Monday, January 23, 2012

Ikhlas Itu Rahsia Allah.

Bismillahirrahmanirrahim..

Saya pernah mendengar satu kata-kata hikmah yang berbunyi, 'Orang yang sibuk melakukan kebaikan tidak akan sempat melihat kejahatan orang lain'. Erk, tak sempat melihat kejahatan orang lain? Hebatnya kalau dapat jadi orang yang macam ni. Agaknya terlalu sedikit kebaikan yang saya buat selama ni. Sebabnya selalu sangat melihat kejahatan orang lain. Melalui mata, telinga dan juga lidah. Mata melihat orang melakukan kemungkaran. Telinga banyak mendengar perkataan yang sia-sia. Lidah pula terlalu banyak menuturkan kata-kata. Adakah kata-kata yang baik lebih banyak atau pun sebaliknya? Gulp (telan air liur).


Hmm.. sudahlah sedikit sangat melakukan kebaikan. Tapi bila buat, walaupun sedikit terasa diri sangat hebat. Terasa akulah orang yang paling baik di dunia ni. Akulah orang yang paling mulia. Tanpa disedari riya' bertandang dalam jiwa. Riya' amat bahaya terutamanya dalam beribadah. Contohnya bila ke masjid. Semua solat sunat rawatib buat. Siap boleh stay buat qiam lagi kat masjid. Sedangkan bila dia berada keseorangan kat rumah, satu solat sunat pun tak buat. Solat fardhu pun dilewat-lewatkan. Tujuannya nak menunjuk-nunjuk bahawa dialah orang yang paling alim dan paling warak. Di sinilah riya' memainkan peranan.


Riya' ni termasuk dalam syirik kecil. Dan sungguh segala amal ibadah yang telah dilakukan menjadi sia-sia bila riya' wujud dalam diri. Semua amalan berterbangan menjadi debu. Tak ada nilai langsung dalam pandangan Allah. ZERO.

"Sesungguhnya orang munafik itu hendak menipu Allah, tetapi Allah lah yang menipu mereka. Apabila mereka berdiri untuk solat, mereka lakukan dengan malas. Mereka bermaksud riya' (ingin dipuji) di hadapan manusia. Dan mereka tidak mengingat Allah kecuali sedikit sekali." ( An-Nisa' : 142) 

Riya' ni bukan sahaja apabila melakukan kebaikan untuk dilihat orang,tapi apabila tidak melakukan kebaikan disebabkan orang juga dipanggil riya'. Aikk. Macam mana tu ek? Tak kanlah bila tak buat kebaikan sebab takut riya' tu pun dipanggil riya'? Musykil. Musykil ni. Actually riya' ni apa-apa sahaja perbuatan apabila kita mengambil pandangan orang lain. Kita tak ambil kira pandangan Allah. Kita fikir kalau aku buat macam ni apa orang akan kata. Kalau aku buat macam tu , apa pulak orang akan kata.


Satu lagi sum'ah. Sum'ah ni orang lain tak nampak kalau kita buat sesuatu. Tapi dalam hati kita berharap agar orang lain tahu kita lakukan perkara tu. Contohnya kita bangun qiam. Buat solat tahajjud , solat sunat istikharah, solat sunat taubat dan solat-solat sunat yang lain. Memang masa kita solat tu kita buat sorang-sorang je. Takde pun orang lain time tu. Lepas tu, esok bila pergi lecture kita agak mengantuk dalam kelas. 


Lepas tu cakap lah kat kawan kita, 'aku ngantuk sebab aku bangun qiam semalam'. Actually memang tujuan utama kita bangun qiam tu sebab nak bagitau orang lain, yang kita ni alim la kiranya. Tak ke sia-sia bila amalan yang kita buat tu jadi debu yang tiada nilainya. Penat je yang kita dapat. Apa pun tak dapat.


Kalau settle bab riya' dan sum'ah ni, jangan ingat korang dah terlepas. Ada satu lagi sifat dalam diri manusia yang sentiasa mengintai-intai nak masuk line. Tahu tak apa dia? Ujub. Ujub ni maksudnya dia mengagumi diri sendiri. Merasakan diri dialah yang paling hebat. Dialah yang paling bagus. Orang lain pulak semua tak elok. Ujub ni sangat bahaya. Sebabnya boleh merosakkan ibadah dan juga pertolongan Allah. Allah ada sebut:

" Sungguh Allah telah menolong kamu (mukminin) di banyak medan perang dan ingatlah Perang Hunain, ketika jumlahmu yang besar itu membanggakanmu, tetapi (jumlah yang banyak itu) sama sekali tidak berguna bagimu, dan bumi yang luas itu terasa sempit bagimu, kemudian kamu berbalik ke belakang dan lari tunggang langgang." (At-Taubah: 25)

Allah sebut lagi dalam al-Quran:


" Bermegah-megahan telah melalaikan kamu. Sampai kamu masuk ke dalam kubur."  (At-Takasur: 1-2) 

Sekiranya ada unsur-unsur ni bila kita melakukan sesuatu perkara kebaikan, itu tandanya kita belum cukup ikhlas. Sebab ikhlas ni memang tidak bercampur dengan perkara lain. Perumpamaan ikhlas ni kita boleh lihat dalam ayat Quran yang bermaksud:

"Dan sungguh pada haiwan ternak itu benar-benar terdapat pelajaran bagi kamu. Kami memberimu minum dari apa yang ada dalam perutnya (berupa) susu murni antara kotoran dan darah yang mudah ditelan bagi orang yang meminumnya." (An-Nahl: 66)

Murni yang dimaksudkan dalam ayat ni boleh lah di compare kan dengan ikhlas. Sebagaimana susu tu keluar putih suci sedangkan ia ada antara najis dan darah, macam tu jugak lah ikhlas tu. Ikhlas mesti semurni susu tu. Maksudnya, ikhlas memang tak boleh bercampur dengan elemen-elemen lain. Kalau ikhlas ada bercampur dengan riya' sedikit, tu maksudnya belum cukup ikhlas lagi lah tu. 

Tapi jangan disebabkan kita asyik rasa diri tak ikhlas bila nak buat kebaikan, kita tak buat terus kebaikan. Jangan macam tu. Teruskan buat amal tu. Mula-mula mungkin tak ikhlas, tapi lama-lama insyaAllah sifat ikhlas tu akan terpupuk sendiri. Ada satu cerita.


Ada seorang student yang bertanya kepada Imam Ghazali, " Tuan, bagaimanakah keadaanku, berzikir tetapi hatiku masih lalai?" Imam Ghazali menjawab, "Teruskanlah berzikir walau hatimu lalai kerana sekurang-kurangnya lidahmu akan terselamat daripada berkata yang kotor atau sia-sia."


Bukan mudah untuk mencapai tahap ikhlas ni. Semakin dicari terasa semakin misteri. Sungguh ikhlas ni rahsia Allah. Mesti pernah kan, bila kita nak buat sesuatu perkara. Permulaannya memang kita buat ikhlas semata-mata Allah. Tapi, di pertengahan niat dah mula tersasar. 

Sebagai contohnya, mula-mula update status keagamaan memang dengan niat nak berdakwah kat facebook. Memang ikhlas ni. Serious tak tipu. Lepas tu, ramai lah pulak orang me'ngelike' status tu. Haa, time tu tibe-tibe rasa , wah hebatnya aku sebab ramai orang like status aku ni. Tengok tu. Kan dah terpesong sikit niat tu. Riya' pun dah ade. 

Tapi takpe, yang paling penting, sentiasa perbetulkan niat. Sentiasalah perbetulkan niat sama ada sebelum, semasa atau pun selepas buat sesuatu perkara. Check niat. 'Sesungguhnya amal itu berdasarkan niat'. Jika baik niatnya, maka dapatlah pahala. Jika tak baik, memang tak dapat apa-apa.

Pesan ulama', beribadatlah sehingga terasa penat untuk melakukan maksiat. Buatlah kebaikan dari terbit fajar sampai lah matahari terbenam. Jangan diambil kira riya, sum'ah dan ujub yang bertandang dalam diri. Kalau tak, sampai bila-bila pun kita takkan mampu nak buat kebaikan. Ikhlas itu adalah rahsia antara hamba dan Allah. Tidak diketahui malaikat untuk dicatat kebaikannya dan tidak pula diketahui oleh syaitan untuk dirosakkannya.

"Ya Allah susahnya nak mendidik hati menjadi ikhlas. Sesungguhnya kami hanyalah hamba-hambaMU yang lemah. Kurniakan ikhlas kepada kami. Pilihlah kami untuk ikhlas walaupun kami tahu ikhlas itu tersangatlah rahsia. Amiin Ya Rabb."




9 comments: