Tuesday, January 24, 2012

Tujuan Hidup.

Bismillahirrahmanirrahim.

Dulu sewaktu kecil, sekiranya ditanya apa cita-cita bila besar nanti? Pasti akan dijawab. Nak jadi pensyarah. Nak jadi akauntan. Selalu berubah-ubah. Masa ni memang tak tahu apa-apa lagi. Just ikut kawan-kawan. Al maklumlah baru sekolah tadika. hee.. Rasa cam nak tergelak pun ada jugak bila ingat balik cita-cita zaman dulu-dulu ni.

Bila dah masuk sekolah menengah pun, macam konfius lagi nak ambik course apa after SPM. Finally, saya decide nak ambik course pharmacy sebab saya suka chemistry. Alhamdulillah, now i'm doing bachelor of pharmacy and insyaAllah akan graduate 2 tahun lagi. Amiin. Bila dah habis belajar nanti, nak kerja. After dah kerja bolehlah beli kereta besar dan rumah besar. Pegang jawatan yang tinggi-tinggi. Lepas tu kahwin dan dapat anak. Jadi parents pulak. Wah, bestnya kan? 

Tapi kan, kadang-kadang saya terfikir. Adakah ni je kitaran hidup saya? Belajar, kerja, kahwin, dapat anak, jadi tua and then mati? Saya rasa bukan saya sahaja yang fikir macam ni. Mesti ramai juga yang terfikir macam ni kan. Adakah sekadar ni sahaja tujuan hidup kita? Hidup terasa seperti robot. Melakukan rutin kerja yang sama hari ke hari. Dan kita perhatikan manusia di sekeliling kita. Mereka juga melakukan rutin harian yang sama. Keluar pagi-pagi untuk pergi belajar atau bekerja. Petangnya pulang ke rumah dan malamnya berehat. Esoknya rutin yang sama lagi tanpa mengetahui tujuan sebenar mereka diciptakan. Adakah kita juga mahu menjadi seperti mereka atau adakah kita salah seorang daripada mereka?

Sebelum mengenali tarbiyyah, saya juga ingat hanya inilah kitaran hidup yang akan saya jalani. Rupanya saya salah. Salah besar. Sebabnya bukan ini sahaja tujuan kita diciptakan dan hidup kat dunia ni. Ada orang beritahu saya, " Awak, Allah jadikan kita ni bukan sekadar belajar, kerja, kahwin dan dapat anak je. Kita ni orang Islam. Ada sebabnya Allah jadikan kita. Dan kita ada tugas yang cukup besar yang perlu dilaksanakan."

 Allah dah terangkan dalam al-Quran tentang tujuan hidup kita:

1. Untuk menyembah Allah.
" Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku". (Az-Zariyat, 51: 56)


2. Sebagai khalifah.
" Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, "Aku hendak menjadikan khalifah di muka bumi". Mereka berkata, "Apakah Engkau hendak menjadikan orang yang merosak dan menumpahkan darah di sana, sedangkan kami bertasbih memuji-Mu dan menyucikan nama-Mu?". Allah berfirman, "Sungguh, Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui." (Al-Baqarah, 2: 30)
3.  Berdakwah. Dalam bahasa yang lebih mudah amar ma'ruf , nahi mungkar (menyuruh berbuat kebaikan, mencegah kemungkaran)
"Kamu (umat Islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, (kerana kamu) menyuruh (berbuat) yang ma'ruf dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya ahli kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka. Di antara mereka ada yang beriman, namun kebanyakan mereka adalah orang-orang fasik". (Ali-'Imran, 3: 110)
Tengok tu. Allah dah bagitahu apa yang perlu kita lakukan. Menyembah Allah, jalankan tugas sebagai khalifah dan juga berdakwah. Kadang-kadang kita terlalu asyik mengejar nikmat hidup duniawi sampaikan kadang-kadang kita terlupa bahawa akhirat tu wujud! Kita inginkan kereta yang besar. Kita inginkan rumah yang besar. Bekerja dari pagi dan malam. Hari ke hari demi memenuhi kehendak diri. Sampai agama diletakkan di tempat yang kedua. Atau tempat terakhir sekali? Hmm.. Bekerja keras sampai solat pun entah ke mana. Bila kawan-kawan ajak buat kebaikan. Kita tolak. Alasannya, kita busy. Busy study. Busy mencari duit.

Memang tak dinafikan duit itu penting untuk kita meneruskan kehidupan. Tetapi janganlah sampai kita menjadi hamba kepada duit. Setiap masa hanya memikirkan bagaimana caranya untuk menambah duit tapi perintah Allah hanya dipandang sepi. Janganlh kita setakat menjadi kaya di dunia. Tapi menjadi orang yang muflis di akhirat. Sangat lah rugi. Andainya jadi kaya, biarlah kaya di dunia dan juga kaya di akhirat nanti. Ni baru best.

Hari pembalasan mesti dan pasti akan tiba. Cuma masanya sahaja dirahsiakan Allah. Pada hari pembalasan nanti, kita akan dipertanggungjawabkan atas segala apa yang telah kita lakukan. Sekiranya Allah tanya" Apa yang telah kau gunakan dengan masamu dan apa yang telah kau lakukan untuk agamamu?" Apa yang kita nak jawab? Apa yang mampu kita jawab? Nak menipu? Mesti lah tak boleh. Sebab semua anggota akan menjadi saksi pada hari tu dan mengatakan yang benar sahaja.

So, gunakan lah masa yang Allah berikan ni dengan sebaik-baiknya. Dalam pada kita belajar dan bekerja tu, jangan lupa mengingati Allah. Memang wajib pun kita ingat Allah sepanjang masa. Biar dunia dan akhirat seiring. Dan berdakwahlah. Ajak kawan-kawan kita buat kebaikan dan cegahlah kemungkaran. Jangan nak tunggu diri perfect dulu baru nak ajak orang buat kebaikan. Kita ajak orang buat baik dan dalam masa yang sama kita perbaiki diri. Tak kanlah kita asyik nak harapkan orang lain je. Biarlah ustaz-ustaz je yang buat kerja ni. Salah sama sekali. Sebab setiap daripada kita adalah khalifah dan juga da'ie. Dan memang menjadi kewajipan kita untuk memastikan Islam tetap tersebar.

Sekarang kita dah tahu apa tujuan kita dicipta, kan? Jom, bergerak! ^_^


No comments:

Post a Comment