Tuesday, January 31, 2012

10 Wasiat Imam Hassan Al-Banna.


Bismillahirrahmanirrahim..

Hari ni saya nak share 10 Wasiat Imam Hassan Al-Banna. Moga kita semua mendapat manfaatnya. InsyaAllah.. :)




1. Apabila saudara mendengar azan, maka bangunlah sembahyang serta merta walau bagaimana keadaan sekalipun.

Nah, yang ni kadang-kadang susah kita nak buat kan. 'Alah, rileks la dulu. Jap agi aku solat lah. Nak habiskan tengok citer ni jap'. Haa, rasanya most of us kalau tengah syok melayan citer2 tak kisahlah citer melayu or citer korea ke, mesti solat akan ditolak ke tepi. Dan kalau tengah syok-syok shopping kat kompleks membeli belah tu, mesti kita akan dahulukan shopping tu dulu kan? Solat pasti akan ditolak ke tepi. Emm, maksud saya bukanlah terus tak solat tapi melewatkan solat.


Sedangkan kita tahu, perkara pertama yang akan dihisab nanti ialah solat. Mungkin ramai yang tidak tahu, tapi mengakhirkan yakni melewat-lewatkan solat ni termasuk dalam dosa besar. Eh, tak percaya? Ni buktinya:

" Maka kecelakaanlah bagi orang yang melakukan solat. Iaitu mereka yang lalai dalam solatnya". (Al Ma'un: 4-5)

Menurut Ibnu Abbas, mereka yang lalai dalam solat itu adalah orang yang mengakhirkan solat dari waktunya.


Jadi, bila azan dah berkumandang cepat-cepatlah bersiap untuk solat. Tinggalkanlah sekejap citer tu. Nanti dah lepas solat, boleh sambung balik. Shoppingg pun sama jugak, cepat-cepatlah cari surau bila dah masuk waktu. Lagipun solat cuma will take about 10 to 15 minutes. Haa, kalau yang solat ekspress tu, 5 minutes pun tak sampai. Tak lama pun. Allah bagi kita 24 jam sehari. Takkan lah kita tak boleh bagi sedikit masa kita untuk sembah Dia kan? Jadi lah hamba yang bersyukur. Solat lah di awal waktu :)


2. Bacalah al-Quran, atau tatapilah buku-buku, atau pergilah mendengar perkara-perkara yang baik ataupun amalkanlah zikrullah, dan janganlah sama sekali saudara membuang masa walau sedikit pun dalam perkara yang tidak berfaedah.


As we all know, al-Quran is healing to our heart. Bila kita sedih or susah hati Allah pujuk kita dengan kata-kataNya dalam Quran. Dalam al-Quran jugk Allah juga dah bagitau banyak khabar gembira kepada orang-orang beriman. Nikmat syurga. Dan juga azab neraka kepada orang yang melanggar perintahNya. Jadi, selalu lah baca al-Quran sebagai ubat hati. Janganlah al-Quran hanya dijadikan sebagai hantaran perkahwinan tapi tidak pernah disentuh dan dibuka. Menangis lah sekiranya adanya habuk-habuk kat pages Quran tu. Itu tandanya sudah lama kamu tidak membuka Al-Quran!

Dan janganlah kita membuang masa melakukan benda-benda yang tak berfaedah. Main games sampai berjam-jam lamanya. Tengok drama korea or jepun sampai tidak tidur malam. Berhibur tu boleh, tapi berpada-padalah. Dan Allah pun dah janjikan syurga Firdaus ntuk orang-orang yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia. Kalau tak percaya, boleh rujuk surah al-Mu'minuun ayat 1-10 :)


3. Berusahalah seberapa daya upaya untuk bertutur dalam Bahasa Arab yang betul; kerana Bahasa Arab yang betul (itu, adalah satu-satunya syiar Islam).


Bak kata naqibah saya, ayat-ayat al-Quran ni 3D. Saya bagi satu contoh:
"Sesungguhnya orang-orang yang beriman adalah apabila disebut nama Allah gementar hatinya dan apabila dibacakan ayat-ayatNya kepada mereka bertambah (kuat) imannya dan hanya kepada Tuhan mereka bertawakkal". (Al-Anfal: 8)

Saya nak tekankan pasal perkataan wujilat = gementar dalam ayat ni. Kalau baca secara 'general'nya mesti kita ingat gementar yang biasa-biasa tu. Tapi kat sini, naqibah saya explain, wujilat tu perasaan macam bila kite rasa macam sangat excited bila kita jumpa orang yang paling kita suka. Ehem ehem. Haa.. dia lah. Perasaan yang macam tu lah yang kita patut rasa bila dengar orang baca Quran. Even saya sendiri pun masih tak mampu nak rasa macam tu. Sigh. Ni lah, nak cakap al-Quran tu memang 3D. 


Bagi kita-kita (including me) yang tak berapa fasih bahasa Arab ni, ni lah kepentingan kita belajar bahasa Arab. So, that kita faham maksud sebenar perkataan dalam Al- Quran. Lagipun, lagi mudah nak hafaz ayat-ayat dalam al-Quran if kita faham makna dia. Kan? Jadi, meh sama-sama kita belajar bahasa Arab ni. Yang ada kawan-kawan yang study kat Egypt tu, boleh la mintak diorang tolong ajarkan kita ni. Dan yang pandai bahasa Arab tu ajar-ajar lah kami yang tak berapa nak pandai ni. Boleh kan? :D


4. Janganlah banyak bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran kosong itu tidak memberi sebarang apa pun jua kebaikan. 


Betullah kata-kata Imam Hassan Al-Banna ni. Pertengkaran kosong tak akan membawa apa-apa kebaikan. Paling tidak, pertengkaran ni boleh menyebabkan kita bermasam muka dengan kawan-kawan kita. Ye lah. Masing-masing tak nak mengaku kalah. Masing-masing ingat diri sendiri je yang betul. Haa, yang paling teruk, silaturrahim pun boleh terputus. Seandainya kita bertengkar dnegan kawan kita, ambillah jalan yang terbaik. Mendiamkan diri kadang-kadang lebih baik. Biarlah dia menang sekali sekala. Mengalah tak bererti anda kalah ^_^


5.Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.


Ketawa boleh dikatakan sebagai satu ubat. Sesuatu ubat apabila diambil secara berlebihan, akan bertukar menjadi racun. Macam tu jugak lah dengan ketawa ni. Bila terlalu banyak ketawa, sifat serius dalam membut kerja pun boleh hilang. Hati orang yang dipenuhi dengan gelak ketawa juga tidak akan merasakan kemanisan iman kepada Allah. Inilah yang kita tidak mahu berlaku. Kita nak hati yang dekat dengan Allah bukannya jauh dari Allah. Terlalu banyak ketawa boleh menyebabkan hati menjadi keras. Bila hati keras, tendency untuk jauh dari Allah tersangatlah tinggi. Na'udzubillah.


6.Janganlah bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.


Bagi saya, bergurau itu tidak salah. Cuma biarlah berpada-pada. Janganlah berlebihan. Dan kalau nak bergurau tu kenalah ikut tempat dan keadaan. Janganlah bab agama pun nak dijadikan senda gurau. Tak pasal-pasal dapat dosa free. Haish.

7.Janganlah saudara bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh para pendengar kerana percakapan yang nyaring begitu adalah suatu resmi yang sia-sia malah menyakiti hati orang.


Keluarkanlah suara sekadar yang boleh didengari oleh orang. Tak perlu menjerit-jerit bila nak bercakap. Lebih-lebih lagi kalau orang yang mendengarnya tu memang duduk  di sebelah kita je. Cakap lah dengan lemah-lembut, barulah orang terasa selesa nak berbicara dengan kita dan barulah orang tidak terasa hati dengan kita :)

8.Jauhilah daripada mengumpat-ngumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa-apa yang boleh memberi kebajikan.


Ahaa. Jangan mengumpat orang lain. Kita pun tak nak makan daging saudara kita sendiri kan? Diam itu lebih baik sekiranya kata-kata yang kita keluarkan itu sia-sia dan menyakitkan hati orang lain. Mind your words. Bak kata orang dulu-dulu, terlajak perahu boleh diundur.Tapi terlajak kata badan binasa.

9.Berkenal-kenalanlah dengan tiap-tiap saudara Ikhwan Muslimin yang saudara bertemu dengannya sekalipun ia tidak meminta saudara berkenalan; kerana asas gerakan Dakwah kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan.


Apabila  bertemu dengan saudara seIslam kita, bagilah salam dan berkenal-kenalan lah. Saya ada membaca, salah satu tanda akhir zaman adalah apabila kita hanya memberikan salam kepada orang yang dikenali sahaja. * err, macam terkena kat diri sendiri je ni. Dush! Dush! * Tapi inilah realiti yang terjadi pada hari ini. Dunia akhir zaman. Tapi, jangan ini dijadikan alasan untuk tidak memberi salam dan berkenalan dengan Muslim yang lain. Kalau susah sangat, senyum je. Senyum tu kan sedekah ^__^

10.Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita; oleh itu tolonglah saudaramu sendiri tentang cara-cara bagaimana hendak mengguna masa dengan berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri maka ringkaskanlah pelaksanaannya.


Haa, tersangatlah betul. Saya teringat kata-kata seorang blogger yang sangat OSEM. Dia cakap, "Anda tahu umat di luar sana sedang sakit tenat, tapi anda masih punya masa yang banyak untuk main games dan menonton movies?" *Dush dush! Kena lagi* Memang terasa kena kat batang hidung sendiri. Umat sedang sakit tenat, tapi saya masih ada masa nak buat perkara-perkara lagho. Menonton movies, dramas and dengar lagu-lagu lagho. Sedangkan orang lain sudah bergerak maju ke hadapan. Mereka sedang giat dan gigih menyelamatkan orang lain. Ayuh, kita bergerak sekali dengan mereka! Perbaiki diri kita dengan lengkapkan diri dengan ilmu agama dan ajak sekali kawan-kawan kita. Ayuh!


PS: Banyak lagi yang nak kena improve diri sendiri ni. Jom kita jadikan nasihat-nasihat ni sebagai satu panduan hidup kita. Jom :)

FASTABIQUL KHOIRAT :)

Berubahlah! :)


Bismillahirrahmanirrahim...


Kadang kala apabila kita nak buat sesuatu kebaikan, kita rasa yang kita ni tak de lah baik sangat atau bila terkenangkan dosa semalam yang terlalu banyak menyebabkan kita berfikir walau sebanyak mana pun kebaikan yang cuba kita lakukan, tidak akan pernah cukup untuk compensate dosa-dosa kita yang lalu.

Sebenarnya, semua perasaan ni datangnya daripada Syaitan. Sebabnya Allah tu kan Maha Pemurah dan Pengampun. Insya Allah Dia akan ampun jika kita ikhlas minta pengampunan daripada-Nya. Jadi, bila mana kita diserang perasaan sebegini, ingatlah bahawa semua ini hanyalah mainan daripada syaitan. 

Jadi, whenever syaitan mengingatkan kita tentang masa lalu kita yang kelam, mari kita ingatkan dia tentang masa depan dia nanti . Berusahalah untuk memperbaiki diri kita menjadi insan yang lebih baik, tidak kiralah betapa banyak dosa yang telah kita lakukan di masa lalu.


         Berubah ke arah kebaikan itu tidak mudah. Tapi ianya tidak mustahil. Fighting! :)



Monday, January 30, 2012

Hutang Dalam Islam.

 Bismillahirrahmanirrahim..





Pernah tak dalam hidup, kita berhutang dengan orang lain? Mesti pernah kan walaupun sekali. Sama ada dalam jumlah yang kecil atau pun yang besar.


Pada dasarnya, Islam tidak menggalakkan umatnya berhutang dengan orang lain. Hal ini adalah kerana, hutang boleh menimbulkan kerisauan di malam hari dan kehinaan di siang hari. Terasa sukar untuk melelapkan mata di malam hari kerana memikirkan beban hutang yang belum langsai. Siang hari pula menanggung malu bila terpaksa berhadapan dengan si pemberi hutang yang tidak pernah jemu meminta hutang.


Hutang wajib di bayar, walaupun kita hanya berhutang 10 sen dengan orang lain. Hutang tetap hutang! Tak kisah lah berapa jumlahnya. Ianya bukan hak kita. Perlu dikembalikan kepada yang berhak. Sehinggakan harta orang yang sudah meninggal dunia pun perlu ditolakkan hutang-piutang mereka terlebih dulu, sebelum diagihkan kepada waris.


Ingatlah bahawa ayat yang paling panjang dalam Al-Quran ialah mengenai hutang:
Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu menjalankan sesuatu urusan dengan hutang piutang yang diberi tempoh hingga ke suatu masa yang tertentu maka hendaklah kamu menulis (hutang dan masa bayarannya) itu dan hendaklah seorang penulis di antara kamu menulisnya dengan adil (benar) dan janganlah seseorang penulis enggan menulis sebagaimana Allah telah mengajarkannya. Oleh itu, hendaklah ia menulis dan hendaklah orang yang berhutang itu merencanakan (isi surat hutang itu dengan jelas). Dan hendaklah ia bertaqwa kepada Allah Tuhannya, dan janganlah ia mengurangkan sesuatu pun dari hutang itu. Kemudian jika orang yang berhutang itu bodoh atau lemah atau ia sendiri tidak dapat hendak merencanakan (isi itu), maka hendaklah direncanakan oleh walinya dengan adil benar); dan hendaklah kamu mengadakan dua orang saksi lelaki dari kalangan kamu. Kemudian kalau tidak ada saksi dua orang lelaki, maka bolehlah, seorang lelaki dan dua orang perempuan dari orang-orang yang kamu setujui menjadi saksi, supaya jika yang seorang lupa dari saksi-saksi perempuan yang berdua itu maka dapat diingatkan oleh yang seorang lagi. Dan jangan saksi-saksi itu enggan apabila mereka dipanggil menjadi saksi. Dan janganlah kamu jemu menulis perkara hutang yang bertempoh masanya itu, sama ada kecil atau besar jumlahnya. Yang demikian itu, lebih adil di sisi Allah dan lebih membetulkan (menguatkan) keterangan saksi, dan juga lebih hampir kepada tidak menimbulkan keraguan kamu. Kecuali perkara itu mengenai perniagaan tunai yang kamu edarkan sesama sendiri, maka tiadalah salah jika kamu tidak menulisnya. Dan adakanlah saksi apabila kamu berjual-beli. Dan janganlah mana-mana jurutulis dan saksi itu disusahkan. Dan kalau kamu melakukan (apa yang dilarang itu), maka sesungguhnya yang demikian adalah perbuatan fasik (derhaka) yang ada pada kamu. Oleh itu hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah; dan (ingatlah), Allah (dengan keterangan ini) mengajar kamu; dan Allah sentiasa Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu." (Al-Baqarah: 282)
Ini menunjukkan betapa pentingnya perkara hutang piutang  dalam Islam. Betapa seriusnya hal hutang piutang ni. Islam selaku agama yang sempurna telah menyusun beberapa langkah mengenai proses berhutang di mana hutang yang dibuat hendaklah dicatat jumlah dan masa pembayarannya serta dilantik seorang penulis yang adil sebagai saksi. Ia bertujuan untuk mengelak dari sebarang penipuan dan penganiayaan.

Bagi orang yang berhutang, sekiranya dia berniat untuk membayar balik hutang tersebut, Insya Allah akan dipermudahkan urusannya oleh Allah. Sebaliknya, jika berhutang dan berniat tidak mahu membayar, maka Allah Maha Kaya dalam perhitungan-Nya sepertimana dijelaskan dalam sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah bermaksud:
 “Sesiapa yang berhutang dengan niat untuk membayar balik, Allah akan membayarkan. Tetapi, jika sesiapa berhutang dengan niat menyeleweng, Allah akan musnahkan harta bendanya."
 Maksud ‘Allah akan membayarkan’ di sini adalah Allah akan memudahkan rezeki seseorang itu agar dia dapat membayar hutangnya dan begitulah jika sebaliknya.

Bagi orang yang berhutang, cepat-cepatlah membayar hutang apabila berkemampuan. Sebabnya mungkin si pemberi hutang juga berada dalam kesusahan dan memerlukan duit. Sesetengah orang yang berhutang bukannya tidak mampu menjelaskan hutang mereka. Tetapi mereka lebih suka mengambil sikap berlengah-lengah. Sikap ini lah yang sebenarnya menyakitkan hati pihak yang memberi hutang. Kadang-kadang sampai boleh bermasam muka dan menimbulkan perbalahan. Mana taknya, dah banyak kali si pemberi hutang meminta balik hutang, tapi si penghutang buat-buat tak tahu je. Sedangkan dia mampu bayar.

Situasi ini bukan sahaja akan semakin mengeruhkan keadaan tetapi akan merosakkan imej si penghutang sekaligus menghilangkan kepercayaan orang terhadapnya. Jadi, agak sukar untuk orang memberikan bantuan di lain hari sekiranya dia memerlukannya.

Sebaik-baiknya, janganlah sampai pemberi hutang yang terpaksa menagih kembali hutang daripada kita. Sepatutnya, kita sebagai pihak yang berhutang perlu tahu tanggungjawab kita. Iaitu melunaskan hutang tanpa perlu ditagih.

Bagi pihak pemberi hutang pula, mereka berhak untuk menagih hutang yang diberikan. Jadi, jangan merasa marah apabila si pemiutang datang meminta hutang daripada kita. Sebab itu adalah haknya untuk meminta hutang.

"Dari Abu Hurairah r.a katanya:”Sesorang lelaki memberi hutang kepada Rasulullah s.a.w lalu ditagihnya secara kasar. Oleh sebab itu para sahabat tidak senang terhadap orang tersebut. Maka bersabda nabi s.a.w,:”Orang yang memberi hutang berhak menagih. Belikan dia seekor unta muda kemudian berikan kepadanya!”. Berkata para sahabat:”Tidak ada unta muda ya Rasulullah! Yang ada hanya unta dewasa dan lebih bagus daripada untanya.”Sabda baginda:”Belilah, kemudian berikan kepadanya. Sesungguhnya sebaik-baik kamu ialah yang paling baik membayar hutang." (HR Muslim)
Islam menggalakkan si pemberi hutang untuk menghalalkan hutangnya sekiranya si penghutang tidak mampu melunaskan hutangnya. Allah ada berfirman dalam Al-Quran:
" Dan jika (orang yang berhutang itu) dalam kesulitan, maka berilah tenggang waktu sampai dia memperoleh kelapangan. Dan jika kamu menyedekahkannya, itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui." (Al-Baqarah: 280) 
Tapi sebagai pihak yang berhutang, kita tidak lah boleh selalu mengharapkan orang untuk menghalalkan hutang-hutang kita. Tidak semua orang akan bermurah hati untuk menghalalkan hutang-hutang mereka. Lebih-lebih lagi jika besar jumlahnya. Jadi, berusahalah sehabis boleh untuk melunaskan hutang-hutangmu.


Sekiranya kita sudah tahu tidak mampu membayar balik hutang, janganlah berhutang dari awalnya. Setiap individu Muslim seharusnya mengamalkan sifat 'qanaah' iaitu bersyukur dan redha dengan apa yang ada serta memastikan bahawa keperluan tidak melebihi kemampuan. Dengan ini, hutang dapat dielakkan.

Saidina Umar ada berkata, "Jika meminum seteguk air ketika sangat dahaga itu akan menjatuhkan harga diriku.. nescaya aku tidak akan meminumnya."
Jadi, seboleh-bolehnya bebaskan diri kita dari hutang melainkan jika benar-benar terpaksa. Hidup tanpa hutang itu lebih aman dan tenang kan? ^_^








Panahan Korea.


Bismillahirrahmanirrahim..

K-Pop.

Bila dengar perkataan ni mesti kita akan terbayang group-group or band-band korea yang tengah menyanyi-nyanyi dan menari-nari atas pentas. Sama ada lelaki atau pun perempuan. Solo ataupun group.

Boleh dikatakan sekarang ni fenomena K-Pop memang sedang menjadi-jadi kat negara kita. Buktinya, ramai kawan di sekeliling saya yang minat K-Pop. Bukan setakat lagu-lagu yang menjadi pujaan. Tetapi perkembangan semasa artis-artis ni jugak diketahui. Sampai sanggup membaca berita pasal artis-artis ni secara online tiap-tiap hari. Bagi yang agak fanatik, banyak lah post-post pasal artis kesayangan mereka di post kat facebook.

Bahkan ada group-group di Malaysia yang cuba meniru artis-artis K-Pop ni dari segi penampilan, lagu, dance dan macam-macam lagi la. Sedih jugak  bila tengok keadaan macam ni. Tak perlu lah nak ikut artis-artis korea ni. Lebih-lebih lagi yang perempuan.

Kita sedia maklum macam mana cara penampilan mereka kan. Memang tak menutup aurat. Tak cukup kain. Seksi sangat. Kalau difikir secara logik. Mereka bukannya orang Islam dan mereka tiada batas-batas aurat tertentu yang perlu dijaga. That's why diorang pakai macam tu. Tapi, di Malaysia yang ikut trend2 mereka ni orang Melayu dan majoritinya ISLAM. Dan kita ada batas-batas aurat yang perlu dijaga.

Tak dinafikan fesyen-fesyen dari Korea memang sangat cantik. Kadang-kadang rambang mata juga. Pernah jugak terasa macam nak beli secara online. Hee.. Tapi bila mengingatkan balik, baju-baju ni memang tak boleh dipakai kat luar.Seksi. So, tak jadi. Memang cantik. Tapi cantik pada pandangan manusia belum tentu cantik pada pandangan Allah. Which one yang kita nak? Cantik pada pandangan mata manusia or cantik pada pandangan Allah? Mesti la nak cantik pada pandangan Allah kan? 

Jadi, tutup lah aurat dengan sempurna, baru Allah suka :)

Dan satu lagi yang menjadi kegilaan ramai ialah drama Korea. Kadang-kadang sanggup tak tidur malam sebab nak menghabiskan satu-satu drama ni. Maklum lah satu drama sekurang-kurangnya ada 16 episodes. Ni paling kurang la. And bila dah start tengok, memang addictive. Nak tengok lagi. Nak tengok lagi. Haa, mesti pelik macam mana saya tahu kan?

Actually, satu masa dulu saya boleh dikatakan Korean drama 'addict'.  Memang sangat-sangat suka tengok drama-drama Korea ni. Jalan cerita memang best. Dan pelakon-pelakon Korea kan handsome-handsome, kacak-kacak dan cantik-cantik. Almost semua. Lagi la rasa tertarik nak menonton. Alang-alang tengok tu, boleh la cuci mata sekali kan. Opps!

Tapi kan, Allah ada berfirman dalam Al-Quran:

Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat”. Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya.” (An-Nur, 24: 30-31)

Most of us ingat kita kena jaga pandangan bila berhadapan secara direct je dengan lelaki/wanita bukan mahram ni. Tapi kita silap sebenarnya. Bila kita tengok drama or film, kita pun wajib jaga pandangan kita. Dan dalam ayat Quran kat atas, Allah tujukan kepada orang-orang yang beriman. Saya nak jadi orang yang beriman. Bukan mudah nak jadi orang yang beriman ni. Salah satu caranya buat apa yang Allah suruh. Allah suruh jaga pandangan. Jadi kenalah jaga kan? Jadi, kenalah stop. Tak mudah nak stop buat benda yang kita suka ni, tapi ianya tak mustahil.

Dan satu lagi, bila terlalu banyak menonton drama ni sebenarnya kita sudah banyak membazirkan masa kita. Kadang-kadang jadi hanyut dengan cerita cinta drama korea ni. Sebab jiwang sangat. Satu kerja pun tak jadi. Mula lah terbayang-bayang. "Best nya kalau dapat boyfriend or girlfriend macam hero/heroin cerita ni." Duduk mengelamun dan berangan-angan saja pun dah berjam-jam. Mungkin kita tak sedar, apa yang kita buat ni termasuk dalam perkara yang sia-sia. Kenapa saya kata sia-sia? Sebab benda ni tak bagi benefits pun kat kita. Bagi kita jadi lagho ada lah.

Tahu tak, Allah ada berfirman dalam Al-Quran dalam Surah Al-Mu'minun ayat 1-11 bahawa antara ciri-ciri orang yang akan mewarisi Syurga Firdaus ialah orang yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia. 

Haa, Allah pun dah cakap kan. Kalau kita tinggalkan perkara yang sia-sia ni, Insya Allah kita akan dapat masuk Syurga Firdaus. Whoah! Siapa yang tak nak masuk syurga? Mesti semua orang nak kan. Jadi, kita kenalah tinggalkan perkara yang sia-sia ni.

I know its hard to stop abruptly. Sebab saya pun masih tak mampu nak stop sepenuhnya. Lagu-lagu korea and drama-drama korea ni memang superb. Tapi, kalau dah jahiliyah tu, memang kita kena tinggalkan. Kurangkanlah slow-slow. Tapi, kalau dapat stop terus tu memang tersangatlah bagus. Two thumbs up for you.heee..

Selamat Bermujahadah.You and Me. Mari-mari bermujahadah! :)



Saturday, January 28, 2012

Jauhi Prasangka Buruk.

Bismillahirrahmanirrahim..

Sedang kita berjalan-jalan di tepi pantai sambil menghirup udara segar dan menikmati keindahan alam ciptaan Allah, tiba-tiba melintas lah satu couple di hadapan . Muda lagi. Berpegangan tangan sambil bergurau mesra.

Dalam hati secara automatik pasti akan berbisik:

" Ish, apa lah nak jadi dengan diorang ni. Buat maksiat terang-terang. Pegang-pegang tangan lak tu. Budak-budak zaman sekarang. Haishh.."

Opps! Alamak. Tanpa sedar kita dah berprasangka dekat orang lain. Sedangkan kita tak tahu hal yang sebenar. Entah-entah , couple tu sebenarnya suami isteri. Memanglah muda lagi. Tapi, zaman sekarang ni kan ramai je yang kahwin masa belajar. Tak pasal-pasal dapat dosa free.. T_T

Sebab tu lah dalam al-Quran pun Allah larang kita daripada berprasangka kat orang lain. Sebab biasanya kalau kita berprasangka ni, jarang sangat berprasangka yang baik. Mesti akan berprasangka yang buruk-buruk.
"Wahai orang2 yang beriman! Jauhilah banyak dari prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu dosa, dan janganlah kamu mencari- cari kesalahan orang lain, dan janganlah ada di antara kamu yang mengunjing sebahagian yang lain. Apakah ada antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Tentu kamu merasa jijik. Dan bertawakal lah kepada Allah, sungguh Allah Maha Penerima Taubat, Maha Penyayang". ( Al Hujurat: 12)

Manusia memang cepat dan mudah sangat menilai orang lain. Kadang-kadang bila ada orang tolong dia pun, boleh pulak berprasangka:
" Dia ni tolong aku mesti sebab nak suruh orang lain nampak dia ni baik sangat. Alah, bukan ikhlas sangat pun dia ni tolong aku".
Boleh pulak berprasangka macam tu, sedangkan orang tu memang ikhlas pun nak tolong. Jangan menilai orang sebab kita tak tahu apa yang ada dalam hati dia. Lain lah kalau kita ni ada kuasa nak membaca hati orang. Tu lain kira la kan.

Mungkin secara fizikalnya, kita tidak lemparkan keluar kata-kata tu. Kita tak bagitahu orang tu apa yang kita rasa. Kita tak cakap secara terang-terang. Tapi, mungkin kita lupa bahawa Allah tu Maha Mengetahui. Allah tahu apa yang ada dalam hati kita. Allah tahu segala-galanya.

Jangan cepat menilai orang lain sebelum kita betul-betul kenal diri dia. Kita pun tak suka orang menilai kita kan? Kalau kita tak suka orang menilai kita, orang lain pun mesti tak suka kalau kita menilai mereka.

Bila kita nampak sesuatu yang buruk dan yang tak berkenan di hati. Cepat-cepat buang prasangka buruk tu. Tepis jauh-jauh. Gantikan dengan husnu zhon  (prasangka baik). Memang tak mudah nak berhusnu zhon. Mulut cakap husnu zhon. Tapi kat hati? Astaghfirullah.

Sebab itu lah hati kita kena selalu berada dalam keadaan bersih. Haa, nak tahu tak macam mana nak bersihkan hati? Ada 5 ubat hati:

1. Baca al-Quran berserta maknanya.
2. Dirikan solat malam.
3. Berkumpul dengan orang soleh.
4. Banyakkan berpuasa.
5. Zikir malam berpanjangan.

Bila hati bersih, insyaAllah perasaan berprasangka buruk tu akan dapat dihilang. Jadi, mari kita sama-sama bersihkan hati. Katakan TAK NAK untuk prasangka buruk! ^_^


Tuesday, January 24, 2012

Tujuan Hidup.

Bismillahirrahmanirrahim.

Dulu sewaktu kecil, sekiranya ditanya apa cita-cita bila besar nanti? Pasti akan dijawab. Nak jadi pensyarah. Nak jadi akauntan. Selalu berubah-ubah. Masa ni memang tak tahu apa-apa lagi. Just ikut kawan-kawan. Al maklumlah baru sekolah tadika. hee.. Rasa cam nak tergelak pun ada jugak bila ingat balik cita-cita zaman dulu-dulu ni.

Bila dah masuk sekolah menengah pun, macam konfius lagi nak ambik course apa after SPM. Finally, saya decide nak ambik course pharmacy sebab saya suka chemistry. Alhamdulillah, now i'm doing bachelor of pharmacy and insyaAllah akan graduate 2 tahun lagi. Amiin. Bila dah habis belajar nanti, nak kerja. After dah kerja bolehlah beli kereta besar dan rumah besar. Pegang jawatan yang tinggi-tinggi. Lepas tu kahwin dan dapat anak. Jadi parents pulak. Wah, bestnya kan? 

Tapi kan, kadang-kadang saya terfikir. Adakah ni je kitaran hidup saya? Belajar, kerja, kahwin, dapat anak, jadi tua and then mati? Saya rasa bukan saya sahaja yang fikir macam ni. Mesti ramai juga yang terfikir macam ni kan. Adakah sekadar ni sahaja tujuan hidup kita? Hidup terasa seperti robot. Melakukan rutin kerja yang sama hari ke hari. Dan kita perhatikan manusia di sekeliling kita. Mereka juga melakukan rutin harian yang sama. Keluar pagi-pagi untuk pergi belajar atau bekerja. Petangnya pulang ke rumah dan malamnya berehat. Esoknya rutin yang sama lagi tanpa mengetahui tujuan sebenar mereka diciptakan. Adakah kita juga mahu menjadi seperti mereka atau adakah kita salah seorang daripada mereka?

Sebelum mengenali tarbiyyah, saya juga ingat hanya inilah kitaran hidup yang akan saya jalani. Rupanya saya salah. Salah besar. Sebabnya bukan ini sahaja tujuan kita diciptakan dan hidup kat dunia ni. Ada orang beritahu saya, " Awak, Allah jadikan kita ni bukan sekadar belajar, kerja, kahwin dan dapat anak je. Kita ni orang Islam. Ada sebabnya Allah jadikan kita. Dan kita ada tugas yang cukup besar yang perlu dilaksanakan."

 Allah dah terangkan dalam al-Quran tentang tujuan hidup kita:

1. Untuk menyembah Allah.
" Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku". (Az-Zariyat, 51: 56)


2. Sebagai khalifah.
" Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, "Aku hendak menjadikan khalifah di muka bumi". Mereka berkata, "Apakah Engkau hendak menjadikan orang yang merosak dan menumpahkan darah di sana, sedangkan kami bertasbih memuji-Mu dan menyucikan nama-Mu?". Allah berfirman, "Sungguh, Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui." (Al-Baqarah, 2: 30)
3.  Berdakwah. Dalam bahasa yang lebih mudah amar ma'ruf , nahi mungkar (menyuruh berbuat kebaikan, mencegah kemungkaran)
"Kamu (umat Islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, (kerana kamu) menyuruh (berbuat) yang ma'ruf dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya ahli kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka. Di antara mereka ada yang beriman, namun kebanyakan mereka adalah orang-orang fasik". (Ali-'Imran, 3: 110)
Tengok tu. Allah dah bagitahu apa yang perlu kita lakukan. Menyembah Allah, jalankan tugas sebagai khalifah dan juga berdakwah. Kadang-kadang kita terlalu asyik mengejar nikmat hidup duniawi sampaikan kadang-kadang kita terlupa bahawa akhirat tu wujud! Kita inginkan kereta yang besar. Kita inginkan rumah yang besar. Bekerja dari pagi dan malam. Hari ke hari demi memenuhi kehendak diri. Sampai agama diletakkan di tempat yang kedua. Atau tempat terakhir sekali? Hmm.. Bekerja keras sampai solat pun entah ke mana. Bila kawan-kawan ajak buat kebaikan. Kita tolak. Alasannya, kita busy. Busy study. Busy mencari duit.

Memang tak dinafikan duit itu penting untuk kita meneruskan kehidupan. Tetapi janganlah sampai kita menjadi hamba kepada duit. Setiap masa hanya memikirkan bagaimana caranya untuk menambah duit tapi perintah Allah hanya dipandang sepi. Janganlh kita setakat menjadi kaya di dunia. Tapi menjadi orang yang muflis di akhirat. Sangat lah rugi. Andainya jadi kaya, biarlah kaya di dunia dan juga kaya di akhirat nanti. Ni baru best.

Hari pembalasan mesti dan pasti akan tiba. Cuma masanya sahaja dirahsiakan Allah. Pada hari pembalasan nanti, kita akan dipertanggungjawabkan atas segala apa yang telah kita lakukan. Sekiranya Allah tanya" Apa yang telah kau gunakan dengan masamu dan apa yang telah kau lakukan untuk agamamu?" Apa yang kita nak jawab? Apa yang mampu kita jawab? Nak menipu? Mesti lah tak boleh. Sebab semua anggota akan menjadi saksi pada hari tu dan mengatakan yang benar sahaja.

So, gunakan lah masa yang Allah berikan ni dengan sebaik-baiknya. Dalam pada kita belajar dan bekerja tu, jangan lupa mengingati Allah. Memang wajib pun kita ingat Allah sepanjang masa. Biar dunia dan akhirat seiring. Dan berdakwahlah. Ajak kawan-kawan kita buat kebaikan dan cegahlah kemungkaran. Jangan nak tunggu diri perfect dulu baru nak ajak orang buat kebaikan. Kita ajak orang buat baik dan dalam masa yang sama kita perbaiki diri. Tak kanlah kita asyik nak harapkan orang lain je. Biarlah ustaz-ustaz je yang buat kerja ni. Salah sama sekali. Sebab setiap daripada kita adalah khalifah dan juga da'ie. Dan memang menjadi kewajipan kita untuk memastikan Islam tetap tersebar.

Sekarang kita dah tahu apa tujuan kita dicipta, kan? Jom, bergerak! ^_^


Monday, January 23, 2012

Tawakal Seekor Semut.

Bismillahirrahmanirrahim..

Ada beberapa kisah tawakal yang pernah saya baca sebelum ni. Tapi kisah ini benar-benar menarik hati saya. Kisah tawakal seekor semut. Mesti korang tertanya-tanya kan, macam mana semut ni bertawakal? Jangan ingat manusia je yang bertawakal pada Allah. Makhluk yang lain juga bertawakal kepada-Nya. Jom kita ikuti kisah semut ni :)

Kisah ni berlaku di zaman Nabi Sulaiman. As we all know, Nabi Sulaiman dikurniakan Allah dapat memahami bahasa binatang. Macam ni ceritanya.

Nabi Sulaiman bertanya kepada seekor semut tentang berapa banyak makanan yang diperlukan untuk hidup dalam tempoh setahun. Semut menjawab, ia hanya memerlukan satu butir gandum. Lalu Nabi Sulaiman pun memasukkan semut itu ke dalam satu botol sekali dengan gula sebesar sebutir gandum. Mulut botol itu kemudiannya ditutup.

Setelah genap setahun, mulut botol itu pun dibuka. Nabi Sulaiman mendapati semut itu hanya memakan separuh daripada gula tersebut. Nabi Sulaiman menjadi hairan lalu bertanya, " Bukankah dulu kau mengatakan bahawa kau memerlukan makanan sebesar butir gandum untuk tempoh setahun? Kenapa hanya separuh sahaja  yang dihabiskan?".

Sang semut menjelaskan sekiranya ia berada di luar sana, rezekinya sudah dijamin Allah. Oleh itu, dia tidak perlu risau akan hakikat itu kerana Allah akan mencukupkan rezekinya.Tetapi apabila berada dalam botol itu rezekinya belum tentu terjaga. Kerna mungkin Nabi Sulaiman lupa untuk mengeluarkan ia selepas setahun. Untuk mengambil langkah berjaga-jaga. Ia hanya makan separuh daripada makanan yang dibekalkan. Mana tahu seandainya Nabi Sulaiman lupa. Apa yang akan terjadi nanti? 

Di sini kita boleh tengok bahawa si semut lebih yakin dengan jaminan Allah ketika berada di luar botol berbanding apabila berada di dalam botol. Disebabkan itulah, untuk menghadapi sebarang kemungkinan si semut hanya memakan separuh dari makanan yang diberikan. 

Haa, inilah sifat tawakal dan ikhtiar yang boleh kita pelajari daripada semut. Jangan bergantung soal rezeki kepada orang lain. Sebaliknya letakkan sepenuh pergantungan kepada Allah. Bertawakkallah dan berikhtiar dengan keupayaan kita. Sebab kalau tidak, kita akan dikecewakan.




Ikhlas Itu Rahsia Allah.

Bismillahirrahmanirrahim..

Saya pernah mendengar satu kata-kata hikmah yang berbunyi, 'Orang yang sibuk melakukan kebaikan tidak akan sempat melihat kejahatan orang lain'. Erk, tak sempat melihat kejahatan orang lain? Hebatnya kalau dapat jadi orang yang macam ni. Agaknya terlalu sedikit kebaikan yang saya buat selama ni. Sebabnya selalu sangat melihat kejahatan orang lain. Melalui mata, telinga dan juga lidah. Mata melihat orang melakukan kemungkaran. Telinga banyak mendengar perkataan yang sia-sia. Lidah pula terlalu banyak menuturkan kata-kata. Adakah kata-kata yang baik lebih banyak atau pun sebaliknya? Gulp (telan air liur).


Hmm.. sudahlah sedikit sangat melakukan kebaikan. Tapi bila buat, walaupun sedikit terasa diri sangat hebat. Terasa akulah orang yang paling baik di dunia ni. Akulah orang yang paling mulia. Tanpa disedari riya' bertandang dalam jiwa. Riya' amat bahaya terutamanya dalam beribadah. Contohnya bila ke masjid. Semua solat sunat rawatib buat. Siap boleh stay buat qiam lagi kat masjid. Sedangkan bila dia berada keseorangan kat rumah, satu solat sunat pun tak buat. Solat fardhu pun dilewat-lewatkan. Tujuannya nak menunjuk-nunjuk bahawa dialah orang yang paling alim dan paling warak. Di sinilah riya' memainkan peranan.


Riya' ni termasuk dalam syirik kecil. Dan sungguh segala amal ibadah yang telah dilakukan menjadi sia-sia bila riya' wujud dalam diri. Semua amalan berterbangan menjadi debu. Tak ada nilai langsung dalam pandangan Allah. ZERO.

"Sesungguhnya orang munafik itu hendak menipu Allah, tetapi Allah lah yang menipu mereka. Apabila mereka berdiri untuk solat, mereka lakukan dengan malas. Mereka bermaksud riya' (ingin dipuji) di hadapan manusia. Dan mereka tidak mengingat Allah kecuali sedikit sekali." ( An-Nisa' : 142) 

Riya' ni bukan sahaja apabila melakukan kebaikan untuk dilihat orang,tapi apabila tidak melakukan kebaikan disebabkan orang juga dipanggil riya'. Aikk. Macam mana tu ek? Tak kanlah bila tak buat kebaikan sebab takut riya' tu pun dipanggil riya'? Musykil. Musykil ni. Actually riya' ni apa-apa sahaja perbuatan apabila kita mengambil pandangan orang lain. Kita tak ambil kira pandangan Allah. Kita fikir kalau aku buat macam ni apa orang akan kata. Kalau aku buat macam tu , apa pulak orang akan kata.


Satu lagi sum'ah. Sum'ah ni orang lain tak nampak kalau kita buat sesuatu. Tapi dalam hati kita berharap agar orang lain tahu kita lakukan perkara tu. Contohnya kita bangun qiam. Buat solat tahajjud , solat sunat istikharah, solat sunat taubat dan solat-solat sunat yang lain. Memang masa kita solat tu kita buat sorang-sorang je. Takde pun orang lain time tu. Lepas tu, esok bila pergi lecture kita agak mengantuk dalam kelas. 


Lepas tu cakap lah kat kawan kita, 'aku ngantuk sebab aku bangun qiam semalam'. Actually memang tujuan utama kita bangun qiam tu sebab nak bagitau orang lain, yang kita ni alim la kiranya. Tak ke sia-sia bila amalan yang kita buat tu jadi debu yang tiada nilainya. Penat je yang kita dapat. Apa pun tak dapat.


Kalau settle bab riya' dan sum'ah ni, jangan ingat korang dah terlepas. Ada satu lagi sifat dalam diri manusia yang sentiasa mengintai-intai nak masuk line. Tahu tak apa dia? Ujub. Ujub ni maksudnya dia mengagumi diri sendiri. Merasakan diri dialah yang paling hebat. Dialah yang paling bagus. Orang lain pulak semua tak elok. Ujub ni sangat bahaya. Sebabnya boleh merosakkan ibadah dan juga pertolongan Allah. Allah ada sebut:

" Sungguh Allah telah menolong kamu (mukminin) di banyak medan perang dan ingatlah Perang Hunain, ketika jumlahmu yang besar itu membanggakanmu, tetapi (jumlah yang banyak itu) sama sekali tidak berguna bagimu, dan bumi yang luas itu terasa sempit bagimu, kemudian kamu berbalik ke belakang dan lari tunggang langgang." (At-Taubah: 25)

Allah sebut lagi dalam al-Quran:


" Bermegah-megahan telah melalaikan kamu. Sampai kamu masuk ke dalam kubur."  (At-Takasur: 1-2) 

Sekiranya ada unsur-unsur ni bila kita melakukan sesuatu perkara kebaikan, itu tandanya kita belum cukup ikhlas. Sebab ikhlas ni memang tidak bercampur dengan perkara lain. Perumpamaan ikhlas ni kita boleh lihat dalam ayat Quran yang bermaksud:

"Dan sungguh pada haiwan ternak itu benar-benar terdapat pelajaran bagi kamu. Kami memberimu minum dari apa yang ada dalam perutnya (berupa) susu murni antara kotoran dan darah yang mudah ditelan bagi orang yang meminumnya." (An-Nahl: 66)

Murni yang dimaksudkan dalam ayat ni boleh lah di compare kan dengan ikhlas. Sebagaimana susu tu keluar putih suci sedangkan ia ada antara najis dan darah, macam tu jugak lah ikhlas tu. Ikhlas mesti semurni susu tu. Maksudnya, ikhlas memang tak boleh bercampur dengan elemen-elemen lain. Kalau ikhlas ada bercampur dengan riya' sedikit, tu maksudnya belum cukup ikhlas lagi lah tu. 

Tapi jangan disebabkan kita asyik rasa diri tak ikhlas bila nak buat kebaikan, kita tak buat terus kebaikan. Jangan macam tu. Teruskan buat amal tu. Mula-mula mungkin tak ikhlas, tapi lama-lama insyaAllah sifat ikhlas tu akan terpupuk sendiri. Ada satu cerita.


Ada seorang student yang bertanya kepada Imam Ghazali, " Tuan, bagaimanakah keadaanku, berzikir tetapi hatiku masih lalai?" Imam Ghazali menjawab, "Teruskanlah berzikir walau hatimu lalai kerana sekurang-kurangnya lidahmu akan terselamat daripada berkata yang kotor atau sia-sia."


Bukan mudah untuk mencapai tahap ikhlas ni. Semakin dicari terasa semakin misteri. Sungguh ikhlas ni rahsia Allah. Mesti pernah kan, bila kita nak buat sesuatu perkara. Permulaannya memang kita buat ikhlas semata-mata Allah. Tapi, di pertengahan niat dah mula tersasar. 

Sebagai contohnya, mula-mula update status keagamaan memang dengan niat nak berdakwah kat facebook. Memang ikhlas ni. Serious tak tipu. Lepas tu, ramai lah pulak orang me'ngelike' status tu. Haa, time tu tibe-tibe rasa , wah hebatnya aku sebab ramai orang like status aku ni. Tengok tu. Kan dah terpesong sikit niat tu. Riya' pun dah ade. 

Tapi takpe, yang paling penting, sentiasa perbetulkan niat. Sentiasalah perbetulkan niat sama ada sebelum, semasa atau pun selepas buat sesuatu perkara. Check niat. 'Sesungguhnya amal itu berdasarkan niat'. Jika baik niatnya, maka dapatlah pahala. Jika tak baik, memang tak dapat apa-apa.

Pesan ulama', beribadatlah sehingga terasa penat untuk melakukan maksiat. Buatlah kebaikan dari terbit fajar sampai lah matahari terbenam. Jangan diambil kira riya, sum'ah dan ujub yang bertandang dalam diri. Kalau tak, sampai bila-bila pun kita takkan mampu nak buat kebaikan. Ikhlas itu adalah rahsia antara hamba dan Allah. Tidak diketahui malaikat untuk dicatat kebaikannya dan tidak pula diketahui oleh syaitan untuk dirosakkannya.

"Ya Allah susahnya nak mendidik hati menjadi ikhlas. Sesungguhnya kami hanyalah hamba-hambaMU yang lemah. Kurniakan ikhlas kepada kami. Pilihlah kami untuk ikhlas walaupun kami tahu ikhlas itu tersangatlah rahsia. Amiin Ya Rabb."




Demi Redha-Mu

Bismillahirrahmanirrahim..


Berat rasanya bagi Zara untuk membuat keputusan kali ini. Keputusan yang bakal merubah rutin hidupnya. Totally. Dia menarik nafas dalam-dalam sebelum tangannya menekan butang 'send'.

" Salam. Awak, ni mungkin yang terakhir. Jaga diri, jaga hati n jaga iman. Solat jangan tinggal. Stadi elok2. InsyaAllah one day, u will be a great muslim doctor. Sorry for everything. May hapiness will always be yours".

Zara membaca balik SMS yang dikirim kepada Ahmad. Agak berdebar menanti reply dari si dia.

Twiit twiit. Tandanya ada SMS diterima. Dari Ahmad!

Perlahan-lahan Zara membaca SMS.

" Terima kasih atas segalanya. Doa, nasihat Zara bagi selama ni. Saya faham situasi. All the best Zara."

Berderai air mata Zara selepas mendapat SMS dari Ahmad. Sebab dia tahu, selepas ni keadaan mereka bukan seperti dahulu lagi. Tiada lagi SMS antara mereka. Tiada lagi tanya khabar. Tiada lagi tanya pasal pelajaran. Tiada lagi. Nothing!
 
Hari itu sepanjang hari Zara menangis di bawah selimut. Berjam-jam lamanya. Dari petang sampai lah ke malam. Memang bengkak habis mata disebabkan terlalu banyak menangis. Dah macam mata panda pun ada juga. Zara tak ceritakan kepada her housemates sebab dia tahu housemates dia tak kan faham keadaan yang dia hadapi. Terasa sangat lemah, Zara menghantar SMS kepada naqibahnya, kak Fifi. Zara pernah ceritakan kemelut yang dia hadapi pada naqibahnya sebelum ni. Kak Fifi banyak membantu Zara selama Zara menjadi anak usrahnya. Kak Fifi juga yang menasihati Zara supaya menghentikan semua ni.

" Salam akak. Saya dah cakap kat dia. Ni kali terakhir kami contact each other. Dia faham. Tapi, kenapa saya tak boleh stop menangis? Am I doing the rite thing akak?"

" Zara..Menangis tu perlu untuk suatu pengorbanan.. Menangislah banyak-banyak.. Awak dah berkorban untuk Allah. Yes, u r doing the rite thing. Yes, sebab awak muslimah solehah. Jangan berpaling lagi Zara. Awak mesti cekal. Allah dan Rasul di belakang awak".

Memang Zara sedih bila dia harus membuat keputusan seperti ini. Tapi dia mesti. Memang dia sangat sedih tapi dalam masa yang sama dia rasa relief. Sebab dia berusaha meninggalkan satu dosa. Dia tahu apa yang telah dia lakukan itu salah. BerSMS dengan lelaki bukan mahram tanpa urusan yang penting! Dia tidak menjaga ikhtilat seperti yang sepatutnya. Lebih-lebih lagi dia membawa imej wanita bertudung labuh. Dia juga tidak mahu mencemarkan imej akhowat lain yang juga bertudung labuh dengan perbuatannya itu. Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.

Tapi, yang paling penting. Zara mahu stop berSMS dengan Ahmad sebab dia takutkan Allah. Dia nak stop bukan kerana kak Fifi yang suruh tapi sebab Allah! Zara mahukan redha Allah. Sebab Zara tahu Allah tak redha dengan apa yang dia sedang buat. Tanpa redha Allah, apalah makna hidup. Memang Allah izinkan Zara berSMS dengan Ahmad. Tapi Allah izin tak semestinya Allah redha! Lagipun, redha Allah perlu dicari bukan sekadar dinanti. Moga ini menjadi satu cara untuk Zara peroleh redha Allah.

Zara juga takut seandainya hidayah Allah tidak lagi hadir dalam hidupnya. Dan dia terus tenggelam dalam dosa yang dia buat. Sebab dia tahu, dalam Islam tiada couple sebelum berkahwin. Setiap kali berSMS dengan Ahmad, pasti perasaannya menjadi tidak keruan. Dia rasa bersalah dengan Allah. Lebih-lebih lagi bila dia mengingatkan firman Allah: 
" Dan janganlah kamu mendekati zina, (zina) itu sungguh suatu perbuatan keji dan suatu jalan yang buruk".     (Al-Isra': 32)
Memang mereka tidak bercouple. Tapi teliti ayat ini dengan jelas, iaitu Allah menggunakan kalimah ‘walaa taqrobuu’ (jangan hampiri) dan bukannya kalimah ‘walaa ta`maluu’ (jangan melakukan). Ini menunjukkan, walaupun kita hanya mendekati zina, ia sudah pun HARAM!

Daripada Abu Hurairah r.a., dari Nabi S.A.W. sabdanya: 
“Nasib anak Adam mengenai zina telah ditetapkan. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Dua mata, zinanya memandang. Dua telinga, zinanya mendengar. Lidah, zinanya berkata. Tangan, zinanya memukul. Kaki, zinanya melangkah. Hati, zinanya ingin dan rindu, sedangkan faraj (kemaluan) hanya mengikuti atau tidak mengikuti.”
Memang matanya, telinganya tidak berzina sebab jarak jauh yang memisahkan mereka. Lagipun tiada calling-calling. Cuma sekadar SMS. Tapi hatinya sentiasa berzina. Zara sentiasa teringatkan Ahmad.Tidak pernah sehari pun hari Zara berlalu tanpa teringatkan Ahmad.

Sebab itu Zara nekad kali ni. Biarlah dia menderita sekejap. Err.. mungkin lama juga. Tapi demi redha Allah, dia akan istiqamah. Memang mujahadah itu pahit kerna syurga itu manis. Syurga tu mahal sangat. Dan perjalanan menuju ke sana memang tidak mudah. 

" Moga setiap air mata yang gugur disebabkan kesakitan ini demi menggapai redhaMu menjadi saksiku di akhirat sana."

" Bye Ahmad. Memang saya nak sangat awak yang jadi imam saya suatu hari nanti. Saya nak awak yang jadi bapa kepada anak-anak saya nanti. Semoga Allah izinkan. But for now, saya serahkan awak kepada Allah. Andainya memang ada jodoh antara kita, InsyaAllah kita akan dipertemukan kembali dan akan disatukan. Moga kita dipertemukan dalam keadaan yang diredhai.Tapi, andainya bukan awak yang tercipta untuk saya. Saya redha. Sungguh, Allah is the best planner kan?".

" Ahmad, semoga dirimu di sana juga terus istiqamah.."

......