Wednesday, February 8, 2012

Kembali Kepada-Nya.

Bismillahirrahmanirrahim..



Sejak kebelakangan ini, hatiku menjadi tidak keruan. Gundah gulana sentiasa. Ku cuba mencari di mana silapnya. Aku cuba mencari jalan penyelesaiannya. Tapi bagaimana boleh aku mendapatkan solusinya sedangkan akar masalah itu belum ku temui?


Ku berfikir dan terus berfikir. Akhirnya ku temui di mana titik punca mengapa hatiku menjadi tidak keruan. Baru kusedari, rupanya aku kehilangan cinta. Yes, cinta. Tapi aku bukan kehilangan sebarangan cinta. Aku kehilangan cinta yang agung dan cinta yang tertinggi. Cinta Allah.

Kusedari ini apabila kuperhatikan quality ibadahku mula merosot. Aku menjadi malas mengaji. Malas melakukan solat sunat. Tidak lagi merasakan kemanisan bila bersama-Nya. Segalanya menjadi tawar.

Aku rindukan saat-saat dulu apabila aku merasakan kemanisan saat ku beribadah kepada-Nya. Sungguh aku rindu.




Aku merindukan saat itu.

Saat aku kuat.
Saat aku masih boleh tersenyum tatkala ujian datang bertimpa.
Saat segala-galanya ku lakukan hanya untuk-Mu.
Saat hatiku hanya dipenuhi cinta-Mu.

Sungguh aku rindu ya Rabb.

Ku mula mencari-cari di manakah silapnya sehinggakan api cinta-Mu semakin suram dalam diri ini. Tidak ikhlas kah aku ketika berubah dulu? Hanya Engkau Yang Maha Mengetahui isi hatiku.

Akhirnya ku temui jawapan untuk  menghilangkan resah di hati ini. Jawapannya amat mudah sekali. Iaitu kembali kepada Allah.

Bagaimana caranya untuk kembali kepada Allah?

1. Check balik niat kenapa berubah dahulu. Ikhlaskan niat hanya untuk Allah. Senang nak cakap, tapi agak sukar untuk dibuat sebenarnya. Kita cakap ikhlas tapi hanya Allah sahaja yang tahu sejauh mana tahap keikhlasan kita. Memang sukar, tapi tak mustahil kan?

2. Mengenali Allah supaya hati kembali terpaut kepada-Nya.

Bagaimana caranya untuk mengenali Allah? Dengan mengetahui asma'Nya. Dan juga dengan menambahkan pengetahuan kita berkaitan dengan ilmu agama. Sungguh Allah itu tidak pernah jauh. Allah itu sangat dekat dan akrab dengan diri kita melebihi dekatnya urat leher kita dengan kita. Allah berfirman dalam Al-Quran:
"Jika hamba-Ku bertanya kepadamu tentang-Ku, katakanlah, Aku dekat." (Al-Baqarah, 2: 186)  
3. Sentiasa bersangka baik dengan Allah. 

Kita hendaklah sentiasa positif dengan Allah. Jangan pernah ada bersangka buruk dengan Allah. Sungguh, sebab segala yang berlaku ada hikmanya. Dia tidak jadikan sesuatu itu tiba-tiba dan sia-sia. Ada hikmahnya Allah jadikan kita jauh sebentar dari-Nya, supaya kita tersedar tanpa cinta-Nya maka hidup menjadi sia-sia dan tiada ketenangan. Jadi bersangka baiklah dengan Allah.

Sabda Rasulullah saw dalam satu hadis qudsi:
"Aku (Allah) berada dalam sangkaan hamba-Ku. Maka bersangkalah dengan apa yang dia kehendaki." (Riwayat Ahmad)
4. Cinta akan perkara yang dicintai Allah.

Kalau kita cintakan seseorang, pasti kita akan buat apa sahaja yang dia minta kan? Samalah juga dengan Allah. Kita mengaku cintakan Allah, jadi kita kenalah buat apa yang dia suruh. Salah satunya ialah mengikut apa yang dilakukan oleh kekasih Allah iaitu Nabi Muhammad saw. Sesungguhnya Baginda ialah qudwah hasanah yang terbaik dan memang wajar diikuti oleh kita semua.

Dalam Al-Quran, Allah ada berfirman:
" Katakanlah: Jika kamu mencintai Allah, maka ikutlah aku (Muhammad), kamu akan dicintai Allah. Dan Dia mengampunkan dosa-dosa kamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Pengasih." (Surah Ali 'Imran: 31)

5. Tidak meletakkan dunia di hati. 

Janganlah kita melebihkan rasa cinta kepada dunia. Kerna apabila dunia lebih dipentingkan daripada akhirat, maka terjadilah keadaan seperti hari ini. Kita akan ketandusan cinta daripada Allah. Contohilah Rasulullah saw dan para sahabat. Hidup mereka seimbang (wasatiah) sehinggakan dunia hanya berada di tangan, Allah tetap berada di hati.

6. Berdoa kepada Allah.

Berdoalah kepada Allah semoga cinta-Nya sentiasa harum mekar di dalam hati. Sesungguhnya Allah lah yang membolak-balikkan hati. Pintalah kepada Allah. Hanya Allah lah tempat kita menyembah dan memohon pertolongan.

Saya pernah membaca satu kata-kata. 
" Sekiranya dirimu mendapat Allah, engkau akan dapat segala-galanya."

Konklusinya apabila dirimu dilanda ketandusan cinta, kembalilah kepada Allah. Dialah sebaik-baik tempat kembali. Jangan dicari keduniaan untuk menghilangkan keresahan hatimu. Nescaya, diri akan bertambah gelisah. Carilah Allah, kau akan beroleh ketenangan.


Keep playing this song tonight.





Ku damba Redha-Mu by Devotees 
Bagaikan hausnya.. bumi gersang 
Yang kering lantaran tidak disirami hujan 
Begitu sepinya dan rindu hatiku 
Bila cintamu tidak bersemi 


Berjalan aku.. bagai kesesatan 
Di tanah Tuhan.. diriku ditinggalkan
Tiada teman untukku mengadukan
Resah hidupku.. ditimpa sesalan


Aku dambakan.. dambakan cinta
Cinta sejati yang kekal selamanya
Biarpun pahit.. perjalanan meraihnya
Demi redhaMu.. kuharungi juga


Kerana cinta lahir dari sanubari
Biarpun perit menuju cintamu
Namun sedikitpun tidak menggoyah tekadku
Biar diracun dunia
Tidakku gentar temphunya..


Rap: 
Ya Allah tidakku sedari 
Selama ini cintamu tak pernah menyepi 
Rahmat kasih sayangmu yang tiada bertepi 
Setiap hambamu tetap kau sayangi 
Biarpun banyak dosa yang menghimpit diri ini 
Janji pada hambamu tak pernah kau mungkiri


Maafkanlah.. redhailah..
Aku bersaksi bahawa kau sesungguhnya 
Tuhan yang agung pencipta segalanya 
Tempatku bermohon dan berlindung 
Dari kehinaan dan kemusnahan



2 comments:

  1. sangat menarik ....sangat bermakna ,,,terima kasih atas dorongan n nasihat yang membina dalam mencari apa itu cinta Ilahi ...

    ReplyDelete
  2. Allah... so interesting n full of meaning...thnx for the advice.. this post very beneficial...

    thnx again..
    may Allah bless you.. ^^ insyaAllah..

    ReplyDelete