Thursday, January 12, 2012

Pintu Taubat Itu Sentiasa Terbuka.

Bismillahirrahmanirrahim.

Semasa summer break baru-baru ni, saya ada membaca sebuah buku yang menceritakan tentang taubat. Buku tu saya pinjam dari seorang kawan. Buku ni memang best jiddan dan terus menusuk ke kalbu. Ianya dalam bahasa Indon tapi saya akan olah dalam bahasa Melayu supaya lebih mudah difahami. InsyaAllah.

Taubat. Seringkali kita dengar perkataan ni kan. Malah, bila kita melakukan dosa, pasti kita akan digesa supaya segera bertaubat. Taubat. Taubat. Err, taubat ni apa sebenarnya? Baiklah. Menurut buku tu, dari segi bahasanya taubat itu maksudnya kembali. Kembali di sini bolehlah dimaksudkan sebagai kembali kepada Allah selepas melakukan dosa. Untuk pastikan taubat kita tu akan diterima Allah, ada syarat-syaratnya yang perlu kita ikut.



Syarat taubat yang pertama ialah betul-betul menyesal atas dosa yang dilakukan. Yang kedua ialah berhenti dari membuat dosa tu seterusnya memang nekad tak kan ulangi lagi dosa yang pernah dilakukan tu.
Kalau dosa yang dilakukan tu melibatkan manusia, ade satu lagi syarat yang perlu ditambah iaitu mengembalikan hak mereka (mintak maaf dengan mereka).

Ramai orang ingat yang taubat ni hanya terbatas kepada dosa-dosa besar dan perkara haram je. Tu salah sama sekali. Kita juga perlu bertaubat jika melakukan dosa kecil sekalipun. Bahkan bila kita lalai kepada Allah dan mengkufuri nikmat Allah pun kita disuruh supaya bertaubat.

Antara contoh dosa-dosa besar yang sering kita lakukan sama ada kita sengaja atau pun tidak:

1. Mengakhirkan solat (mengumpulkan dua solat dalam satu waktu)

Contohnya, kita solat zohor apabila tinggal beberapa minit je  lagi sebelum masuk waktu asar. Atau solat asar beberapa minit sebelum masuk waktu maghrib. Rasulullah saw bersabda:


"Barangsiapa yang mengumpulkan antara dua solat dengan tanpa uzur, maka ia telah mendatangi pintu dari pintu-pintu dosa besar". (HR At-Tirmidzi dan al-Hakim)

Uzur yang dimaksudkan di sini ialah contohnya orang tu memang dah berazam nak bangun solat dan dah siap kunci alarm lagi tapi still tak terjaga, itu dimaafkan. Tapi kalau lah orang tu memang tak pernah ada effort pun nak kunci jam untuk bangun solat selama berpuluh-puluh tahun, tu memang tak boleh dimaafkan.
Allah pun ada cakap dalam Al Quran:


" Maka kecelakaanlah bagi orang yang melakukan solat. Iaitu mereka yang lalai dalam solatnya". (Al Ma'un: 4-5)

Menurut Ibnu Abbas, mereka yang lalai dalam solat itu adalah orang yang mengakhirkan solat dari waktunya. Melewat-lewatkan solat yakni mengakhirkan waktu solat pun dah dikira sebagai dosa besar, apatah lagi tak mendirikan solat terus.




Saya teringat satu hadis di mana seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah, " Apakah amal yang paling disukai?". Rasulullah menjawab, " Solat di awal waktu". Sahabat bertanya lagi. " Selepas itu?". Rasulullah menjawab. " Berbuat baik kepada ibu bapa". Sahabat bertanya lagi, " Selepas itu?". Rasulullah menjawab, "Berjihad di jalan Allah".

Di sini kita boleh melihat kepentingan solat di awal waktu. Orang yang solat di awal waktu ini amat disukai Allah. Dan kita semua pun tahu amalan yang pertama sekali akan dihisab di akhirat kelak ialah solat. Jadi, marilah sama-sama kita berusaha untuk solat di awal waktu :)

2. Mencaci orang tua.


"Dosa yang paling besar adalah anak yang melaknat kedua orang tuanya". Dikatakan, " Ya Rasulullah, bagaimana seorang anak sampai hati melaknat orang tuanya?". Rasulullah saw menjawab: "Seseorang yang mencaci maki bapa orang lain sehingga orang lain pun memaki bapa dan ibunya". (HR Bukhari dan Muslim)

3. Ghibah (mengunjing)

Apakah yang dimaksudkan dengan ghibah atau pun mengunjing ni? Mengunjing ni ialah bila kita menceritakan tentang sesuatu pasal seseorang dan jika dia mendengarnya dia tidak suka akan perkataan itu. Sekiranya apa yang kita katakan itu benar, itu dinamakan mengunjing. Tapi sekiranya perkara yang kita katakan tu salah, itu dinamakan memfitnah.


"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah banyak dari prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah ada di antara kamu yang mengunjing sebahagian yang lain. Apakah ada di antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Tentu kamu merasa jijik. Dan bertakwalah kepada Allah, sungguh Allah Maha Penerima Taubat, Maha Penyayang". (Al Hujurat: 12)

Yucks. Tentu kita tak nak makan daging saudara kita yang dah meninggal kan? Boleh bayangkan tak kalau kita kena makan daging mak ayah atau pun adik beradik kita yang dah meninggal. Tentu kita tak sanggup kan?Jadi elakkanlah dari mengunjing ni which in malay we call it mengumpat. Cara yang terbaik untuk elakkan mengumpat ni adalah dengan berdiam diri atau pun bercakap hanya bila perlu sahaja.

Bagaimana dengan dosa ghibah ni? Haruskah kita memberitahu orang yang diumpat itu? Actually, tidak harus memberitahu orang yang diumpat itu kita pernah mengumpat dia. Ini adalah kerana dikhuatiri akan memburukkan lagi keadaan dan mungkin silatulrahim yang terbina boleh terputus. Jadi bagaimanakah caranya? Caranya mintak lah ampun kepada Allah.

Taubat ni perlu berlaku di semua peringkat iman. Maksudnya, tidak semestinya hanya orang jahat yang terang-terang merompak dan membunuh orang perlu bertaubat. Malah semua orang pun perlu bertaubat sama ada ustaz atau imam sekali pun. Sebabnya kita manusia biasa memang tidak akan lari dari membuat walau sekecil-kecil dosa. Rasulullah s.aw bersabda:


"Wahai manusia, minta ampunlah pada Tuhan kalian dan bertaubatlah, maka aku meminta ampun dan bertaubat pada Allah seratus kali sehari." (HR Bukhari dan Muslim)

Nah, tengok. Even Nabi yang maksum dan dijamin masuk syurga pun bertaubat pada Allah seratus kali sehari. Apatah lagi kita ni yang memang konfem hari-hari buat dosa. Jadi jangan pernah malu untuk bertaubat dan mintak ampun kat Allah sebab Allah tu memang Maha Pengampun.

Lagipun bukanlah satu aib bila kita datang menghadap Allah dalam keadaan penuh maksiat. Tapi bila kita datang kepada Allah tanpa mengenalNya langsung, bukankah itu lebih aib? Kita datang kepadaNya dengan kesalahan bukanlah aib yang besar! Sebaliknya, benar-benar aib jika kita datang kepadaNya dan berkata. "Ya Allah, Kau telah menciptakanku dan aku tidak mengenaliMu".

Janganlah kita takut Allah tidak mengampuni dosa kita. Bila ada buat dosa, bertaubatlah. Insya Allah, Dia akan ampunkan. Allah pun ada cakap dalam Quran:


"Hai hamba-hambaKu yang melampau batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang". (Az-Zumar: 53)

 Bila Allah ampun, segalanya mungkin. Kita jangan masuk campur lah dalam hal ni.Soal pengampunan ni semua hak Allah. Masa zaman Rasulullah saw dulu, ada tiga orang pemuda Quraisy yang sangat suka menyusahkan Rasulullah disebabkan penentangan terhadap dakwah baginda dan juga seksaan mereka terhadap sahabat-sahabat baginda. Disebabkan itu, Rasulullah saw selalu berdoa dan memohon kepada Allah supaya menurunkan azab kepada mereka. Hinggalah ada satu masa baginda berdoa maka turunlah firman Allah yang bermaksud:


"Itu bukan urusanmu (Muhammad) apakah Allah menerima taubat mereka atau mengazabnya, kerana sesungguhnya mereka orang yang zalim". (Ali 'Imran: 128)

Dengan turunnya ayat ni, fahamlah Rasulullah saw bahawa Allah menyuruh supaya baginda menghentikan doa permohonan azab dan menyerahkan urusan mereka kepada Allah semata.

Kadang-kadang kita rasa malas nak bertaubat sebab lepas bertaubat akan buat lagi. Taubat. Pastu buat lagi. Taubat. Pastu buat lagi. Mesti fikir ' Buat apa aku bertaubat, sedangkan nanti aku akan buat lagi? Mesti Allah tak kan ampunkan dosa aku'. Jangan. Jangan sesekali fikir macam tu.Yang penting masa kita bertaubat tu, kenalah mintak dengan bersungguh-sungguh. Jangan main-main. Insya Allah, Dia akan ampunkan walau lepas bertaubat kita buat lagi. Dalam satu hadis Qudsi, Allah ada cakap:


"Wahai Bani Adam, kalian tidaklah (sungguh-sungguh) berdoa dan berharap padaKu, Aku akan mengampuni dosa-dosa kalian dan Aku tidak peduli. Wahai Bani Adam, jikalau dosa kalian mencapai awan di langit, lalu kalian meminta ampun kepadaKu, Aku akan mengampuni kalian dan Aku tidak peduli. Wahai Bani Adam, jikalau kalian datang kepadaKu dengan dosa sebesar ukuran bumi tetapi kemudian kalian mendatangiKu dengan tanpa berbuat syirik kepadaKu, maka Aku akan datang padamu dengan ampunan sebesar itu pula". (HR At-Tirmidzi)

Then, Allah cakap lagi: 


"Sesiapa yang mendekat padaku sejengkal, maka Aku akan mendekat padanya sehasta. Lalu siapa yang mendekat padaku sehasta maka Aku akan mendekat padanya satu depa. Dan siapa yang mendekat padaku sambil berjalan, maka Aku akan mendekat padaNya sambil berlari kecil". (HR Bukhari dan Muslim)

Biasanya fenomena ni (taubat pastu buat lagi) terjadi sebab environment. Dia memang betul-betul ikhlas nak bertaubat, tapi keadaan persekitaran yang membuatkan dia tergelincir kembali. Sebagai contohnya penagih dadah. Dia memang dah bertaubat tak nak lagi menagih dadah apabila keluar dari pusat serenti. Tapi disebabkan keadaan persekitaran dan sebab kat kampung dia tu memang ramai penagih dadah. Dia dah cuba elak sedaya upaya. Tapi, mungkin sebab godaan dari kawan-kawan kuat sangat, dia gelincir lagi sekali. Dan kita sebagai orang luar pun, jangan judge orang-orang menagih dadah ni.

"Allah pun dah tak nak terima taubat kau ni. Asyik keluar masuk pusat serenti je. Masuk neraka la kau nanti". Jangan. Jangan sesekali judge macam tu. Sebab Allah tu Maha Pengampun. Dia berhak mengampuni sesiapa pun yang Dia kehendaki.

Dan kita sentiasalah perbaharui taubat. Kita selaku insan, pastinya tidak akan terlepas dari melakukan dosa setiap hari. Mungkin tidak banyak, tapi pasti ada sekecil-kecil dosa yang kita lakukan pada setiap hari tak kiralah kita sedar atau pun tak. Bertaubatlah tak kira masa, siang atau malam di mana sahaja kita berada. Jangan bertangguh sebab kita tak tahu bila nyawa kita akan terpisah dari jasad. Nabi saw ada bersabda:


"Sungguh Allah membentangkan tanganNya setiap malam agar orang yang berbuat maksiat di siang hari mahu bertaubat. Dan Dia juga membentangkan tanganNya di siang hari agar orang yang berbuat maksiat di malam hari mahu bertaubat". (HR Muslim dan Imam Ahmad)

Apa? Masih tak nak bertaubat walau dah tahu Allah tu memang sayang sangat kat kita dan Maha Pengampun?


"Supaya jangan ada yang mengatakan, sangat besar penyesalanku atas kelalaianku (menunaikan kewajipanku) terhadap Allah". (Az-Zumar: 56)

Jangan sampai kita jadi jiwa-jiwa yang menyesal di hari akhirat nanti. Kat sana nanti, kita akan dapat melihat wajah hitam orang yang enggan bertaubat dan tunduk kepada Allah padahal Allah dah berjanji akan mengampuni dosa-dosa orang yang bertaubat kepadaNya.


"Dan barangsiapa tidak mahu bertaubat; maka ia termasuk orang yang berbuat zalim". (Al-Hujurat: 11)

Dan sebaik-baik taubat ialah taubat nasuha. Taubat nasuha ini akan sentiasa menasihati sang pemilik setiap kali ingin berbuat dosa.


"Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang semurni-murninya (nasuha)". (At Tahrim: 8) 

Kat atas dah banyak kali saya ulang, Allah tu Maha Pengampun. Dia sayang sangat kat kita. Jom sama-sama bertaubat atas dosa yang telah kita lakukan hari ni dan jugak dosa-dosa sebelum ni. Pintu taubat itu sentiasa terbuka. Jom :)


Sekian.



No comments:

Post a Comment