Bismillahirrahmanirrahim..
Sedang kita berjalan-jalan di tepi pantai sambil menghirup udara segar dan menikmati keindahan alam ciptaan Allah, tiba-tiba melintas lah satu couple di hadapan . Muda lagi. Berpegangan tangan sambil bergurau mesra.
Dalam hati secara automatik pasti akan berbisik:
" Ish, apa lah nak jadi dengan diorang ni. Buat maksiat terang-terang. Pegang-pegang tangan lak tu. Budak-budak zaman sekarang. Haishh.."
Opps! Alamak. Tanpa sedar kita dah berprasangka dekat orang lain. Sedangkan kita tak tahu hal yang sebenar. Entah-entah , couple tu sebenarnya suami isteri. Memanglah muda lagi. Tapi, zaman sekarang ni kan ramai je yang kahwin masa belajar. Tak pasal-pasal dapat dosa free.. T_T
Sebab tu lah dalam al-Quran pun Allah larang kita daripada berprasangka kat orang lain. Sebab biasanya kalau kita berprasangka ni, jarang sangat berprasangka yang baik. Mesti akan berprasangka yang buruk-buruk.
"Wahai orang2 yang beriman! Jauhilah banyak dari prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu dosa, dan janganlah kamu mencari- cari kesalahan orang lain, dan janganlah ada di antara kamu yang mengunjing sebahagian yang lain. Apakah ada antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Tentu kamu merasa jijik. Dan bertawakal lah kepada Allah, sungguh Allah Maha Penerima Taubat, Maha Penyayang". ( Al Hujurat: 12)
Manusia memang cepat dan mudah sangat menilai orang lain. Kadang-kadang bila ada orang tolong dia pun, boleh pulak berprasangka:
" Dia ni tolong aku mesti sebab nak suruh orang lain nampak dia ni baik sangat. Alah, bukan ikhlas sangat pun dia ni tolong aku".
Boleh pulak berprasangka macam tu, sedangkan orang tu memang ikhlas pun nak tolong. Jangan menilai orang sebab kita tak tahu apa yang ada dalam hati dia. Lain lah kalau kita ni ada kuasa nak membaca hati orang. Tu lain kira la kan.
Mungkin secara fizikalnya, kita tidak lemparkan keluar kata-kata tu. Kita tak bagitahu orang tu apa yang kita rasa. Kita tak cakap secara terang-terang. Tapi, mungkin kita lupa bahawa Allah tu Maha Mengetahui. Allah tahu apa yang ada dalam hati kita. Allah tahu segala-galanya.
Jangan cepat menilai orang lain sebelum kita betul-betul kenal diri dia. Kita pun tak suka orang menilai kita kan? Kalau kita tak suka orang menilai kita, orang lain pun mesti tak suka kalau kita menilai mereka.
Bila kita nampak sesuatu yang buruk dan yang tak berkenan di hati. Cepat-cepat buang prasangka buruk tu. Tepis jauh-jauh. Gantikan dengan husnu zhon (prasangka baik). Memang tak mudah nak berhusnu zhon. Mulut cakap husnu zhon. Tapi kat hati? Astaghfirullah.
Sebab itu lah hati kita kena selalu berada dalam keadaan bersih. Haa, nak tahu tak macam mana nak bersihkan hati? Ada 5 ubat hati:
1. Baca al-Quran berserta maknanya.
2. Dirikan solat malam.
2. Dirikan solat malam.
3. Berkumpul dengan orang soleh.
4. Banyakkan berpuasa.
5. Zikir malam berpanjangan.
4. Banyakkan berpuasa.
5. Zikir malam berpanjangan.
Bila hati bersih, insyaAllah perasaan berprasangka buruk tu akan dapat dihilang. Jadi, mari kita sama-sama bersihkan hati. Katakan TAK NAK untuk prasangka buruk! ^_^
SUBHANALLAH..
ReplyDelete