah bergaul dengan orang tua-tua. Mereka lebih banyak pengalaman dalam hal ini. Ambillah yang mana bermanfaat untuk dijadikan contoh.
Jadi, sebelum melangkah ke peringkat yang seterusnya (Baitul Muslim), persiapkanlah dirimu.
Dan ingin juga saya katakan, kadang-kadang kita sangat excited and rasa nak menikah apabila melihat gambar-gambar sweet pasangan menikah yang diupload di facebook terutamanya. Jangan dilihat pada ke'sweet'an gambar-gambar itu sahaja. Lihatlah sesuatu yang lebih besar di sebalik gambar-gambar itu. Fikirkanlah tanggungjawab yang bakal digalas selepas bergelar suami atau isteri nanti.
Pada hari raya yang lalu (err dah few months ago), saya pulang beraya ke Malaysia walaupun saya tiba di
Malaysia pada hari raya yang keempat. Alhamdulillah, suasana berhari raya masih
lagi terasa. Sudah 3 tahun tidak beraya di Malaysia dan Alhamdulillah tahun ini
Allah izinkan saya untuk turut sama beraya di Malaysia bersama-sama keluarga
tercinta. Dan saya juga berasa gembira kerana dapat bertemu dengan
sahabat-sahabat saya.
Semasa di Malaysia, saya juga
sempat bermalam di rumah salah seorang sahabat baik saya. Gathering of
Fantastic Four (err.. ni nama yang kami berikan). Sepatutnya kami berempat tapi
seorang lagi berada di New Zealand, jadi kami hanya bertiga ketika itu. Ala-ala
pillow talk la konon-kononnya. Dan
pada malam itu, sahabat saya Cik Kira namaya bertanya,
“Korang rasa apa yang
menyebabkan kita (Fantastic Four)
menjadi rapat? And sejak bila kita menjadi rapat ek?”
Haa, macam-macam la jawapan yang
keluar masa tu. Dan akhirnya dia berkata,
“Cuba check 8:63”.
Saya pun mengambil tafsir
Al-Quran dan membaca ayat itu.
“dan Dia (Allah) yang mempersatukan hati mereka (orang yang beriman).
Walaupun kamu menginfakkan semua (kekayaan) yang berada di bumi, nescaya kamu
tidak dapat mempersatukan hati mereka, tetapi Allah telah mempersatukan hati
mereka. Sungguh, Dia Maha Perkasa, Maha Bijaksana.” (Surah Al-Anfal, 8:63)
Tersangatlah betul. Hanya iman
kepada Allah yang mampu mempersatukan hati-hati kita. Dulu semasa di sekolah
menengah, kami tidaklah serapat sekarang. Masing-masing mempunyai group
masing-masing. Kami jarang bersua dan bercakap. Tapi, apabila tamat
persekolahan kami mula menjadi rapat. Dua orang belajar di New Zealand (seorang dah balik Malaysia for good),
seorang di Malaysia dan seorang lagi di Australia. Saya pun sudah lupa
bagaimana kami boleh menjadi serapat ini, tapi betullah seperti firman Allah,
Dialah yang mempersatukan hati-hati kami. Alhamdulillah, sekarang semua orang
sedang berusaha memperbaiki diri masing-masing untuk menjadi insan yang
diredhai Allah.
Semoga persahabatan kami tetap
utuh dan kekal sampai ke syurga. Aamiin.
“Ya Allah, Engkau mengetahui
bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi-Mu, bertemu untuk
mematuhi (perintah) Mu, bersatu memikul beban dakwah Mu. Hati-hati ini telah
mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariat Mu, maka eratkanlah
Ya Allah akan ikatannya. Kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini.
Tunjukkanlah kepada hati-hati ini akan jalan Nya (yang sebenar). Penuhkan
(piala) hati ini dengan cahaya Rabbani Mu yang tidak kunjung malap. Lapangkan
hati-hati ini dengan limpaha iman dan keindahan tawakal kepada Mu. Hidup
suburkanlah hati-hati ini dengan ma’rifat (pengetahuan sebenar) tentang
Mu. Jika Engkau mentakdirkan mati, maka
matikanlah pemilik hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agama Mu.
Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong.
Ya Allah, restuilah dan
sejahterakanlah junjungan kami Nabi Muhammad saw, keluarga dan para sahabat
Baginda semuanya. Amiin.”
Saya suka sangat dengar lagu 'Mukmin Sejati' nyanyian Ustaz Amal. Kawan saya cakap lagu ni dah lama. Sejak sekolah tadika lagi. Yang membawa maksud dah lama sangat lagu ni sebab now umur dia dah pun 23 tahun (err.. sama la dengan saya). Tapi, saya baru je jumpa lagu ni. Takpelah terlambat sikit jumpa lagu yang best ni. Better late than never kan? (Tak tahulah sesuai ke tak guna ayat ni kat sini.hee.. )
Sejak kali pertama dengar saya terus jatuh hati dengan lagu ni sebab lirik dia sangat best. Jom kita dengar sama-sama. Moga korang pun suka dan boleh ambil pengajaran di sebalik lagu ni.. ^_^
Suatu hari, Ali bin Abi Thalib ra melihat ‘Ady bin Hatim ra bermuram durja, maka Ali bertanya: “Mengapa engkau nampak bersedih hati?” ‘Ady menjawab: “ Bagaimana aku tidak sedih, sedangkan dua anakku terbunuh dan mataku terkeluar daripada pertempuran.” Maka Ali berkata: “Wahai ‘Ady, barangsiapa yang redha terhadap takdir Allah, maka takdir itu tetap berlaku atasnya dan ia mendapat pahalaNya dan barangsiapa tidak redha terhadap takdirNya, maka hal itu pun tetap berlaku atasnya, dan terhapuslah amalnya.
Kisah Dua
Suatu hari Abu Darda’ menziarahi sebuah keluarga yang anggotanya meninggal dunia. Namun kelurga yang ditinggalkan tetap tabah dan memuji Allah swt. Maka Abu Darda’ berkata kepada mereka: “Engkau memang benar, sesungguhnya Allah apabila memutuskan suatu perkara, maka Dia senang jika takdirNya itu diredhai.”
Dua kisah di atas saya ambil daripada buku yang bertajuk “ Penawar dan Penyucian Jiwa”. Kedua-dua kisah ini menceritakan tentang redha. Dan dari kisah-kisah ini, kita mengetahui betapa pentingnya untuk redha dengan apa yang telah terjadi atau menimpa kita.
Redha itu adalah apabila kita berlapang dada dan jiwa dalam menerima takdir dan ketentuan daripada Allah.
Kadang-kadang apabila kita ditimpa sesuatu musibah, amat sukar untuk redha kan? Mungkin di mulut kita cakap redha, tapi bagaimana pula di hati?
Orang yang redha dengan ketentuan Allah akan mencari-cari hikmah di sebalik apa yang telah terjadi. Dia tidak akan menyalahkan takdir. Sebab dia tahu apa yang terjadi adalah yang terbaik untuk dirinya. Memang tidak mudah untuk redha dengan apa yang terjadi lebih-lebih lagi sekiranya apa yang terjadi itu telalu pahit untuk ditelan dan ditempuhi. Tapi walau apapun, kita kena yakin bahawa Allah itu tidak pernah menzalimi hamba-hambaNya. Apa yang terjadi di kala itu, itulah yang terbaik untuk hidup kita. Mungkin ketika ini, kita tidak nampak apa kebaikannya tapi percayalah suatu hari nanti kita akan bersyukur kerana diberikan ujian itu.
Apa yang paling penting adalah cara kita berfikir dan menerima ujian daripada Allah itu. Berfikirlah secara positif dan terimalah apa yang telah terjadi secara positif. Barulah ianya tidak akan terasa terlalu berat. Lagipun Allah tidak akan menguji di luar kemampuan kita. Sebab Allah tahu kita mampulah, barulah kita diuji. Jadi redhalah dan terimalah dengan hati yang terbuka. Apa yang telah berlaku, jadikanlah pedoman hidup kita :)
Saya akhiri entry kali ni dengan kata-kata dari Al Hasan Al Basri:
“Barangsiapa yang redha terhadap apa yang sudah menjadi suratan hidupnya, maka jiwanya akan merasa lapang menerima hal itu, dan Allah pun akan memberkatinya. Tetapi, barangsiapa yang tidak redha, maka pandangannya akan menjadi sempit dan Allah juga tidak memberkatinya.”
Nur sedang duduk di balkoni rumahnya sambil matanya yang
redup dan sembap melihat awan. Hatinya tenang begitu. Tenang melihatkan
keindahan awan ciptaan Allah. Nur yang dahulunya seorang gadis yang periang tetapi
kini hanya air mata sahaja yang menjadi teman setianya. Sudah sebulan lebih
keadaan ini berlarutan. Hari-hari yang dilaluinya dirasakan terlalu payah.
Nur baru sahaja berpisah dengan lelaki yang sangat
dicintainya. Perpisahan itu sangat berat dirasakan. Perpisahan yang terjadi
dengan tiba-tiba dan langsung tidak pernah dijangka. Tidak pernah terlintas di
benaknya yang suatu hari nanti kekasih hatinya itu akan melafazkan kata-kata
perpisahan. Tidak tahan menanggung kesedihan, Nur membawa diri ke kampung
halamannya. Dia agak bernasib baik kerana di kala ini, dia sedang bercuti dan
sahabat baiknya ada menemaninya di sisi.
“ Rose, Nur rindu dia
sangat-sangat.”
“Hmm.. Nur rindu Allah
tak?”
Pertanyaan daripada sahabatnya itu membuatkan Nur terus
terdiam. Dia tidak tahu apa yang patut dijawab. Pertanyaan sahabatnya itu
membuatkan dia terus berfikir.
“Allah? Rindukah aku kepada Dia si
Pencipta sebagaimana aku rindukan dia? Allahu Rabbi..”
Air mata terus mengalir laju membasahi pipinya. Benarlah,
selama ini dia terlalu asyik dengan cinta seorang lelaki yang belum tentu
menjadi suaminya hinggakan dia mengabaikan cinta Dia yang satu itu. Sedangkan
apabila cintanya kepada Allah hampir putus, dia tidak merasa sedih seperti itu.
Tapi, demi seorang lelaki sudah terlalu banyak air matanya yang tumpah
membasahi bumi.
“Astaghfirullahal ‘azim..
Astaghfirullahal ‘azim.. Astaghfirullahal ‘azim..”Nur beristighfar di
dalam hati.
“Nur.. Nur cakap dia tak explain kenapa
nak ‘clash’ kan? Kadang-kadang setiap perkara yang terjadi tidak perlukan
penjelasan. Mesti dia ada sebabnya yang tersendiri kenapa dia tinggalkan Nur.
Bersangka baiklah. Mesti dia lakukan ini untuk kebaikan Nur jugak. Nur,
bersedih itu tidak salah tapi jangan terlalu lama. Lagipun Nur, Allah ada
berfirman dalam surah Al-Hadid ayat 22 dan 23:
“Setiap bencana yang
menimpa di bumi dan yang menimpa dirimu sendiri, semuanya telah tertulis dalam
kitab (Lauh Mahfuz) sebelum Kami mewujudkannya. Sungguh yang demikian itu mudah
bagi Allah.
Agar kamu tidak bersedih hati terhadap apa yang luput dari kamu, dan tidak pula
terlalu gembira terhadap apa yang diberikannya kepadamu. Dan Allah tidak
menyukai setiap orang yang sombong dan membanggakan diri.”
“Nur, Allah tak pernah
menzalimi hamba-hambaNya. Cuma hambaNya sendiri yang selalu menzalimi diri
mereka sendiri. Setiap perkara yang terjadi itulah yang terbaik. Sebab Allah
selalu inginkan yang terbaik untuk hamba-hambaNya.”
Nur diam. Sebenarnya dia tahu, banyak hikmah di sebalik atas
perpisahan yang terjadi ini. Cuma hatinya yang menidakkan.
“Nur, redhalah dengan
perpisahan ini. Semuanya telah ditetapkan Allah. Lagipun, Allah rindu untuk
mendengar Nur kembali merintih dan memohon kepada-Nya. Perpisahan ini adalah
ujian untuk Nur. Ujian tu kan tanda
kasih sayang Allah. Rose tahu Nur boleh hadapi semua ni. Nur kan kuat. ” Ujar
Rose sambil melemparkan senyuman manis kepada sahabatnya itu.
“Jazakillah Rose. Memang pahit untuk menelan perpisahan ini. Sakit sangat
rasanya. In Sha Allah, Nur akan cuba.”
“Nur, belajarlah daripada pengalaman ini. Jangan terlalu mudah jatuh cinta dan
memberikan sepenuh kepercayaan kepada seseorang. Sebab manusia ni sikapnya
senang berubah. Hari ni cinta, tapi esok belum tentu lagi. Tapi, kalau kita
cintakan Allah, Dia takkan pernah kecewakan kita. Malah, Dia sentiasa ada
bila-bila masa sahaja untuk kita. Tak pernah jemu mendengar rintihan kita. Dan
Nur, apabila nanti Nur jatuh cinta sekali lagi, make sure dia ialah yang halal
untukmu bukannya yang belum halal untuk Nur. Jangan bazirkan masa dan cintamu
untuk yang tidak berhak ke atas dirimu.
Dan ingatlah wahai sahabat yang kucintai kerana Allah. Janji Allah itu pasti.
Allah ada berfirman dalam surah An-Nur:
“Perempuan-perempuan yang keji untuk laki-laki yang keji dan laki-laki yang
keji untuk perempuan-perempuan yang keji (pula) sedangkan perempuan-perempuan
yang baik untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik untuk
perempuan-perempuan yang baik (pula).”
“Nur, dia yang telah pergi tu memang yang terbaik. Tapi dia terbaik untuk
orang lain bukannya untuk Nur. Sama macam Nur jugak. Nur, jangan terlalu
bersedih. Seandainya memang dia yang Allah ciptakan untuk Nur, In Sha Allah
suatu hari nanti korang akan disatukan dengan ikatan pernikahan. Tapi,
seandainya bukan dia, yakinlah Allah dah sediakan seseorang yang lebih baik
untuk dia dan juga untuk Nur. Allah berikan apa yang kita perlukan bukannya
yang kita mahukan sebab hanya Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.”
“Lagipun Nur,
cita-cita Nur masih belum tercapai kan? Nur cakap nak graduate tahun depan.
Jangan disebabkan seorang lelaki, Nur sanggup musnahkan masa depan dan
cita-cita Nur.”
Nur tersenyum. Sahabat baiknya itu tidak pernah gagal untuk
memujuk hatinya.
“ Rose, uhibbuki
fillah.”
Nur sedar bahawa dia belum lagi mencapai cita-citanya sejak
kecil iaitu menjadi seorang doctor. Dia berjanji kepada dirinya sendiri dan
memastikan bahawa dia akan ‘graduate’ pada tahun hadapan. Dia tidak akan
membiarkan perpisahan itu memusnahkan masa depannya. Lagipun dia sendiri sememangnya tidak mahu
terus-terusan begini. Hanya akan merugikan dirinya sendiri.
“ Dah, jangan
sedih-sedih lagi tau. Tengok mata tu, dah sembap sangat. Nanti mata panda pun
kalah.hehe.. ”
“ Jazakillah Rose.
Sebab selalu ada bila Nur perlukan Rose.”
“ Nur, nilah gunanya
sahabat. Bersama tika bergembira dan tika bersedih. Nur, biarlah ini titisan
air matamu yang terakhir. Rose tak nak tengok Nur menangis lagi disebabkan
seorang lelaki. Air matamu terlalu berharga untuk dititiskan kerana dia. Boleh
janji dengan Rose?”
“ In Sha Allah Rose.”
“ Eh, hari ni ada pasar malam kan? Apa kata kita pergi ke sana? Rose dah lama
mengidam nak makan ayam percik. Boleh Nur temankan Rose?”
“Boleh aja. Nanti dalam pukul 6 petang kita pergi sana. Now dah pukul 5.30
petang. Nur nak bersiap-siap dulu. Nanti kejap lagi kita jumpa ye.”
“Okay.”
“ Nur, semoga dirimu tabah menghadapi tarbiyah daripada Allah ini. Rose dah tak
sanggup tengok Nur menangis lagi. Semoga dirimu bertemu dengan cinta hakiki
yang tidak akan pernah mengecewakan hatimu.”
"(Ingatlah) hari (yang pada waktu itu) Allah mengumpulkan kamu pada hari perhimpunan (untuk dihisab), itulah hari (waktu itu) diperlihatkan segala kesalahan dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan mengerjakan amal soleh nescaya Allah akan menutupi kesalahan-kesalahannya dan memasukkannya ke dalam syurga dan mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Itulah keuntungan yang besar."
(Surah At-Taghabun, 64:9)
Apabila mengingatkan akan dosa-dosa semalam yang pernah dilakukan, terasa menggigil seluruh tubuh badan dan takutnya akan azab Allah yang bakal datang bertimpa. Tidak cukup dengan itu, datangnya perasaan takut dan malu seandainya dosa-dosa hitam yang telah dilakukan yang cuba disembunyikan daripada pengetahuan orang lain dibongkar dan diketahui satu persatu.
[kredit]
Sungguh diri ini malu andainya ibu bapa, kawan-kawan dan semua orang lain mengetahui apa yang telah dilakukan. Mungkin di dunia ini kita mampu menutup dosa-dosa yang telah kita lakukan dengan rapi. Tapi adakah kita lupa bahawa adanya hari akhirat?
Astaghfirullahal 'azim.
Hari kiamat mempunyai berbagai-bagai nama. Dan salah satu daripadanya ialah Hari Perhimpunan.Di mana pada hari itu seluruh umat manusia akan dihimpunkan untuk ditimbang amal-amal yang telah mereka lakukan di dunia dahulu. Pada hari perhimpunan ini, Allah akan menampakkan dan mempertontonkan segala perbuatan-perbuatan yang telah kita lakukan termasuklah dosa-dosa yang cuba kita sembunyikan daripada mata-mata manusia. Tidak ada satu pun yang akan terlepas atau pun boleh di 'skip'
Cuba kita bayangkan, segala dosa-dosa kita dipertontonkan satu demi satu. Alangkah malunya! Dan ianya dipertontonkan di hadapan semua manusia (rasa nak pitam). Sedangkan kalau ada seorang sahaja yang tahu pun kita sudah tidak boleh duduk diam sebab bimbang dan terasa malu. Apatah lagi apabila semua orang tahu apa yang telah kita lakukan.
Sanggupkah kita menanggung malu di akhirat sana? Cuba tanya diri kita (especially bagi saya yang menulis ni), mampu dan sanggup ke kita tanggung malu di sana nanti? Hurmm, mesti tak sanggup kan?
Tapi kan, Allah tu memang Maha Penyayang. Dalam surah At-Taghabun ayat 9 Allah dah menjelaskan dan Allah berjanji kepada orang-orang yang beriman dan melakukan amal soleh bahawa segala kesalahan mereka akan ditutupi dan Allah akan memasukkan mereka ke dalam syurga yang di bawahnya mengalir sungai-sungai. Inilah ganjaran yang diperoleh oleh orang-orang yang beriman kepada-Nya. Inilah sebesar-besar anugerah kepada orang yang beriman. Tidak mahukah kita menjadi golongan ini?
Sudah tentu kita tidak mahu dosa-dosa yang telah kita lakukan sama ada besar atau pun kecil dipertontonkan kepada orang ramai kan? Jadi, marilah sama-sama kita kembali kepadaNya. Malulah apabila hendak melakukan maksiat kerana sedarlah kita sedang diperhatikan. Allah tu sentiasa ada dan memerhatikan setiap apa yang kita lakukan dari sekecil-kecil perkara sampailah kepada sebesar-besar perkara.
Kembalilah menyemai benih-benih iman yang telah mula pudar dalam diri. Cantaslah segala maksiat yang masih membelenggu diri. Marilah kita kembali kepadaNya. Sucikanlah kembali diri dengan taubat. Taubat yang sebenar-benarnya. Titiskanlah air mata keinsafan. Semoga setiap air mata yang gugur kerana takutkan Allah atas segala maksiat yang telah dilakukan bisa menghapus dosa-dosa yang telah dilakukan. Amiin.
Jom sama-sama kite berpimpin tangan ke syurga nak? ^_^
Alhamdulillah, dipertemukan lagi dengan Ramadhan pada tahun ini. Semoga Ramadhan tahun ini akan menjadi lebih baik dari tahun-tahun yang lepas. In Sha Allah ^_^
Semalam, saya menghadiri satu talk yang disampaikan oleh Brother Waseem Radzvi yang juga dikenali sebagai Zakir Naik of Australia dalam kerja dakwah beliau dalam bidang of comparative religion. Dan saya nak share beberapa nasihat yang telah beliau berikan on how to win the 'race' in Ramadhan. So, here are the tips:
1. Jangan sesekali meninggalkan solat 5 waktu dan lakukanlah solat extra di bulan Ramadhan yang mulia ni. Lakukanlah solat terawih. Seperti yang kita sedia maklum, solat terawih hanya boleh dilakukan masa bulan Ramadhan. Hanya sebulan dalam setahun. So, jangan lepaskan peluang ni!
2. Baca Al-Quran. Sekurang-kurangnya cuba untuk khatam satu al-Quran sekali dalam bulan ni. In Sha Allah.
3. Berzikir. Bila-bila masa. It's very simple! Make your heart attach to Him ^_^
4. Bertaubat. Perbanyakkanlah bertaubat di bulan ini walau sesibuk mana pun kita. Try to at least say "Astaghfirullah". Our target is to get all of our sins, forgiven!
5. Lakukan perkara-perkara yang Allah suka dan jauhilah perkara-perkara yang mengundang kemurkaaannya.
The 'race' is on. Are we going to win this Ramadhan? Semoga kita tidak tergolong dalam golongan yang rugi yang sekadar mendapat penat dan dahaga di bulan ini.