Monday, January 23, 2012

Tawakal Seekor Semut.

Bismillahirrahmanirrahim..

Ada beberapa kisah tawakal yang pernah saya baca sebelum ni. Tapi kisah ini benar-benar menarik hati saya. Kisah tawakal seekor semut. Mesti korang tertanya-tanya kan, macam mana semut ni bertawakal? Jangan ingat manusia je yang bertawakal pada Allah. Makhluk yang lain juga bertawakal kepada-Nya. Jom kita ikuti kisah semut ni :)

Kisah ni berlaku di zaman Nabi Sulaiman. As we all know, Nabi Sulaiman dikurniakan Allah dapat memahami bahasa binatang. Macam ni ceritanya.

Nabi Sulaiman bertanya kepada seekor semut tentang berapa banyak makanan yang diperlukan untuk hidup dalam tempoh setahun. Semut menjawab, ia hanya memerlukan satu butir gandum. Lalu Nabi Sulaiman pun memasukkan semut itu ke dalam satu botol sekali dengan gula sebesar sebutir gandum. Mulut botol itu kemudiannya ditutup.

Setelah genap setahun, mulut botol itu pun dibuka. Nabi Sulaiman mendapati semut itu hanya memakan separuh daripada gula tersebut. Nabi Sulaiman menjadi hairan lalu bertanya, " Bukankah dulu kau mengatakan bahawa kau memerlukan makanan sebesar butir gandum untuk tempoh setahun? Kenapa hanya separuh sahaja  yang dihabiskan?".

Sang semut menjelaskan sekiranya ia berada di luar sana, rezekinya sudah dijamin Allah. Oleh itu, dia tidak perlu risau akan hakikat itu kerana Allah akan mencukupkan rezekinya.Tetapi apabila berada dalam botol itu rezekinya belum tentu terjaga. Kerna mungkin Nabi Sulaiman lupa untuk mengeluarkan ia selepas setahun. Untuk mengambil langkah berjaga-jaga. Ia hanya makan separuh daripada makanan yang dibekalkan. Mana tahu seandainya Nabi Sulaiman lupa. Apa yang akan terjadi nanti? 

Di sini kita boleh tengok bahawa si semut lebih yakin dengan jaminan Allah ketika berada di luar botol berbanding apabila berada di dalam botol. Disebabkan itulah, untuk menghadapi sebarang kemungkinan si semut hanya memakan separuh dari makanan yang diberikan. 

Haa, inilah sifat tawakal dan ikhtiar yang boleh kita pelajari daripada semut. Jangan bergantung soal rezeki kepada orang lain. Sebaliknya letakkan sepenuh pergantungan kepada Allah. Bertawakkallah dan berikhtiar dengan keupayaan kita. Sebab kalau tidak, kita akan dikecewakan.




6 comments:

  1. dlm botol jg rezeki sudah dijamin Allah kn..

    ReplyDelete
  2. yep.. rezeki kita kat mane2 pun telah ditetapkan Allah.
    Dalam or luar botol.

    ReplyDelete
  3. so sang semut nih tak yakin la sbb dia ckp "Tetapi apabila berada dalam botol itu rezekinya belum tentu terjaga"..huhu

    ReplyDelete
  4. actually cite ni nak tunjuk yang kite kena bergantung harap kat Allah bukan dekat manusia. Sebab bila dalam botol tu, yang bagi makanan dekat semut Nabi Sulaiman.Kiranya semut tu agak bergantung kepada Nabi Sulaiman yg bg makanan kat dia.Sebab tu la dia macam x berapa yakin sebab dia perlu bergantung kepada orang lain untuk dapat makanan. Tapi actually, memang rezeki yang semut tu dapat Allah dah tetapkan Raja Sulaiman yang bagi kat semut tu. Kalau dekat luar, semut tu boleh berusaha mendapatkan makanan dengan izin Allah. Dia tak perlu bergantung harap kepada orang lain. Cuma berharap dekat Allah. Err, faham ke?

    ReplyDelete
  5. pnjg sgt tp apa yg nk dsmpikn faham..ok thx..

    ReplyDelete