Thursday, January 12, 2012

Ujian Itu.

Bismillahirrahmanirrahim..

Seringkali dalam hidup ni manusia diuji. Lepas satu, satu. Satu ujian berakhir, datang pula ujian lain.Tak kiralah sama ada ujian tu besar atau pun kecil. Cuba bilang sebanyak mana kita dah diuji dari kecil sampai lah sekarang. Mesti dah tak terkira dan banyak cara macam mana Allah uji kita kan? Semua hamba Allah yang mengaku dirinya beriman mesti dan pasti akan diuji. 




Allah sendiri pun dah cakap dalam Al Quran yang membawa maksud:


"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan, 'kami telah beriman', sedangkan mereka belum diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang yang dusta". (Al Ankabut: 2-3)

Haa, baca tu. Allah kata Dia akan uji orang-orang yang beriman. Bukan kita je yang diuji, umat-umat yang terdahulu pun diuji. Sedangkan Rasulullah sendiri pun banyak diuji dalam usaha baginda untuk menyebarkan dakwah supaya Islam sampai kepada kita hari ni. Dan sudah pasti ujian yang Rasulullah terima lagi hebat dari kita. Apalah sangat ujian kita ni kalau nak dibandingkan dengan Rasulullah kan? Dan betul lah, semakin tinggi iman seseorang tu, akan semakin banyak lah dia akan diuji. Dan ujian ni, bukan saja-saja Allah bagi kat kita. Dia nak uji sejauh mana kita ni betul-betul beriman dengan Dia. Sebab keimanan ni bukannya sekadar kita cakap kat mulut, 'Aku dah beriman'. Jangan sangka kita dah beriman bila cakap macam tu. Tak cukup dengan cakap je.


Jadi apa makna iman? Iman ni dapatlah dimaksudkan dengan membenarkan dalam hati, mengaku dengan lisan dan beramal dengan perbuatan. See? Iman ni bukan sekadar beriman kat mulut je. Iman juga mesti ditunjukkan dengan perbuatan. Macam mana nak tunjukkan dengan perbuatan? Salah satunya, amar ma'ruf dan nahi munkar. Lakukan semua yang Allah suruh dan tinggalkan semua benda yang Dia larang. Dan jangan lupa berdoa pada Allah moga dikuatkan iman kita yang hanya senipis kulit bawang ni :)

Selalu kan kita fikir, kenapalah Allah bagi ujian kat aku? Kenapa aku? Kenapa bukan orang lain? Jawapannya mudah, sebabnya Allah tahu kita memang boleh hadapi ujian ni. Kalau tak, Dia takkan uji ni kat kita. Dan belum tentu kalau diuji kat orang lain, dia mampu. Sebab tu lah kita terpilih. Bersyukur lah bila Allah uji kita sebab tu tandanya Allah sayang kat kita. Allah cakap lagi :

"Allah tidak membebani sesorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya".       
(Al-Baqarah:286)

 Nah, Allah uji sebab Dia tahu memang kita mampu nak handle ujian tu. Allah tak kejam. Ingat tu ye kawan-kawan. Allah baik sangat kat kita. Kena yakin semua yang Allah jadikan dan tentukan adalah yang terbaik untuk kita. Sebab Allah tak kan jadikan sesuatu tu secara tiba-tiba dan sia-sia.



Ujian Allah ni boleh datang dalam pelbagai bentuk. Jangan ingat ujian ni hanya datang dalam bentuk kesusahan je, macam kehilangan orang tersayang, jatuh miskin, sakit dan sebagainya. Kesenangan juga merupakan satu bentuk ujian. Harta kekayaan, anak yang ramai , result exam yang gempak-gempak dan lain-lain lagi. Semua tu ujian. Allah nak tengok iman kita makin bertambah ke tak kita dapat nikmat-nikmat ni dan adakah kita jadi hamba yang bersyukur dengan nikmat-nikmat yang Dia bagi ni? Adakah dengan kekayaan yang kita ada tu, kita tolong orang-orang susah yang memerlukan? Dapat result gempak tapi lupa nak berterima kasih dengan Allah. Sombong sungguh orang yang cakap dia dapat kejayaan tu based on usaha dia semata dan bukannya sebab Allah yang bagi! Sedangkan Allah yang bagi semua tu. Kalaulah Dia nak bagi kita fail pun senang sangat. Jadi, jangan sombong bila dapat nikmat. Sedarlah sebenarnya kita sedang diuji!

Kadang-kadang kita diuji dengan kegagalan, kekecewaan. Mesti akan terdetik di hati, kenapalah aku tak dapat apa yang aku harapkan? Kenapa dan kenapa? Jangan sedih sebab Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.


" Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia sangat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia sangat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui". (Al-Baqarah: 216)

Sebagai contohnya, kita suka sangat kat someone kan. Tup tup dia kahwin dengan orang lain. Kita fikir kenapa Allah tak jodohkan aku dengan dia? Jangan sesekali salahkan Allah. Sebab Allah memang the BEST planner ever. Kita fikir kita akan bahagia kalau kahwin dengan dia, tapi Allah lebih mengetahui. Mungkin kita akan menderita kalau kahwin dengan dia. Sebab tu jangan bimbang dan sedih sangat bila kita tak dapat apa yang kita harapkan sebab Allah dah sediakan perancangan yang lebih baik untuk dirimu. Dia dah sediakan someone/something yang much more better than benda yang kita suka tu.


"Janganlah kamu bersikap lemah dan jangan pula kamu bersedih hati padahal kamulah orang yang paling tinggi darjatnya jika kamu orang beriman". (Ali 'Imran: 139)

Macam mana sebaik-baik cara untuk menghadapi ujian yang Allah beri kat kita ye? Jangan bimbang sebab Allah memang dah bagitau apa solution nya dalam Al Quran. Tengok, Allah memang sayang kat kita kan kan. Semua dia bagitahu.


"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara kebaikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih dari kesabaran musuh di medan perjuangan, dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah sempadan) serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan)". (Ali 'Imran: 200)


" Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat, kerna sesungguhnya solat itu sangatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk". (Al- Baqarah: 45) 

Pertama sabar. Sabar ni memang tidak mudah tapi insyaAllah boleh dipupuk. Pupuklah sifat sabar dalam diri sedikit demi sedikit. Bukan nya apa, banyak sangat kebaikan yang kita dapat dengan sabar ni. Antaranya Allah sayang. Ni yang kita semua nak kan? Allah memang suka kat orang yang sabar ni. Selain tu, dengan sabar jugak kita akan dapat pengampunan dan pahala yang besar. So, mari lah sama-sama kita rebut peluang ni. Latih sabar dalam diri.

Kedua solat. Solat ni lah cara untuk kita berinteraksi dengan Allah. Masa dahi kita sujud ke lantai, terasalah sangat diri ni hanyalah hamba yang kerdil dihadapanNya. Memang rasa Dialah pemilik seluruh alam ni dan hanya Dialah tempat kita bergantung harap. Tapi ingat, bukan sekadar solat biasa tapi solat yang khusyuk. Memang diakui sukar untuk stay fokus khusyuk dalam solat malah untuk saya sendiri pun. Tapi yang penting kita kena lah selalu berusaha untuk menjadikan solat kita khusyuk. 

Nak tahu tak apa ganjaran yang Allah bagi pada orang-orang beriman yang diuji tadi? 


"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka". (At-Taubah: 111)

Wah! Syurga. Siapa yang nak masuk syurga sila senyum :)  Syurga. Inilah sebaik-baik hadiah untuk kita. Syurgalah yang kita kejar. Apa lagi yang better than hadiah yang Allah nak bagi ni. Biarlah dikumpul seluruh kekayaan dan kebahagiaan dari segenap pelusuk dunia ni, belum tentu dapat dibandingkan dengan nikmat syurga. Tapi, nak masuk syurga ni bukannya mudah. Mahal sangat harganya. Bersabar lah dengan ujian-ujian yang Allah berikan kat dunia ni dan yakinlah syurga sedang menanti para pencintaNya!

Sebelum saya menamatkan entry ni, ingatlah semua ujian ni datangnya dari Allah dan kepadaNya lah kita patut berharap dan meminta pertolongan.


"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal". (At Taubah: 129)

Sekian.


1 comment:

  1. nice sharing ya ukhti.. syukran jazillan..keep it up!! :) may ALLAH bless

    ReplyDelete